iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, January 23, 2013

NASHARUDDIN MAT ISA DAN ZULKIFLI NORDIN ADA AGENDA BESAR DENGAN NAJIB SAMPAI TERPAKSA BERJUMPA DI GAZA?

Wednesday, January 23, 2013

Makin panaslah buntut para pecacai PAS apabila satu demi satu gambar-gambar membabitkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di samping Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak mula dipaparkan.

Sudah ada desakan daripada para pecacai Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang menyamar sebagai ahli PAS agar kepimpinan PAS memecat Nasharuddin Mat Isa, kononnya kerana Nasharuddin Mat Isa tidak patuh dengan arahan kepimpinan PAS supaya tidak bekerjasama dengan UMNO atau Najib Abdul Razak.

Dan lebih panas lagi ialah apabila turut sama dalam rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Zul Nordin merupakan bekas ahli PAS yang telah dipecat  kerana menentang isu murtad membabitkan Majlis Peguam sebelum itu. Walaupun menang bertanding atas tiket PKR, Zul Nordin tidak pernah menjadi ahli PKR sebaliknya mengekalkan keahliannya dalam PAS sehinggalah dia dipecat kerana memalukan PAS kerana menentang kehendak dan keinginan DAP agar proses murtad dipermudahkan di Malaysia.


Yang pasti, Nasharuddin Mat Isa tidak akan jadi calon PAS pada tahun ini kerana penghalang besarnya adalah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam isu KALIMAH ALLAH yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini pun, dikatakan Nasharuddin Mat Isa adalah puncanya.

Namun yang paling tidak sanggup didengar ialah, dikatakan Nasharuddin Mat Isa sedang menerima arahan daripada Najib Abdul Razak agar memusnahkan PAS dari dalam... walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, PAS sudah pun dimusnahkan dari dalam. Bukan oleh Nasharuddin Mat Isa, tetapi apabila PAS mengambil keputusan untuk menyebelahi dan menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim pada 1998 dan kemudian menjadi kuda kayu kepada DAP dan PKR!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels