1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, February 13, 2013

ADUN PAS DAN YDP PAS KAWASAN BEREBUT NAK JADI CALON, EXCO MASUK BATANG NAK JADI MENTERI BESAR!!!

Wednesday, February 13, 2013

Pertembungan antara Hasan Abdul Razak, Yang Dipertua PAS Kulim-Bandar Baru dengan ADUN Bandar Baru, Yaakub Hussin semakin memuncak di daerah tersebut. Kulim-Bandar Baru adalah kawasan paling selatan di Kedah dan mengandungi Parlimen Kulim-Bandar Baru, DUN Kulim dan DUN Bandar Baru.

Difahamkan sehingga setakat ini, kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru akan tetap ditandingi oleh PKR dengan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR akan menjadi calonnya. Manakala DUN Kulim akan dikekalkan kepada PKR di mana Lim Soo Nee, yang merupakan dalang utama kepada kewujudan tanah perkuburan swasta Sungai Kob yang merupakan tanah perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara dan terletak di tengah-tengah perkampungan orang Melayu, akan dikekalkan.

Yang tinggal untuk PAS hanyalah DUN Bandar Baru.

Kulim-Bandar Baru sebenarnya merupakan salah satu daripada sarang dan kubu kuat PAS. Dari zaman Yusuf Rawa, sehinggalah sekarang, penyokong dan pengikut PAS tidak pernah berubah walaupun PAS tidak pernah menang besar di kawasan berkenaan.

Hasan Abdul Razak, bekas anggota tentera yang bersara awal sebelum pulang ke kampungnya di Sungai Tengas untuk menoreh dan kemudian mengajar agama secara kecil-kecilan pada awal 1980-an, pernah bertanding di DUN Bandar Baru sebelum kalah di tangan Dato' Muslim. Kini, dia merupakan orang kuat Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Yaakub Hussin pula masih lagi tergolong dalam kaum keluarga Hasan Abdul Razak dan mempunyai kelompok keluarga terbesar di Kampung Sungai Batu. Sepanjang menjadi ADUN Bandar Baru, Yaakub Hussin terpaksa menjual beberapa bidang tanah milik keluarganya kerana dikatakan, peruntukan tidak sampai ke tangan dan aktiviti-aktiviti PAS di kawasannya tidak boleh dijalankan kerana ketiadaan peruntukan. Hasil jualan tanah itulah yang digunakan untuk membiayai aktiviti parti.

Kisah Yaakub Hussin dan pertentangannya dengan Hasan Abdul Razak yang dikatakan telah menyekat peruntukan untuk Yaakub Hussin, banyak diketahui oleh masyarakat di Kulim-Bandar Baru, lebih-lebih lagi di perkampungan yang terletak paling selatan negeri itu. Apatah lagi, kebanyakan penduduk kampung kecuali perkampungan-perkampungan KEDA, mempunyai talian persaudaraan dan kekeluargaan.

Sudah ada ura-ura yang mengatakan Yaakub Hussin semakin bosan dengan kerenah PAS Kedah yang hanya pandai bercakap tentang agama tetapi tidak pernah menjalankan tanggungjawab mereka selaku pemegang amanah dan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh agama. Khabar-khabar angin yang mengatakan Yaakub Hussin akan berpindah kem dan menyeberang ke kem UMNO... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments:

Blog Archive

Labels