1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, January 3, 2013

KALIMAH SYAHADAH DAH JADI PELAPIK PENGESAT KAKI!!!

Thursday, January 3, 2013

Makin lama makin melampau!

Sudahlah DAP secara terang-terangan cuba mencetuskan kemarahan umat Islam menerusi kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham bahawa dia sengaja menggunakan frasa TUHAN ALLAH menggantikan LORD atau GOD apabila bercakap tentang Bible di hadapan khalayak Melayu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH untuk Bible berbahasa Melayu sahaja di Semenanjung sepertimana yang terdapat di Sabah dan Sarawak, kini penghinaan terhadap Islam semakin melampaui batasan dan had.

Pihak berkenaan memang cuba menimbulkan kemarahan daripada umat Islam di Malaysia dan apabila kemarahan tersebut tidak lagi terkawal, maka mereka menjangkakan akan berlaku sesuatu yang ganas. Apabila keganasan tercetus dan negara tidak lagi stabil, mereka melihat peluang tersebut sebagai lebih mudah untuk menjajah Malaysia.

Betapa istiqomahnya puak-puak ini menghina apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, termasuklah terhadap umatnya. Anehnya, penghinaan baik secara halus mahupun secara terang-terangan, ditanggapi pula oleh sebahagian umat Islam sebagai serangan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata!

Kami menerima sekeping gambar dan kisah yang amat menghiris hati selaku umat Islam!

Sebuah kedai di Shah Alam telah dikesan menjual pengesat kaki yang mana bahagian bawah pengesat kaki tersebut tertera jelas kalimah Syahadah dan ismu Allah. Siasatan mendapati, kedai berkenaan mendapat bekalan pengesat kaki tersebut dari sebuah syarikat di Puchong.

Tidak cukup dengan kata-kata, sekarang kalimah syahadah pula menjadi pengesat tapak kaki!!

Alangkah hinanya!

Secara jelas, ianya bukan dilakukan secara tidak sengaja. Kalau dikatakan, si pembuatnya tidak tahu bahawa kalimah Arab yang digunakan sebagai pelapik pengesat tapak kaki tersebut mempunyai kaitan dengan kesucian agama dan umat Islam, ianya sudah tentulah PEMBOHONGAN PALING BESAR.

Amat mustahil, rakyat Malaysia tidak tahu tentang kalimah ALLAH, tentang KALIMAH SYAHADAH dan tentang lambang umat Islam walaupun mereka bukan beragama Islam. Bagaimana mungkin mereka boleh bergelar RAKYAT MALAYSIA kalau apa-apa yang berkaitan dengan Islam, tidak mereka ketahui, memandangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia?

Ini bukan tidak disengajakan, bahkan ia disengajakan untuk membantu DAP mencetuskan kemarahan umat Islam sekaligus menutup terus pembohongan serta penyelewengan yang telah dilakukan oleh para pemimpin DAP sepertimana yang melibatkan Ngeh Kor Ham, Nga Kor Ming dan Lim Guan Eng!

PEMBETULAN (12.06 pm)


Seorang rakan telah menghubungi kami dan memberitahu pelapik kaki tersebut sebenarnya telah dibeli di Tanjung Malim untuk dihantar ke sebuah kedai di Shah Alam. Pelapik kaki tersebut telah dibeli di PASARAYA TF Behrang, bukan sepertimana yang dilaporkan di atas. 

1 comments:

Anonymous said...

Jabatan Agama yang ditugaskan oleh kerajaan perlu lebih tegas menjalankan tugas. Puak kafir dengan dibantu pecacai PR sudah semakin melampau. Semua orang melayu yang sayangkan Islam mesti bersatu. Tinggalkan parti yang hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan parti, sanggup berdiam diri apabila rakan kongsi mempersendakan Islam.

Blog Archive

Labels