IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, January 5, 2013

LAJIM UKIM DAH BAYANGKAN, DIA ADALAH BAKAL KETUA MENTERI SABAH YANG BARU!!!

Saturday, January 5, 2013

Penyakit besar Lajim Ukim ialah perasan dia terlebih pandai berbanding orang lain. Oportunis sepertinya kali ini sudah terjubor dan terjebak. Dia ingat, dia sudah cukup pandai menerusi kerjasama dengan Pakatan Rakyat, dan kemudian berjaya menipu mereka, sepertimana yang dilakukannya sebelum ini kepada UMNO dan Barisan Nasional yang enggan menaikkannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

Lajim Ukim cukup terkenal sebagai seorang penjual tanah, laut dan hutan. Panas punggungnya apabila dimarahi, membuatkan dia mengancam untuk menjatuhkan kerajaan negeri dan dia menjadi Ketua Menteri.

Walau apa pun cubaan Lajim Ukim untuk menunjuk pandai, dia sebenarnya tidak lebih daripada si bodoh yang tidak sedar cawatnya sudah terlondeh.

Anwar Ibrahim mungkin melihat Lajim Ukim sebagai sebahagian daripada mileage politik yang boleh digunakan sebagai publisiti betapa hebatnya Pakatan Rakyat, khususnya PKR dalam menterjemahkan sokongan anggota-anggota pemimpin Barisan Nasional yang sudah senja dan tidak lagi diperlukan seperti Lajim Ukim kepadanya. Sekaligus memberikan persepsi kepada rakyat Sabah bahawa PKR memang berkebolehan untuk menundukkan kepala-kepala yang bermasalah seperti Lajim Ukim.

Namun Anwar Ibrahim bukanlah sebodoh yang disangkakan oleh Lajim Ukim. Dengan masalah yang ada di sekelilingnya, Anwar Ibrahim sudah tentu tidak akan menambah masalah dengan mengambil Lajim Ukim sebagai rakan sekutu yang boleh dipercayai.

Lajim Ukim akan dipergunakan dan Anwar Ibrahim seperti biasa akan memberikan mimpi-mimpi indah kepadanya, tetapi Anwar Ibrahim tidak mungkin akan membiarkan Lajim Ukim bertindak sebagai tangan ghaib yang merosakkan cita-citanya di Sabah.

Kesian Lajim Ukim... walaupun sudah berdekad-dekad pernah menjadi pemimpin di peringkat negeri dan pusat, kebijaksanaannya tidak lebih baik daripada lidahnya apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels