IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Friday, January 4, 2013

CONTOH INI SENTIASA GAGAL DIIKUTI BAIK ORANG UMNO APATAH LAGI ORANG PAS!!!

Friday, January 4, 2013

Pemain Persib Bandung yang berasal daripada Syria, Naser Al Sebai melaksanakan ibadah solat Asar di gelanggang futsal ketika menjalani latihan setelah mendengar Azan yang berkumandang . Dengan menggunakan pakaian bolasepak yang lengkap dan menyarung baju latihan untuk menutup kakinya , Naser terus bertanya akan arah kiblat kepada rakan-rakannya

Naser merupakan pemain bolasepak muslim yang taat.Beliau tidak mahu menangguhkan waktu solatnya kerana mengetahui bahawa beliau akan menghabiskan waktu yang cukup lama untuk kembali ke kediamannya dari tempat latihan.

Ini bukan kali pertama bagi pemain yang bernombor 4 itu memperlihatkan sikapnya sebagai seorang muslim. Dalam sesi latihan mahupun pertandingan, beliau selalu duduk sekiranya ingin minum air.Ini merupakan sikap dan tindakan yang patut dicontohi oleh kita sebagai umat islam sebagaimana tatacara minum islam serta penegasan disiplin dalam menjalankan kewajipan ibadah lima waktu.

Sumber

ULASAN TFK:

Solat adalah tiang agama. Perkara pertama yang dipersoalkan di akhirat kelak adalah solat. Ramai yang bersolat, tetapi tersangat ramai jugalah, solat mereka hanyalah solat yang menjerumuskan mereka ke dalam Neraka Wail. 

Wail adalah neraka yang khusus untuk orang yang bersolat. Sila rujuk ayat al Quran Surah Al-Ma'un Ayat 4.

Kenapa masuk neraka itu?

Kerana mereka lalai daripada menunaikan solat. Sila rujuk ayat al Quran Surah Al-Ma'un Ayat 5.

Tafsir Al-Jalalain menyatakan, LALAI yang dimaksudkan di dalam ayat berkenaan adalah, sengaja melewat-lewatkan atau melambat-lambatkan solat sehingga sesetengahnya habis waktu.

Di kalangan kita, ada sesetengahnya sengaja memberikan alasan, kononnya kerana majlis ilmu berlangsung, maka kita dibolehkan untuk melewatkan solat terutama sekali solat Isyak. Malah lebih malang lagi, ada pula yang ambil mudah dengan menyatakan ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG dan LEBIH MENGETAHUI niat kita... sedangkan mereka pula secara jelas, terang dan nyata, telah dengan SENGAJA MELEWAT-LEWATKAN SOLAT.

Kalau nak buang air pun, kita tidak akan melewat-lewatkannya, bahkan bergegas mencari tempat untuk melepaskan hajat itu, mengapa SOLAT yang SANGAT TIDAK TERPERI PENTINGNYA KEPADA KITA, boleh pula dilewat-lewatkan?

Pernahkah kita terfikir?

2 comments:

Anonymous said...

dia ambil wudhuk ke?

MELAYUJATI said...

Soalan dari Melayu? dia ambil wuduk ke? soalan menunjukkan betapa kerdilnya mentaliti MELAYU/ISLAM/MALAYSIA, kalau ibadat solat dia tidak tangguhkan walaupun tengah bermain, apa hal pulak dengan wuduk yang merupakan kunci sah solat, soalan dari manusia MELAYU dangkal...penuh kenegatifan....

Blog Archive

Labels