1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, January 28, 2013

SAMBUT HARIJADI NIK AZIZ, PATUTLAH PECACAI PAKATAN BERIA-IA BAGI ALASAN!!!

Monday, January 28, 2013

Ingatkan pecacai-pecacai Pakatan yang tidak lama sebelum ini, begitu hebat bercakap tentang BIDAAH dan tidak halalnya menyambut Maulidur Rasul kerana ianya tidak disambut oleh Nabi s.a.w, para Sahabat r.a dan Solafus-Soleh, akan memberikan alasan mengapa Mursyidul Am PAS begitu seronok memotong kek dan tersengih-sengih lebar ketika lagu 'HAPPY BIRTHDAY TO POK NIK' dinyanyikan sambil bertepuk tangan.

Rupa-rupanya mereka cari alasan lain untuk menyembunyikan BIDAAH dan HIPOKRIT terbesar membabitkan Mursyidul Am PAS itu. Mereka cuba menjadikan perjalanan beratus-ratus kilometer oleh Nik Abdul Aziz ke Pulau Pinang untuk sambutan harijadinya itu, sebagai kononnya untuk menakut-nakutkan UMNO dan Barisan Nasional.

Kononnya 'PERTEMUAN DUA MUSUH UTAMA UMNO-BN' itu menandakan menjelmanya puaka dan  jembalang yang akan menghantui UMNO-BN.

Benarkah atau mereka sebenarnya terpaksa mencipta cerita sebegitu rupa, semata-mata untuk menutup kemaluan yang sudah terdedah.

Atau sebenarnya, kepatuhan Nik Abdul Aziz kepada Karpal Singh yang sentiasa cuba diambil hatinya oleh Mursyidul Am itu meskipun sudah terlalu acapkali Karpal Singh memperlekeh-lekehkan PAS dan dasar-dasar PAS, yang cuba didalihkan kepada ketakutan buat UMNO dan Barisan Nasional?

Rasa-rasanya, UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah menganggap Karpal Singh dan Nik Abdul Aziz sebagai Dewata Raya yang perlu ditakuti, bahkan kedua-duanya hanyalah DINOSAUR DARI ZAMAN JURRASIC yang kian tumpul gigi dan semakin nyanyuk otaknya. Mungkin dihormati kerana pengalaman luas mereka dalam politik negara, tetapi untuk ditakuti, hanya golongan yang terlalu banyak telan asap kemenyan tok-tok bomoh PAS dan DAP sahaja yang boleh berbuat begitu.


Dalam UMNO sendiri pun, orang-orang tua nyanyuk seperti Nik Aziz dan Karpal Singh sudah mulai bersara dan melepaskan jawatan atau kedudukan mereka lama kepada pemimpin pelapis. Sedangkan PAS dan DAP yang seringkali mendabik dada mereka adalah parti yang hebat, walhal pergantungan mereka kepada kuasa, menyaksikan masih ada pemimpin-pemimpin dari zaman JURRASIC yang enggan melepaskan jawatan dan kedudukan dengan alasan, mereka masih diperlukan oleh parti dan ahli.

Barangkali mereka masih tidak nampak bagaimana sudah sekian lama, Nik Abdul Aziz menjadi bahan lawak dan jenaka, terutama setiap kali dia membuat kenyataan. Kemaksuman dan LARANGAN MENYENTUHNYA sudah lama berlalu dan sesiapa sahaja sekarang ini sudah tidak takut lagi untuk menentangnya, terutama sekali apabila cerita tentang perampasan tanah rakyat, skandal pemberian tanah kepada Ngeh-Nga, ketidakadilannya kepada rakyat jelata, ketidakbertanggungjawabannya dalam menyediakan dan menyelenggara prasarana untuk rakyat, bahkan ketidakmampuannya menyediakan peluang-peluang pekerjaan selain daripada sekadar memberi ceramah dan berpakaian bagaikan orang zuhud berkulit kambing, semakin hari semakin diperkatakan secara terbuka.

Pecacai-pecacai Pakatan Rakyat boleh terus hidup dengan mimpi dan fantasi mereka, tetapi berapa lama mereka boleh bertahan dengan kaedah sebegitu?

Kesian... hanya kerana sebiji kek, mereka terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan imej Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh...


Yang mereka tidak ceritakan pula selepas upacara pembelahan kek berkenaan dan nyanyian lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU, ialah bagaimana Karpal Singh memberitahu Nik Abdul Aziz bahawa dia jauh lebih besar berbanding Mursyidul Am PAS itu, sehinggakan cenderamata untuk Nik Aziz pun disampaikan melalui wakilnya, Raveentharan!

2 comments:

parangpanjang said...

Assalamualaikum.
Mohon untuk pautkan link blog kami http://parangpanjang.blogspot.com di blog tuan.
Blog tuan telah dipautkan di blog kami.
Terima kasih.

Pakcu Rantau Panjang. said...

Perjuangan yang diselaputi dengan warna warni amat sukar dikesan kebenarannya apa lagi jika tapisan ilmu kurang dan ketabsuban melangkaui batasan.

Kesukaran makin bertambah bila agama diperdagangkan melalui parti hingga timbul kekaburan...biarpun pemimpinnya bertindak luar biasa tapi dan sukar melepasi norma harian tapi
pengikutnya masih berkata "yes terbaik"....walahualam.

Blog Archive

Labels