1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, February 18, 2013

ADA JUGA SI BANGANG YANG BENGANG SEBAB XENOPHONE KENA USIR DEK IMIGRESEN MALAYSIA!!!

Monday, February 18, 2013

Nick Xenophone yang telah dihantar pulang oleh Imigresen Malaysia, ternyata berjaya menarik simpati daripada kalangan penjilat Anwar Ibrahim. Bagi mereka, Xenophone yang anti Islam dan seorang penganjur LGBT, bukanlah musuh rakyat Malaysia, sebaliknya tindakan menghalau serta mengusir Xenophone akan menyebabkan Australia bertindak balas dengan mengusir rakyat Malaysia pula.

Malang buat orang-orang ini yang kepala mereka sentiasa disumbat dek kekaguman terhadap Anwar Ibrahim sungguhpun Anwar Ibrahim itu sebenarnya hanya layak diterajang dan diludah. Saban tahun, Australia dan Imigresennya menghalau rakyat Malaysia dengan sesetengahnya tidak langsung diberikan sebarang alasan, kecuali KELIHATAN SEPERTI TERRORIS dan pasport mereka meragukan.

Justeru, apabila ada pecacai Anwar Ibrahim yang cuba membangkitkan kononnya tindakan Malaysia itu amat memalukan, ternyata mereka ini barangkali tidak pernah keluar dari tempurung yang menyerkup kepala dan tubuh badan mereka. Barangkali juga mereka ini langsung tidak tahu tentang hal ehwal dunia sebaliknya sekadar berfantasi dengan dunia U-topia dan Shangri-La yang telah diciptakan oleh Anwar Ibrahim dan dipasakkan ke dalam benak mereka.

Cerita tentang ahli-ahli politik Australia yang kerap besar kepala dan perasan mereka lebih pandai daripada mana-mana pemimpin Malaysia, bukan baru berlaku. Paul Keating, John Howard, Pauline Hanson dan sebagainya, bukannya nama asing dalam perbalahan dengan Malaysia.

Dan sekarang Nick Xenophone?

Julia Gillard tidak akan jadi sebodoh Paul Keating yang akhirnya terpaksa merayu dan meminta sedekah kepada Malaysia semata-mata untuk membela seorang Nick Xenophone.

Justeru, kepada para pecacai bangang yang takut sangat konon-kononnya pemimpin Malaysia akan dilabelkan sebagai musuh negara oleh Australia dan kemudian tidak dibenarkan memasuki negara yang dirampas oleh kulit putih dari tangan kaum pribuminya itu, eloklah rasanya kalau mereka mula mencerminkan mata, muka, batang hidung dan kulit badan masing-masing.

Berhentilah daripada ingin mendapatkan redha manusia. Sejarah negara ini dari tahun 1511 sehingga 1957 telah membuktikan, redha kepada kaum kulit putih itulah yang membuatkan Melayu dan Pribumi jadi kecik otak dan sentiasa berasa orang lain lebih pandai daripada mereka, walaupun dari segi hakikatnya, Melayu tersangat pandai dalam serba-serbi.

Ibaratkan, tak boleh membunuh secara berdepan-depan, Melayu akan membunuh secara santau dan sihir!

Takut sangat dengan Xenophone... tidakkah mereka terfikir yang Australia amat memerlukan Malaysia untuk pemasaran barangan pertanian mereka seperti gandum, daging,hasil tenusu dan sebagainya. Australia tidak akan sebodoh yang mereka fikirkan untuk menyingkirkan Malaysia kerana kuasa beli yang ada pada Malaysia, apatah lagi dengan kilang pelaburan mereka yang ada di negara ini...

Justeru, barangkali tidak menghairankan mengapa sebahagian orang PAS tidak tahu tentang betapa hebatnya mereka kepada PKR dan DAP, sedangkan mereka terus mengongoi-ngongoi dan menyua-nyua kepala untuk diusap, walhal yang sepatutnya berbuat begitu adalah PKR dan DAP!!!

Akhirnya terserlahlah juga kebodohan puak yang menyokong Anwar Ibrahim apabila mereka takut Nick Xenophone terhentak hati!!!


11 comments:

Anonymous said...

lagi terserlah kebodohan penyokong umngok.. penceroboh bersenjata tak pula kena tahan tapi boleh main runding2 pula.. alasan PM mereka jg punya saudara mara kat Sabah tetapi rakyat yang dianiayai pula bagaimana?? kan mereka juga punya saudara mara..

Anonymous said...

Bodohnya kamu Anonymous Feb 18, 2:36 AM. Kalau semua nk selesai cara yg sama tu bukan adil namanya. Kalau yg dtg kt Sabah tu sorang, dah tentu k'jaan dh usir. Ni sbb dtg ramai2, dgn senjata, k'jaan kena la bijak x nak jadi pertumpahan darah. Bkn main nk serang aje.
Jgn jadi bodoh la kawan!

