1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, January 3, 2013

KETUA KUMPULAN ROGOL BERKUMPULAN, MENYAMAR DAN TAWAR RASUAH KEPADA POLIS DI BALAI POLIS!

Thursday, January 3, 2013

Jangan terpengaruh sangat dengan cerita kononnya, anggota polis Malaysia mudah dirasuah!

Itu yang berlaku kepada seorang ketua kumpulan jenayah yang cuba menyogok RM200 kepada seorang pegawai polis di ibu pejabat polis Selangor untuk membebaskan dua orang pengikutnya yang ditahan kerana merogol seorang wanita tukang cuci Indonesia.

Suspek yang berusia 51 tahun itu, melakukan kesilapan apabila memperkenalkan dirinya kepada pegawai penyiasat untuk kes rogol tersebut sebagai Deputy Superintendan dari Bukit Aman.

Kejadian berlaku pada jam 5:00 petang, Selasa lalu.

Cubaan suspek menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan sogokan hanya bertahan tidak sampai lima minit apabila dia akhirnya dihumban ke dalam lokap.

Ketua Cawangan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan ke atas suspek mendedahkan:

- Suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan penyamaran sebagai anggota polis dan pegawai kerajaan,

- Kedua-dua lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pada 23 Disember lalu adalah anggota kumpulannya.

Suspek sebenarnya cukup bodoh apabila cuba merasuah anggota polis, apatah lagi di dalam balai polis sendiri. Lebih gila lagi bila dia menyamar sebagai seorang DSP.

Menurut laporan, lelaki tersebut melangkah masuk dengan penuh lagi ke dalam balai polis dan bertanyakan nama pegawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut. Dia kemudiannya dibawa ke bilik pegawai tersebut di mana di bilik berkenaan, dia telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis berpangkat DSP. Selepas itu, dia cuba menawarkan RM200 'dari pegawai kepada pegawai' untuk melupuskan kes tersebut dan membebaskan kedua-dua anggota kumpulannya.

Menurut SAC Mohd Adnan, selain daripada kes menyamar sebagai pegawai kerajaan, lelaki itu juga diburu kerana terlibat dalam kes penipuan.

Dua anggota kumpulannya yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan, masing-masing berusia 27 dan 29 tahun, telah diberkas pada hari yang sama dengan insiden berlaku.

Mangsa, berusia 27 tahun telah memberitahu polis, dia telah dirogol sekurang-kurangnya enam lelaki di tempat dia bekerja di Mentari Business Centre di Bandar Sunway.

SAC Mohd Adnan memberitahu, suspek-suspek yang lain sedang giat diburu oleh pihak polis.

Ketua kumpulan yang cuba menawarkan rasuah akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

0 comments:

Blog Archive

Labels