IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, January 1, 2013

DEMONSTRASI PELAJAR JILAT ANWAR BAKAR GAMBAR NAJIB DI DATARAN MERDEKA TENGAH MALAM TADI!!!

Tuesday, January 1, 2013

Seperti yang dijangka, beberapa kerat pelajar IPT yang perasan mereka tersangat hebat dan kononnya memperjuangkan hak kaum pelajar, cuba buat kecoh dan cuba tunjuk hebat menjelang tengah malam sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka.

Kebanyakan mereka yang merupakan pelajar-pelajar keciciran yang bernasib baik kerana status Melayu dan Bumiputera, cuba menimbulkan kegemparan di tengah-tengah masyarakat dengan melakukan demonstrasi selain menaikkan bendera SANG SAKA MALAYA yang mereka rasakan, itulah bendera Malaysia yang sebenarnya, walaupun sejarah yang mereka faham tentang bendera tersebut ternyata hanyalah sejarah yang tidak pernah wujud.

Demonstrasi berkenaan begitu jelas merupakan agenda Pakatan Rakyat yang bergerak menerusi GAMIS. Apatah lagi menjelang jam 12:00 tengah malam, gambar-gambar Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin serta Rais Yatim mula dibakar oleh puak-puak ini yang diketuai oleh MUHAMAD AZAN SAFAR yang juga merupakan Presiden GAMIS bagi tahun 2012.


Sebelum melakukan upacara membakar gambar, MUHAMAD AZAN SAFAR telah membuat ucapan yang berapi-api di hadapan rakan-rakan demonstrasinya. Dalam ucapannya, MUHAMAD AZAN SAFAR telah menyatakan, Kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh Najib Abdul Razak sebagai sebuah KERAJAAN ZALIM.

Namun daripada ucapannya yang berapi-api itu, MUHAMAD AZAN SAFAR sekadar menjadi burung kakatua untuk Pakatan Rakyat, memandangkan hujah-hujah yang dilemparkannya DICOPY-PASTE bulat-bulat dari HARAKAH DAILY, KEADILAN DAILY dan ROKETKINI.

Hujah-hujahnya tidak melambangkan langsung sebagai seorang pelajar universiti yang didedahkan dengan pendidikan tahap tinggi walaupun pada masa yang sama, dia merupakan PRESIDEN Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS).


Bagaimana dikatakan hujah matang kalau Presiden GAMIS itu mempersoalkan tentang PENDIDIKAN PERCUMA walhal telah dinyatakan secara terang, jelas, dan tidak berselindung bahawa pelajar-pelajar universiti yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang akan dibebaskan daripada membayar kembali pinjaman pelajaran mereka?

Apa yang kejam dalam sistem yang dilaksanakan sekarang, memandangkan wujudnya manusia otak beku seperti MUHAMAD AZAN SAFAR dan kawan-kawannya... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

2 comments:

Anonymous said...

Kami nak ISA dihidupkan semula.

Anonymous said...

Jangan jadi kurang ajar dan sesat, makan juadah terhidang sampai licin kemudian maki ibubapa dan tuduh sebagai bangang, zalim dan kafir.

Blog Archive

Labels