Anonymous said...

http://landdestroyer.blogspot.com/2013/02/western-exceptionalism-crumbling-as.html

"The Australian reported in its article, "Xenophon deported by Malaysia," that Australian Senator Nick Xenophon has been detained and then deported in Malaysia as part of an "unofficial parliamentary delegation to review the electoral system."

In reality, Senator Xenophon was part of a Western effort to assist Malaysia's Wall Street-London backed opposition into power as part of a wider geopolitical strategy to align Southeast Asia against China's emerging regional influence.
"

Anonymous said...

Senator Australia xenophon patut pun diusir dari negara ini kenapa beliau sibuk hal negara orang jagalah negara sendiri.

Anonymous said...

Anu 2.36 memang tak ada otak bodoh macam lembu australia

Anonymous said...

Anu 2.36. kebodohan yg hanya terdapat pada pencacai pembangkang yg terdiri daripada kafir HARBI atau melayu BANGSAT yg mnjadi BARUA kepada kafir HARBI seperti N.AJIS, HADI AMANAT dan AL-JUBURI

pengundi johor said...

dtg melancong, silakan. klu nak menghasut, you're not welcome !

Anonymous said...

Ahaks.. kayunyee orang yang komen bernama Anon @ February 18, 2013 at 2:36 AM.
Yg pilipino tu masuk bukan ikut pintu yang sah, yang xeno ni masuk ikut pintu imigresen yg sah.. so kena le tahan.
badigol gol dol gol betui laa.

Anonymous said...

Anon February 18, 2013 at 2:36 AM

Ironinya apabila saudara seIslam menceroboh negara - minta dibalasnya dengan akan pertumpahan darah, itu adalah sesuatu tindakan yang bertamadun dan amat mencerminkan Hak asasi Manusia yang menjangkaui akan Langit ke Tujuh.

Agaknya pencacai PR ni berfikir menggunakan bijik peliaq(dengan izin)

Anonymous said...

anon 2.36am.. penceroboh bersenjata tu sekurang-kurang nya beragama islam... tidak merbahaya kepada Islam.. tetapi yang dari australia tu sah2 kafir yang menyokong GAY. Amat-amat merbahaya kepada pengganut islam..

Anonymous said...

PRINSIP KESELAMATAN ADALAH * YOU CANNOT WAIT AND YOU CANNOT COMPROMISE* OLEH ITU TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA MENGHANTAR BALIK SENATOR AUSTRALIA YANG DATANG KE MALAYSIA SEMATA-MATA UNTUK MEMBANTU ALJUBORI MEMBANGKITKAN KEKACAUAN DI NEGARA INI ADALAH TEPAT. HANYA MENUSIA BODOH DAN BERHATI HASRAT DENGKI SAHAJA YANG TIDAK DAPAT MELIHAT AKAN KEBENARAN INI, KERANA MEREKA MENJANGKAKAN IANYA AKAN MEMBANTU HASRAT ALJUBORI, OLEH ITU SEDARLAH PENJILAT=PENJILAT ALJUBORI, TERUTAMA DARI GOLONGAN PKR YANG PERASAN DAN HAMPAS ANJING PAKATAN, MEREKA HANYA MEMIKIRKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI BERBANDING DENGAN KEPENTINGAN NEGARA. PERKARA SEPERTI INI BUKAN ASING DALAM HUBUNGAN DIPLOMATIK. NEGARA KITA, KITA ADA HAK KEPADA SIAPA YANG KITA HENDAK BENARKAN MASUK MELAWAT KER, MASUK JUMPA SAUDARA KER, MASUK MEMBANTU ALJUBORI KER, MASUK KERANA SUKA2 KER. JADI OLEH KERANA KITA SEBAGAI PENGUASA NEGARA MALAYSIA BERPENDAPAT ORANG INI TIDAK DIPERLUKAN DAN DIJANGKAKAN AKAN MERUGIKAN DAN MEMBAHAYAKAN NEGARA, JADI KITA AWAL-AWAL LAGI KENA MENGAMBIL KEPUTUSAN YANG TEGAS, KERANA MALAYSIA ADALAH NEGARA KITA YANG MERDEKA, IKUT KITALAH SAPA KITA NAK BENAR ATAU HALAU. PERKARA SEPERTI INI JUGA TIDAK ASING BAGI AUSTRALIA, BERAPA BANYAK RAKYAT MALAYSIA DAN INDONESIA YANG DIHALANG UNTUK MEMASUKI AUSTRALIA, KITA TIDAK BANTAH PUN KERANA ITU NEGARA MEREKA. BUKALAH MINDA TUAN2 DAN PUAN, BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH SEMASA KITA MASEH MEMPUNYAI NEGARA SENDIRI DAN KITA MASEH DAPAT MENENTUKAN HALA TUJU NEGARA KITA SENDIRI, JANGAN SAMPAI ALLAH TARIK NEGARA INI MENJADI HAK ORANG LAIN. NAUZUBILLAH MINZZALIK

Blog Archive

Labels