IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, January 28, 2013

KAHKAHKAH... PUAK PKR GUNA TAKTIK DAN ALASAN, KENA CEROBOH PULAK!!!

Monday, January 28, 2013

Macam biasa, puak PKR memang cukup meriah dengan pelbagai taktik kotor tetapi kelakar untuk menjahanamkan imej dan kewibawaan puak lawan mereka. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja demi meraih kepercayaan orang ramai.

Dan kesemua taktik tersebut, mereka belajar daripada Anwar Ibrahim.

Sebab itulah ramai yang percaya, jikalau sudah terlalu terdesak nanti, Anwar Ibrahim akan mengaku yang dia adalah seorang pengamal homoseksual dan mengakui bahawa semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah benar.

Dek kerana itulah juga, Anwar Ibrahim dan konco-konconya  begitu giat menanam perasaan sayang dan hormat rakyat Malaysia kepada golongan LGBT. Nanti bila masyarakat dah mula menunjukkan simpati kepada kelompok LGBT, ketika itulah Anwar akan membuat pengakuan.

Tidak sampai beberapa jam selepas Rafizi Ramli meminta maaf dan merayu kepada Zahid Hamidi agar tidak meneruskan prosiding menyamannya, dia kemudian membuat penafian dan mengatakan kononnya bukan dia yang meminta maaf sebaliknya akaun Facebooknya telah dicerobohi oleh UMNO.

Trend menuduh UMNO menceroboh akaun Facebook, Google, portal dan sebagainya, akan semakin menjadi-jadi dan cukup popular di kalangan pecacai Pakatan Rakyat.

Hari ini, Azmin Ali pula. Kononnya blog dia pula telah diceroboh. Dan seperti Rafizi Ramli, tuduhan tetap dilemparkan kepada UMNO. Kononnya orang UMNO telah menceroboh blognya itu dan kemudian menyamar seperti cai Pakatan Rakyat.

Lepas Azmin, siapa pula? Anwar Ibrahim?

Menariknya, hanya pemimpin PKR sahaja yang menjadi 'mangsa'. Sedangkan medium pemimpin-pemimpin DAP tak pula kena kacau.

Alasan untuk menyalahkan UMNO, memang sudah menjadi darah daging puak-puak PKR. Al-maklumlah, mereka adalah golongan yang kecewa di dalam UMNO. Masa dalam UMNO dahulu, merekalah syaitan dan iblisnya. Segala macam projek mereka sapu dan simpan untuk diri sendiri. Bila dah tak dapat peluang menyamun, keluar dari UMNO dan masuk PKR atau lari masuk PKR. Bila dah duduk dalam PKR, mulalah cerita tentang keinsanan dan keihsanan, konon-kononnya merekalah yang paling mulia dan paling baik.

Tetapi kalau dah syaitan, tetap juga syaitan, sekalipun syaitan itu memakai lebai dan berjubah berjanggut kambing.

Sama macam Anwar Ibrahim jugalah!

0 comments:

Blog Archive

Labels