1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, January 4, 2013

TAKKAN MAT SABUT DIAM SAJA BILA NASHARUDDIN MAT ISA BELASAH GUAN ENG!!!

Friday, January 4, 2013

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba menimbulkan polemik bagi mengurangkan tekanan terhadap DAP yang sedang berhadapan dengan pelbagai pendedahan skandal penyelewengan serta salahguna kuasa yang begitu menjadi-jadi mutakhir ini. Guan Eng memilih kalimah ALLAH yang pernah menimbulkan kontroversi untuk melindungi perkara sebenar yang menyusahkan hatinya terutama sekali yang membabitkan penjualan tanah di Pulau Pinang kepada syarikat kroni selain pemilikan tanah oleh dua orang pemimpin DAP Perak di Kelantan yang dibuat menerusi transaksi yang serba meragukan.
Beberapa hari lepas, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan, menolak desakan Lim Guan Eng agar kalimah ALLAH dibenar guna dalam Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di seluruh Malaysia, walaupun sebelum ini kerajaan telah membenarkan penggunaan kalimah tersebut di dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. 
Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri utama anutan Kristian oleh kaum Bumiputera yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca. 
Bagaimanapun, segala hujah Tuan Ibrahim Tuan Man yang kelihatan bagus itu, sebenarnya tidak lebih daripada topengan PAS yang bersikap bermuka-muka dalam hal ini. Dari awal lagi, para pemimpin utama PAS, bahkan Presiden PAS sendiri menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, terutama sekali DAP untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam secara halus, mengapa pula secara tiba-tiba Tuan Ibrahim Tuan Man menghujahkan Kristian tidak dibenarkan guna kalimah tersebut dengan gaya Melayu-UMNO?
Hari ini, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah menghuraikan secara panjang lebar tentang PERSETUJUAN PAS kepada saranan Lim Guan Eng dalam hal ini. Sekaligus, menyanggah penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat untuk menipu Melayu dan umat Islam Malaysia agar terus menyokong PAS sebagai sebuah parti siasah yang mempertahankan Islam dan umatnya. (BACA DI SINI)
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagaimanapun, menimbulkan satu persoalan yang sangat bagus, dan perlu dijawab oleh Lim Guan Eng serta Mat Sabu dengan secepat mungkin. 
Adakah GOD atau LORD dalam Bible berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil akan digantikan dengan ALLAH atau ALLAH hanya digunakan untuk Bible berbahasa Melayu semata-mata?... SAMBUNG BACAAN DI SINI

2 comments:

Anonymous said...

Yang aku tak faham kenapa nak terjemah perkataan God atau Lord kepada bahasa melayu dengan menggunakan perkataan Allah....

Allah bukan perkataan melayu... perkataan melayu yang paling sesuai untuk God atau Lord adalah tuhan....

Allah juga bukan perkataan Arab kerana perkataan paling sesuai untuk terjemah perkataan god atau lord kepada bahasa arab adalah robb...

Allah adalah nama tuhan yang maha esa .... adakah kristian mempunyai tuhan yang esa .... jawapan adalah tidak .... kalau ada agama paling layak menggunakan perkataan Allah selain Islam adalah agama Yahudi kerna mereka masih menyembah tuhan yang satu.... tetapi Yahudi tidak berkeinginan untuk menggunakannya kerana mereka amat patuh kepada ajaran mereka dan kekal memanggil tuhan mereka seperti mana tercatat dalam kitab mereka..

Adakah bible dalam bahasa china akan menggunakan nama tuhan cina untuk mengganti nama god atau lord.....

Adakah bible dalam bahasa tamil akan menggunakan nama murugan menggantikan nama god atau lord.... jawapannya memang tidak akan bible tersebut menggunakannya kerna tujuan kristian menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa melayu adalah jelas untuk menggelirukan umat islam... bukan umat sekarang tetapi umat islam generasi anak cucu kita....

memang kristian bermain politik disini sama seperti PAS sebab tu PAS menyokong perbuatan ini.... semoga Allah melaknat sesiapa yang meminta, menyokong serta bersimpati menggunankan kalimah Allah...

Allah adalah tuhan yang maha Esa dan orang islam berzikir siang malam dengan menyebut nama Allah

Anonymous said...

Tahniah! Ni lah komen paling bernas ttg isu ini yg saya jumpa dalam byk2 blog yg saya dah ikuti.

Harap komen ini dapat disebarkan seluas mungkin supaya penyokong PR yg beragama Islam akan dapat melihat isu ini dengan mata hati... isyaallah.

Blog Archive

Labels