IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, January 2, 2013

HADI CUMA NAK BERCAKAP SEORANG DIRI DI DEPAN KAMERA TELEVISYEN!!!

Wednesday, January 2, 2013

Selepas memberikan syarat aneh yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak membabitkan stesen televisyen di seluruh dunia, Hadi Awang muncul lagi dengan syarat baru yang lebih aneh dalam memperkatakan atau membabitkan muzakarah.

Dia hanya mahu bercakap atau lebih tepat lagi bersyarah selama satu jam tanpa 'gangguan' dari mana-mana pihak, termasuklah soalan dari pihak kedua dan ketiga. Dengan kata lain, Hadi Awang enggan memeningkan kepalanya untuk menjawab sebarang soalan yang bakal mendedahkan niat sebenar AMANAT HAJI HADI 1981 yang dikatakan oleh para pecacai PAS sebagai SUDAH BASI.

Desakan pelbagai pihak termasuklah daripada cendekiawan agama dan para mufti selain JAKIM, benar-benar menyentuh kredibiliti dan keegoan Hadi Awang selaku Presiden PAS merangkap tok ghuluw yang difahami oleh para pengikut PAS sebagai Tok Guru.

AMANAT HAJI HADI 1981 tidak berkisar tentang siasah syariah semata-mata, sebaliknya ia lebih melibatkan akidah iaitu usaha menakut-nakutkan umat Islam daripada menyokong UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya melakukan pemaksaan ke atas umat Islam di Malaysia agar menyokong PAS kerana kononnya PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS.

Justeru, Hadi Awang tidak boleh berlagak seperti Perdana Menteri Malaysia yang membaca perutusan pada hari-hari perayaan penting seperti Perutusan Aidil Fitri, Perutusan Aidil Adha, Perutusan Hari Kemerdekaan, Perutusan Tahun Baru mahupun Perutusan Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya.

Apabila ianya menyentuh bab akidah dan agama, Hadi Awang mahupun mana-mana pihak dalam PAS tidak boleh mendabik dada, kononnya orang lain, termasuklah para mufti, cendekiawan Islam yang lain, tidak lebih terpelajar dan lebih pandai daripada para pemimpin PAS.

Biarpun dalam bab debat atau berbahas, orang politik seperti Hadi Awang mempunyai kelebihan besar memandangkan kerja orang politik adalah bercakap dan berhujah, namun dalam bab agama, perlu ada cerdik pandai dan ahli-ahli khusus untuk turut mendengar, mengulas dan bertanyakan soalan.

Kalau setakat nak bercakap seorang diri di hadapan kamera, Hadi Awang tidak payahlah nak masuk RTM, TV3 atau Al-Hijrah mahupun ASTRO. Lebih baik, Hadi Awang arahkan TV Web PAS, TV Harakah, TV Malaysiakini dan sebagainya yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sebabnya, di situ, kalau ada orang yang melihat, mendengar, menonton mahupun bertanya, ianya tidak akan membebankan otak Hadi Awang sama sekali.

Bahkan mereka boleh jadi seperti Azhar Idrus yang menyediakan soalan-soalan lawak untuk dilawak-lawakkan di dalam majlis ilmu!

2 comments:

Anonymous said...

HADING HAJI ni,dia ingat dia ni teramatlah ULAMAKnya.orang lain pun mengAJI JUGA ADI OIII,TAPI X MACAM MU,TIPU SESAMA ISLAM PASAL ILMU AGAMA1dia orang cakap benar x pusing2.

INGAT:balasan orang MUNAFIK.

Anonymous said...

salaam..kewajiban sebagai seorang Muslim aku tunaikan seadanya

tiba2 1981 aku dituduh KAFIR

pada mulanya aku amat marah

tetapi kemudian aku tenang kerana Allah tahu samada aku kafir atau Muslim

ingin aku memaafkan saudaraku yg menuduhi aku kafir selama 31 TAHUN!!

tetapi

dia masih belum memohon maaf dan masih berperangai seperti iblis laknatullah

kini

aku sedar bahawa amanat 1981 dan fatwa2 serta kenyataan2 longkang (dr sahabatnya seorang bekas guru tadika KEMAS yg menggelarkan dirinya TUAN GURU)

merupakan ujian buat kaum2 Muslimin

-bekas guru skola rendah-

Blog Archive

Labels