1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, January 4, 2013

TERIMALAH HAKIKAT, AZHAR IDRUS ADALAH USTAZ MEKDI NATANG!!!

Friday, January 4, 2013

Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka.....

Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar.... Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.....!

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan.

Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid.

 

Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.
Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.

Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.

Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya; Rating...!

Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.

Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.

Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.

Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.

Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak) - mykmu.net

9 comments:

Anonymous said...

Ai boleh lak makan Mc D. Bukan kata boikot ka??? Apa pula fatwa nak kuar nanti bila dia makan Mc D boleh. Hmm Mana orang yang bantai Shila Hamzah? Aku nak tgk ada dak orang nak nasihat kan dia!! hehehehe Ada??? Takkan nya. Sbb depa ni berguru ngan sorang je. Guru lain semua salah!!!

Anonymous said...

kesian flyingkick dgn kunta kinte..
dah nama pun mcm haram jadah, tak payah lah nak mengata orang..
program apa pun yang orang nak dengar dan tengok terpulang masing masing..
kamu orang umno pun belum tentu beriman dgn sebenar benar iman jgn memandai memburukkan manusia lain..
kalau cetek ilmu agama, pergi belajar lagi..

Anonymous said...

hang dok mengata kat orang macam2 tak pa ka.....? Hanya Allah yang kekal yang lain mati dan mapuih belaka.... tak takut kepada maha pencipta

Anonymous said...

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mahu mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka” (HR. Baihaqi)

Anonymous said...

Aku org umno.terus terang aku katakan dia buat jenaka supaya org x boring dan ngantuk dgr ceramah dia.Dia jwb soalan2 dgn jelas sambil selit sedikt jenaka.Dlm ketawa kita dpt pengetahuan agama.Dia selalu kata dengar sini molek2(baik2)sambil beri penerangan yg jelas tetang soalan2 yg diajukan.kat Astro tu x da pun dia beri ceramah pasal politik pun.Come on laaa.kita negara demokrasi.tentang dia nak sokong mana itu hak dia sbgai Rakyat Msia.

Anonymous said...

Kan ustaz Azhar dah jelaskan isu gambar kat atas tuh...berusahalah mencari kebenaran bukannye menyebarkan keburukan...katekanlah ramai yg percaye dgn cerita fitnah ni, macam mane saudara nak cari tiap2 sorg dr mereka n minta maaf? Ustaz Azhar hanyalah pendakwah namun hidayah itu milik Allah, kite semue pun blh berdakwah melalui tutur kate atau penulisan.Tp klu cerita begini yg dipaparkan maka ape jenis dakwah yg saudara lakukan nih....pikir2 la...

Anonymous said...

Bile orang muda minat dengan ceramah UAI, ko bantai pulak.. Aku tengok astro oasis, UAI takde la die buat lawak bodoh memanjang.. Aku ada berpuluh cd Ustaz Kazim Elias siap nyanyi lagu hindustan, lagu 60-an pun ada tapi orang tetap beribu yang pergi.. Alahai!! Cermin la diri tu skit sebelum keluarkan artikel nie.. Kewajipan dieorang menyampaikan dakwah dan menarik minat orang ke masjid yang ko pulak sebarkan keburukan penyeramah untuk menanam kebencian untuk orang dengar ceramah agama..

Anonymous said...

Serius artikel yg boleh dikatakan menulis tanpa ilmu..

Anonymous said...

padan muke kau . mengata org lagi . senang cite dro ko mengata orang , konon nyer ko tuh pndai sgt2 . pegi le buat ceramah . dah bodo buat care bodo .

Blog Archive

Labels