Kalut sungguh dah PAS Kedah apabila pendedahan demi pendedahan tentang penjarahan hutan, gunung dan bukit dilakukan oleh rakyat Kedah sendiri. Sampaikan setiap pendedahan yang dibuat, semuanya akan disabitkan kepada UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah hanya UMNO dan Barisan Nasional sahajalah yang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar, manakala rakyat Kedah yang lain semuanya bodoh-bodoh belaka.
Sebelum ini, PAS Kedah tidak mempunyai sebarang alasan tentang pembalakan di kawasan Empangan Pedu. Sebaliknya mereka bersungguh-sungguh menyatakan bahawa pembalakan tersebut tidak akan menjejaskan air di empangan tersebut kerana pembalakan rakus yang dilakukan tidak ada kena-mengena langsung dengan kawasan tadahan air tersebut.
Kemudian, selepas penjelasan dibuat umpama mengajar budak darjah empat tentang kepentingan tumbuh-tumbuhan serta ekologi untuk kawasan tadahan air, muncullah idea kononnya beribu-ribu ekar tanah yang telah dicerahkan itu sebenarnya adalah bertujuan untuk penanaman pokok buah-buahan dalam usaha menjadikan Kedah sebagai negeri AGRO-TOURISME pertama di Malaysia.
Semalam, Kerajaan Negeri Kedah telah pun 'menunaikan janji' mereka untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai AGRO-TOURISME iaitu dengan MENANAM 20 BATANG POKOK BUAH-BUAHAN di kawasan yang menyaksikan beribu-ribu ekar balak bernilai tinggi ditebang dan dikuasai oleh sebuah syarikat kroni!!!
BACA SELANJUTNYA DI KEDAHAN69ERS.COM
2 comments:
Eloklah untuk setiap Exco Negeri sorang sepokok. Sungguh memalukan.
Entah2 tanah tu dijual pada tauke2 cina supaya boleh dijadikan jirat cina terbesar didunia...
Post a Comment