Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil masa yang lama untuk membuat rayuan bagi mengenepikan permohonan saman oleh 2020 orang ibu tunggal selepas Kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji yang mereka buat pada PRU12.
Walaupun beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, khususnya Exco cuba memberitahu kononnya mereka telah mencipta pelbagai program untuk ibu tunggal, hakikatnya program-program berkenaan hanyalah omongan kosong. Manakala bantuan yang diberikan, dirakamkan gambar untuk disiarkan dalam media Pakatan Rakyat dan dibesar-besarkan, sebenarnya hanya melibatkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang telah disahkan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu.
Berbeza pula dengan bantuan yang diberikan oleh UMNO dan Barisan Nasional yang langsung tidak menjejaki pihak manakah yang diundi oleh penerima-penerima bantuan berkenan.
Sebenarnya bukan ibu tunggal sahaja yang diberikan janji kosong oleh Pakatan Rakyat. Salah satu daripada golongan yang telah dijadikan modal untuk ditipu adalah MURID-MURID TADIKA.
Pakatan Rakyat telah menjanjikan bantuan sebanyak RM50 setiap bulan kepada setiap MURID-MURID TADIKA di seluruh Selangor. Malangnya, jangankan RM50, 50 sen pun tidak diterima oleh murid-murid tadika tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor telah pun memberikan alasan, kononnya mereka telah memberikan bantuan sepertimana yang dijanjikan... TETAPI KEPADA MURID-MURID TERPILIH sahaja.
Mana RM6 juta yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat ketika mereka dengan bangganya mengumumkan tentang penubuhan TUNAS? Mengapa sampai sekarang, belum ada satu sen pun yang diterima oleh MURID-MURID TADIKA.
Sepatutnya pada 28 Januari nanti, bukan himpunan aman yang melibatkan pelajar-pelajar tadika dan pra sekolah yang telah dibohongi oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor yang berpenasihatkan ekonomi Anwar Ibrahim, sebaliknya menfailkan pendakwaan dan saman ke atas kerajaan negeri yang paling kuat menipu selepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.
Tapi apa nak dihairankan... kalau dah nama Pakatan Rakyat, pastinya mereka akan menuding jari ke arah UMNO apabila sudah terdesak nanti. Tentunya Pakatan Rakyat akan mengatakan, kanak-kanak tadika dan pra sekolah yang membuat himpunan aman nanti, telah dibayar oleh UMNO. Malah yang paling dahsyat nanti ialah apabila kanak-kanak itu akan dituduh sebagai AHLI-AHLI UMNO yang menyamar sebagai kanak-kanak tadika.
Tengoklah nanti....
BACA JUGA SELANGOR DAILY.COM
0 comments:
Post a Comment