1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, January 4, 2013

DAH MENINGGAL KANANG ANAK LANGKAU, BARU SIBUK NAK BUAT FILEM?

Friday, January 4, 2013

Pahlawan Negara, Datuk Temenggung Kanang anak Langkau yang pernah dihina oleh Mat Sabu sebagai ANJING PENJAJAH, meninggal dunia akibat serangan jantung semalam di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Upacara pengkebumiannya dijangka esok dan akan dilakukan mengikut adat istiadat pahlawan.

Kisah Kanang anak Langkau yang berjuang menentang pengganas komunis dan hampir terbunuh ketika memburu serta menentang musuh negara itu, pernah dicatatkan di dalam sebuah novel karya sahabat penulis, Maznan Nordin berjudul KANANG - Cerita Seorang Pahlawan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kisahnya pernah dinaikkan oleh TV3 dalam beberapa siri pada penghujung 80-an lalu.

Kemudian cerita tentang Kanang yang bersara daripada perkhidmatan angkatan tentera dan pulang ke kampung halamannya di Sarawak, senyap begitu sahaja. Cerita Kanang yang merupakan antara Pahlawan Negara yang pernah menerima pingat kepahlawanan tertinggi negara, kembali tercetus ekoran penolakannya terhadap anugerah Kerajaan. Mendiang Pegawai Waran (I) Kanang Anak Langkau akhirnya menerima juga anugerah tersebut.

Pahlawan tersebut telah meninggal dunia. Jasa-jasanya kepada negara tidak dapat dibalas oleh sesiapa pun. Walaupun pada dasarnya, menurut pandangan sesetengah pihak, anggota-anggota tentera yang dibayar gaji, menjalankan kerja mengamankan negara kerana upah dan gaji serta faedah-faedah lain, hakikatnya, pertaruhan nyawa dan keselamatan tubuh badan yang mereka risikokan, bukanlah boleh dinilai dengan ganjaran yang mereka perolehi.


Bahkan, puak-puak yang pandai bercakap tentang UPAHAN dan ANJING INGGERIS seperti yang dilabelkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kepada anggota-anggota tentera dan pasukan keselamatan yang telah memperjuangkan keselamatan negara tidak lama dahulu, tidak pernah berani pun untuk berbuat sepertimana yang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan. Mereka hanya pandai berkokok dan bercakap bahkan mengiktiraf CHIN PENG dan PKM sebagai pejuang kemerdekaan negara, tetapi tidak pernah berani untuk berhadapan dengan keganasan anggota-anggota PKM, baik yang masih hidup, mahupun yang telah lama reput dimamah tanah!

Sewajarnya, kisah hidup dan perjuangan yang melibatkan pahlawan-pahlawan negara seperti mendiang Kanang anak Langkau dibuat sewaktu hidup mereka. Begitu juga dengan penulisan sama ada bibliografi, biografi, novel, atau apa-apa sahaja, ketika mereka masih hidup bagi memudahkan 'pembetulan' fakta dilakukan oleh mereka sendiri.

Versi cerita yang sering didengar dari pihak ketiga, seringkali banyak benar bercanggah atau kekurangannya. Justeru tindakan pihak-pihak tertentu yang akan membuat filem berkenaan Kanang anak Langkau, tentunya tidak akan terlepas daripada kesilapan tersebut.

Dan menariknya, sewaktu kecoh PAS dan PAKATAN cuba MENGHEROKAN PKM dan CHIN PENG, suara Kanang anak Langkau pada waktu itu, dipandang sepi. Sebaliknya, sangat ramai juga yang terpengaruh dengan dakyah MAT SABU dan PAKATAN tentang PKM dan CHIN PENG dengan menganggap anggota-anggota keselamatan seperti Kanang anak Langkau hanyalah upahan kerajaan!

Mengapa agaknya, masyarakat kita lebih memandang dan mula mengingati jasa-jasa yang pernah ditabur oleh individu seperti Kanang, hanya setelah kematian mereka, bukan sebelum mereka meninggal dunia?

5 comments:

Anonymous said...

khabarnya skrip tu dah ada, kanang pun terlibat sama masa buat skript tu. jadi prosesnya telahpun bermula sebelum dia mati lagi.

Anonymous said...

My friend IS the one who helps with story reconstruction, first hand. Unfortunately, he passed away earlier than the team could have prepared everything. No one knows when is God going to call for you. Good news is that, they will continue with the filming.

Anonymous said...

Mendiang Kanang merupakan wira negara yg sukar dicari gantinya. Kisah hidupnya yang telah dibukukan bukan sekadar untuk dibaca tetapi untuk dihayati dan didalami erti pengorbanan untuk sebuah kedaulatan dan kemerdekaan. Jangan dipandang sepi setiap titisan darah pejuang negara yang menitis membasahi bumi suatu ketika dahulu demi kesenangan kita sekarang. Semoga jasa dan pengorbanan mendiang akan terus bersemadi dalam sanubari kita. Semoga rohnya diberikan istirehat yang kekal oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Anonymous said...

Hanyalah pasukan keselamatan sahaja yg mengetahui betapa seksanya sewaktu menjalankan sesuatu op-----r.l.p pw 1(b) Temenggong Datuk Kanang ak Langkau

7hatibumi said...

syukurlah mat sabu mati...alhamdulillah...

Blog Archive

Labels