iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, January 2, 2013

UGUT PENGUATKUASA JAWI YANG SERBU DISKO, BEKAS KSU KEMENTERIAN DITAHAN BERSAMA 36 ORANG GRO!!!!

Wednesday, January 2, 2013

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam.


7 comments:

MIRA EDORA said...

BERANI BUAT BERANI TANGGUNGLAH DATUK BUAT APA NAK UGUT ORG YG MENJALANKAN TUGAS MEREKA TERUTAMA JAWI YG JALANKAN TUGAS ITU. MALULAH SIKIT DATUK OI AWAK TU ISLAM KE KAFIR. SEPATUTNYA USIA MCM DATUK HARUSNYA DUDUK KAT MASJID BUAT AMALAN BUKANNYA DOSA DICARI BERSAMA GRO, TAK MALU DGN ANAK BINI KE.

sulaiman Yusuf said...

insaflah datuk sebelum kamu terima ajal dan tak perlu berlagak dgn pihak berkuasa kalau kamu datuk sekali pun salah tetap salah kerana dlm islam arak adalah haram ye bukan makruh ye datuk so betullah tindakan JAWI itu dan syabas aku ucapkan pada JAWI kerana menjalankan tugas tanpa kira darjat.

nazatul shima said...

sebab adanya org mcm datuk2 inilah lagi byk gro naik kepala sebab duit byk blh bagi kat gro. baik datuk2 ini bagi duit kat masjid2 atau tolong anak2 yatim piatu lagi bagus dan dapat pahala bukannya bala. apa pun taniah pada JAWI atas tindakan berani yg diambil oleh pihaknya.

Anonymous said...

Biasalah 'PTD'.... Berlagak sudah menjadi darah daging... Macam Si Bodoh Dollah Bodowi... 'PTD' yang telah berjaya merosakkan negara!!!

Anonymous said...

Ya penguatkuasa patut serbu tempat tempat jerung ni menngeram

Anonymous said...

PTD adalah duri dalam daging kerajaan..

Yang membuatkan skim2 lain dan kakitangan bawahan menentang kerajaan..

Percaya?..

Tanya ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, jiran-jiran dan seumpamanya yang bekerja di sektor kerajaan tapi yang bukan PTD..

Anda akan dapat jawapan di situ..

rantai said...

Dalam Rukun Negara dinyatakan dan ditetapkan:"Keluhuran Undang-Undang" .... sayangnya pemimpin negara sendiri yang tidak berpegang kepadanya ... kuasa yang ada digunakan untuk merosakkan pronsip rukun negara itu sendiri ... banyak contoh boleh diberikan tetapi tidak bermaana disebutkan sebab bila ada kepentingan yang salah akan dijadikan tidak bersalah, yang tidak bersalah boleh dijadikan bersalah .... undang-undang negara tidak lagi luhur ...

Blog Archive

Labels