IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, January 28, 2013

PEJABAT ADUN PAS TIPU DUIT ORANG KAMPUNG, TAKKAN INI PUN SALAH UMNO JUGA?

Monday, January 28, 2013

Memang menyakitkan hati bila tahu kita ditipu. Siapa yang tak marah kalau ditipu, lebih-lebih lagi apabila penipuan itu melibatkan wang ringgit. Kalau setakat RM1 – RM2 bolehlah tahan lagi, tapi kalau sampai membabitkan sehingga ribuan ringgit, siapa boleh tahan?

Itulah yang terjadi kepada para penduduk Kampung Iboi yang terletak di pinggir Gunung Inas di Mukim Kupang, Baling, Kedah. Ratusan penduduk di situ mengadu ditipu Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas, yang berjanji untuk memberikan geran tanah permintaan (TOL) di sekitar gunung tersebut.

Mulanya, jawatankuasa itu canang di seluruh kampung, penduduk kampung yang nak geran tanah permintaan, mereka boleh tolong mohon dari pejabat mereka yang beralamat di No. 8, Pekan Baru Baling di Kupang. Sama alamatnya dengan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kupang, Johari Abdullah (PAS)!

Macam mana pejabat ADUN boleh bertukar jadi Pejabat Tanah pulak ni???

Mereka akan ukurkan tanah yang dipohon dan penduduk kampung yang memohon perlu membayar harga ukur tanah yang diberikan. Maka berduyun-duyunlah orang kampung pergi ke pejabat mereka untuk memohon tanah. Ada yang kena bayar RM100 dan ada pula yang kena bayar beribu-ribu ringgit! Malah ada yang mendakwa pejabat itu berjaya mengumpul ratusan ribu ringgit wang permohanan tanah itu!

Peliknya, penduduk kampung diberikan resit "kedai runcit" bagi transaksi di pejabat jawatankuasa itu.

Tunggu punya tunggu, sudah lebih dari 2 tahun, namun jangankan geran tanah, khabar pun tak ada. Penduduk kampung pun hantar wakil bertanya pada Pejabat Tanah Baling. Mengejutkan, Pejabat Tanah sendiri pun tak tahu apa-apa... SAMBUNG BACAAN DI SINI

1 comments:

Anonymous said...

Kat Gua Musang pun sama.. bayar dah premium, ada yg siap bayar hasil lagi.. tup2 senang je bagi kat cina,

cina luar disusukan, rakyat mati tak makan

Blog Archive

Labels