iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, January 27, 2013

GEMPAR! PAS KEDAH RANCANG JUAL KULIM HI-TECH PARK KEPADA PIHAK ASING UNTUK KAUT UNTUNG MUDAH!!!

Sunday, January 27, 2013

Trend jual tanah dan pindah milik tanah kepada pihak asing yang sedang berkembang biak di Kelantan, nampaknya sekarang sudah menular di Kedah pula. Menariknya, kedua-dua buah negeri, berada di bawah genggaman PAS. Selepas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang bagi mengkayakan kroni dan pemimpin-pemimpin PAS Kedah, satu lagi langkah drastik akan dibuat demi mendabik dada kononnya Kedah diperintah oleh golongan yang sangat pandai 'mencari wang'.

Wilayah Kedah Selatan yang merangkumi Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baru merupakan kawasan yang kini menjadi kubu kuat PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO-BN hanya menang satu kerusi DUN di wilayah tersebut iaitu DUN Bayu. PAS telah menang kerusi DUN Tanjong Dawaimenerusi wakilnya, Che Hamdan Che Khalib di Parlimen Merbok; Abdullah Yusof DUN Pantai Merdeka di Parlimen Sungai Petani; Taib Azzamuddin di Parlimen Baling, Johari Abdullah DUN Kupang, Mat Zuki Yusof, DUN Kuala Ketil; Aisyah Ghazali, DUN Merbau Pulas di Parlimen Padang Serai dan Yaakob Hussin, DUN Bandar Baru di Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Manakala PKR pula menguasai Parlimen dan DUN Bukit Selambau di Merbok; Parlimen dan DUN Bakar Arang, DUN Sidam di Sungai Petani; Parlimen dan DUN Lunas di Padang Serai sebelum kedua-dua wakil keluar dari PKR serta Parlimen dan DUN Kulim di Kulim-Bandar Baru sebelum Ahli Parlimennya dipecat dari PKR.

Penguasaan total PAS di Kedah Selatan selepas PKR diyakini tidak mampu mempertahankan kerusi-kerusi yang mereka menangi pada PRU12 lalu, membuatkan PAS berasakan mereka tidak akan terkalah pada PRU13 yang hanya beberapa hari sahaja lagi mendatang. Kawasan pembalakan di Gunung Inas dan Gunung Bongsu sebelum ini telah mendedahkan tentang kebobrokan PAS mentadbir Kedah, terutama sekali di selatan negeri tersebut.

Sekaligus menyebabkan PAS tidak dapat lagi bergantung harap kepada mineral, pencerobohan dan pemusnahan hutan serta penebangan balak semata-mata, sebaliknya PAS perlu melihat alternatif lain yang lebih mendatangkan wang dalam tempoh terdekat.

Selepas KUIN dikatakan bakal diserahkan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Turki atas nama 'KERJASAMA' dan 'PELABURAN', terutama menerusi pembinaan kampus baru di Kuala Ketil yang menggunakan dana dari syarikat berkenaan, kini, KULIM HI-TECH PARK pula bakal menjadi sasaran PAS Kedah untuk digadaikan kepada pihak asing.... TERUSKAN BACAAN DI SINI

0 comments:

Blog Archive

Labels