IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, January 27, 2013

SINDIKET JUAL KANAK-KANAK DI PULAU PINANG, ENAM PASANGAN DISOALSIASAT POLIS!!!

Sunday, January 27, 2013

Semua ibu bapa angkat kepada enam bayi dan tiga kanak-kanak yang dijual menerusi satu sindiket dikenakan perintah bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mereka terdiri daripada lima pasangan yang ditahan di sekitar negeri ini, Kedah dan Perak serta berusia 20 hingga 50-an.

Menurutnya, kesemuanya kemungkinan akan menjadi saksi dalam kes berkenaan apabila dibicarakan kelak.

“Kita mengambil keterangan daripada semua ibu dan bapa angkat bayi berkenaan dan kini sudah dibebaskan,” katanya di sini, semalam.

Mazlan berkata, sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak berusia dua bulan hingga lapan tahun yang didalangi seorang wanita tempatan itu terbongkar setelah polis menerima laporan daripada seorang lelaki Bangladesh.

Katanya, dalam laporan itu, pengadu itu memberitahu teman wanitanya didakwa menjual anak yang dilahirkannya kepada sindiket berkenaan.

“Siasatan polis membawa kepada pembongkaran kegiatan sindiket yang aktif sejak 2009 dengan penahanan 33 suspek,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kejayaan polis menumpaskan satu sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergiat aktif di Pulau Pinang sejak 2009 berikutan penahanan 33 suspek termasuk seorang doktor klinik swasta dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mereka juga berjaya menyelamatkan sembilan bayi dan kanak-kanak berusia dua bulan sehingga lapan tahun, yang dipercayai dijual oleh sindiket berkenaan.

Kesemua bayi dan kanak-kanak berkenaan dijual kepada pasangan tempatan yang tidak mempunyai zuriat dan sukar memperoleh cahaya mata pada harga RM18,000 hingga RM30,000 bagi seorang bayi.

Bayi yang dijual pada harga RM30,000 mempunyai sijil kelahiran, MyKid dan surat kesihatan.


- Sinar Harian

0 comments:

Blog Archive

Labels