IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Friday, January 18, 2013

FAKTA TENTANG IC PENDATANG DI SABAH YANG LANGSUNG TAK DISENTUH OLEH ANJING PENJILAT DAP!!!

Friday, January 18, 2013

RCI Pati Sabah yang sedang berjalan banyak membicarakan "mempertahankan" kuasa BN pada tahun 1994? Keterangan itu sungguh bercanggah dengan fakta.

BN Sabah tidak berkuasa di Sabah sejak tahun 1990, kerana PBS yang merupakan komponen BN sejak tahun 1985 keluar daripada komponen itu pada tahun 1990.

Dakwaan dan pendedahan kononnya berlaku pertambahan pengundi islam antara 1990-1994 untuk mempertahankan kerajaan BN adalah silap, kerana BN Sabah tidak pernah menang pilihanraya baik pada PRU-1990 mahupun 1994.

Jika juga benar bahawa kerajaan BN semasa BERJAYA 1976-1985 berlaku pertambahan undi untuk menyokong BERJAYA, ternyata silap juga, kerana pada PRN Sabah 1985, Parti BERJAYA hanya mendapat 6 Kerusi, berbanding PBS 25.

BN Sabah hanya menang pilihanraya tahun 1999 apabila berlaku pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri, daripada 48 kepada 60.

Ingat, operasi menahan mereka yang terlibat dengan SKIM CEPAT KAYA mengeluarkan IC Biru Sabah berlaku pada tahun 1995. Pada masa itu ramai individu ditahan melalui ISA termasuk para pegawai JPN dan individu tertentu.

Kini, apabila mengikuti pendengaran RCI Pati Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu, kebanyakan saksi hanya bercakap menggunakan kata-kata, tanpa disertai fakta. Mereka dengan bebas mengaitkan sesiapa termasuk yang telah mati, kerana mereka tahu individu itu tidak mampu mempertahankan diri.

Sebagai orang biasa, pendengaran RCI yang sedang berlangsung hanya sebagai medan balas dendam bagi individu yang terlibat, kerana kebanyakan mereka yang memberi keterangan adalah mereka yang pernah ditahan melalui ISA.

Pihak Pembangkang terutama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan cepat menuding jari kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai pengkhianat, sedangkan RCI itu belumpun memutuskan apa-apa, apakah mengguna pakai kesaksian yang diberikan kerana saksi-saksi tidak mengunakan hujah yang disokong oleh fakta. Kebanyakan keterangan para saksi adalah "hearsay" dan mereka tidak menunjukkan "bukti" yang menyokong keterangan mereka.

RCI Pati Sabah masih berlangsung.


8 comments:

Ex lion said...

AKU DENGO RAMAI ORANG PKR ADALAH PENDATANG !
SIAPA MEREKA YEK ?

Anonymous said...

Saya menyokong penuh ulasan diatas tentang RCI Pati Sabah / Fakta yang salah. Untuk makluman semua saksi yang memberi keterangan tersebut pernah ditahan ISA dan adalah anggota Pembangkang..Yang sebenarnya Pengarah JPN tersebut memang manupulasikan projek tersebut dan menggunakan kelulusan IC Pr kepada yang layak tetapi mengambil kesempatan untuk buat projek cari duit dari Pati yang memang memerlukan IC untuk bergerak bebas diSabah bukan untuk Mengundi oleh geng pengarah JPN tersebut... Kalau sekadar alasan untuk Pati dapat IC demi mengundi dalam PRU Sabah adalah tidak tepat sebab semasa Pengundian semua wakil Parti Bertanding ada menyemak IC pengundi mana mungkin seorang warga Filipin, Indon, Pakistan para wakil Parti tidak perasan adakah rakyat Sabah atau sebaliknya.... Dicadangkan semua saksi dalam RCI dituduh semula dan dakwa dalam mahkamah. JPN siasat semula MYkad yang meragukan dalam sistem JPN samada ada dokumen sokongan ada semasa memohon IC tersebut... OLeh Anak Beaufort Sabah.

Anonymous said...

org semua tahu projek ic tu projek anwar....yg mau kalahkan pairin.

Anonymous said...

PR tidak menghormati mahkamah..mempolitikkan kes yg sedang dalam perbicaraan.

Dari segi undang2, tidakkah ada apa2 peruntukan?

Amat bahaya mempolitikkan kes yg dalam penghakiman kerana boleh mendatangkan tekanan pada hakim dan loyar, serta leh mengelirukan rakyat ngan sedutan2 kes dari sesetengah saksi dsb.

Anonymous said...

Penjelasan yg desperate dari macai umngok

Anonymous said...

semua saksi tu tidak credible.

itu pun kena ambilkira.

berkata2 tanpa bukti, kamu fikir RCI akan layan kata2 tanpa bukti mcm tu?

come on la. sedangkan video boleh dikatakan besi.

tengok badrol amin dan juga ketua pemuda pas sabah tu.. dorang undi BN ke?

adi jaggat said...

Salam boss.. Hebat Blog Boss..Mohon dapat dipautkan blog teman http://melayublues.blogspot.com/ ke blog boss... Terima Kasehhh Boss..

Anonymous said...

Haha..ko takut ke? Dlm kes ni ko caye lak mahkamah..nmpk sgt desperate..

Blog Archive

Labels