IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, January 25, 2013

NASHARUDDIN MAT ISA 'DIHANTAR NAJIB' UNTUK BERTANDING DI PERMATANG PAUH, PUNCA ANWAR IBRAHIM LARI!!!

Friday, January 25, 2013

Kecoh sudahlah apabila Anwar Ibrahim cuba tarik perhatian dengan pengumumannya yang dia MUNGKIN tidak akan bertanding lagi di Permatang Pauh, bahkan sedang mengintai-ngintai di beberapa tempat lain untuk bersarang baru. Maka ramailah yang memberikan reaksi tentang perkara tersebut dengan pelbagai andaian dan rumusan.

Benarkah Anwar Ibrahim tidak lagi berminat dengan kerusi selamat dan empuknya di Permatang Pauh yang telah menjadi kerusi 'tradisinya' semenjak kali pertama dia bertanding dalam PRU dahulu? Kalau benar, apa sebabnya?

Daripada sekian banyak andaian, terdapat satu andaian terbaru yang sedang masyhur diperkatakan.

ANWAR IBRAHIM TAKUT DENGAN NASHARUDDIN MAT ISA!

Sudah terdengar desas-desus, Nasharuddin Mat Isa akan dicalonkan di Permatang Pauh untuk menentang Anwar Ibrahim. Nasharuddin Mat Isa selama ini adalah Ahli Parlimen Bachok. Ekoran permusuhan Nik Abdul Aziz dan PAS Kelantan terhadapnya, apatah lagi Kelantan ingin memperbanyakkan calon-calon yang menang dari kalangan mereka sendiri, Nasharuddin Mat Isa merupakan salah seorang daripada mereka yang diterajang keluar dari Kelantan.

Namun sesuatu yang lebih menarik lagi ialah, Nasharuddin Mat Isa tidak akan bertanding di bawah bendera PAS sebaliknya di bawah simbol lain. Simbol apakah itu?

Sudah tentulah simbol DACING, simbol yang telah digunakan semenjak sekian lama oleh BARISAN NASIONAL.

Khabar angin yang kuat bertiup sekarang ini juga menyatakan, itu merupakan salah satu daripada sebab utama Nasharuddin Mat Isa dan Zulkifli Nordin berada dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza dan sekarang ini di Switzerland pula.

Nasharuddin Mat Isa, mungkin merupakan pemimpin kedua PAS yang pernah sampai ke Switzerland selepas bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusof Rawa yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai Duta Malaysia ke PBB suatu ketika dahulu.

Kalaulah benar sebagaimana khabar angin yang sedang masyhur diperkatakan itu, Nasharuddin Mat Isa merupakan ahli PAS pertama yang akan bertanding di bawah lambang Barisan Nasional selepas PAS ditendang keluar dari gabungan Barisan Nasional pada tahun 1978 kerana onar mereka sendiri.

Dek kerana faktor Nasharuddin Mat Isa itulah, Anwar Ibrahim dikatakan akan melarikan diri dari Permatang Pauh. Anwar Ibrahim tidak berani berhadapan dengan Nasharuddin Mat Isa yang mempunyai pengaruh besar di kalangan akar umbi PAS di utara Semenanjung termasuklah Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, sekalipun dari semasa ke semasa para pecacai Pakatan cuba memperemehkannya.

Namun ada juga khabar angin yang menyatakan, KEPIMPINAN TERTINGGI PAS yang telah memberikan restu kepada Nasharuddin Mat Isa untuk dilihat sebagai PANGLIMA BN yang baru menentang Anwar Ibrahim. PAS melihat Anwar Ibrahim sebagai punca kepada segala permasalahan yang berlaku, bahkan Anwar Ibrahim jugalah yang memperlekehkan PAS di Pulau Pinang serta Selangor, walaupun PAS jugalah yang menjadi faktor PKR dan DAP mendapat kuasa di kedua-dua negeri tersebut.

Pemergian Nasharuddin Mat Isa bersama-sama Zulkifli Nordin ke Gaza, sebenarnya dalam pengetahuan kepimpinan tertinggi PAS. Malah kepimpinan tertinggi PAS jugalah yang 'menghantar nama' Nasharuddin Mat Isa untuk bersama-sama Najib Abdul Razak.

Tidak pasti dari mana semua desas-desus tersebut bersumber namun, POKOK TIDAK AKAN BERGOYANG KALAU TIDAK DITIUP ANGIN atau TIDAK ADA TANGAN YANG MENGGONCANGNYA!!!

0 comments: