IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Thursday, January 3, 2013

TIGA BERANAK MATI BUNUH DIRI DI PENGERANG BUKAN KERANA ISU RAPID... HARAKAH KANTOI BERBOHONG!!!

Thursday, January 3, 2013

Harakah memang kuat berbohong. Laporan-laporan tabloid dan portal online rasmi PAS itu tidak pernah lekang daripada menipu dan melakukan fitnah walaupun mereka mengaku yang berita mereka adalah benar, telus, tepat dan beramanah.

Dengan tenaga kerja yang lebih bersifat profesional, ternyata Harakah cuba menggunakan pendekatan blog yang bersifat individu.

Baru beberapa minggu lepas, Harakah telah dikantoikan kerana menfitnah PDRM apabila menyiarkan 'gambar curi' seorang jururawat Rumah Seri Kenangan Jejawi yang dikatakan sebagai anggota polis berpangkat rendah penyokong PAS yang dipindahkan ke Sarawak, kali ini Harakah terus terkantoi dengan pembohongan yang berlaku melibatkan kematian tiga beranak di Pengerang.

Kematian Teoh Beng Hock yang terjun bangunan untuk menyelamatkan Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan dan konco-konconya dalam kes penyelewengan dan skandal kontrak serta tender melibatkan Majlis Perbandaran Kajang, telah berjaya dimanipulasi sepenuhnya oleh DAP dengan bantuan jentera penerangan PAS. Masih ramai yang percaya, Teoh Beng Hock telah dibunuh oleh Kerajaan UMNO-BN walaupun hakikatnya, Teoh Beng Hock adalah saksi utama SPRM dalam kes penyelewengan di DUN Seri Kembangan yang tidak selesai-selesai sampai sekarang ekoran kematiannya.

Tragedi pembunuhan diri tiga beranak di Pengerang telah dikaitkan dengan projek RAPID yang bakal menjejaskan industri yang sama di Singapura. Kematian ketiga-tiga beranak tersebut segera dikatakan sebagai berpunca daripada tanah mereka dirampas dan mereka sangat kecewa dengan tindakan pihak berkuasa itu.

Walhal apa yang berlaku adalah lain daripada yang dilaporkan oleh Harakah.

“It has nothing to do with the land acquisition for the RAPID project,” a relative to the family  said today. -Pang Mao Song ( translated name), 55, the younger brother of the  deceased Pang Kam Weng ( translated name, 63) pointed out that his  brother had the intention to commit suicide because of. health problems. 

BACA DI SINI

Kalau yang itu pun sudah berbohong, macam mana pula dengan pelbagai isu lain yang dibangkitkan oleh Harakah berdasarkan spekulasi. Sedangkan Harakah bukannya blog sebaliknya suara rasmi sebuah parti siasah yang mengaku memperjuangkan Islam!!!

2 comments:

Tukang Karut said...

Disebalik berita2 yg dikeluarkan oleh Harakah, cerita sebenar yg ingin disampaikan kpd pembaca adalah pemimpin2 dan majoriti penyokong PAS KUAT MENIPU.

Itu saja.

Anonymous said...

La,baru tahu ke,berita yang sahih dalam Harakah hanya waktu sembahyang fardu sahaja,yang lain.....jawablah sendiri

Blog Archive

Labels