IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 12, 2013

APA SAKITNYA PAKATAN BILA MAHATHIR KATA ANWAR TAK LAYAK JADI PM?

Tuesday, February 12, 2013

Sememangnya setiap kali Mahathir buka mulut, setiap kali itulah juga, para pecacai Pakatan Rakyat bagaikan diserang dan dirasuk puaka paling jahat. Mereka menggelupur. Mereka menyeranah. Mereka memaki hamun dan menyerungkup atas tanah.

Sebabnya, setiap kali Mahathir buka mulut, setiap kali itulah juga para pecacai Pakatan Rakyat, bagaikan syaitan yang dibacakan ayat-ayat suci Al Quran. Lebih-lebih lagi apabila Mahathir menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat yang sedang merancang untuk mengadakan MALAYSIA SPRING setelah berkali-kali gagal menerusi beberapa siri demonstrasi jalanan.

Para pecacai Pakatan Rakyat bagaikan tidak tahu apa lagi yang harus diberikan penjelasan menerusi tulisan dan ceramah. Mereka cuba menyatakan bahawa MALAYSIA SPRING tidak akan berlaku, sebaliknya yang akan membuat kacau nanti ialah Barisan Nasional dan UMNO kerana tidak dapat menerima kekalahan.

Agak aneh kerana, sepanjang sejarah pilihanraya di negara ini, Barisan Nasional dan UMNO sudah berulang-ulang kali menempuhi kejayaan dan kekalahan. Mereka menang besar ketika bergelar PERIKATAN dalam dua PRU. UMNO dan Barisan Nasional hilang dua pertiga majoriti apabila DAP dan konco-konconya memainkan sentimen perkauman yang menebal sehinggakan berlaku tragedi berdarah 13 Mei 1969. Selepas itu, UMNO dan Barisan Nasional menang dua pertiga majoriti sehinggalah pada tahun 2008 apabila rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pentadbiran Perdana Menteri kelima, membuat keputusan untuk mengajar UMNO dan Barisan Nasional.

Menariknya, walaupun 'kalah' pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional yang kehilangan empat buah negeri, tidak pula mengadakan demonstrasi atau apa-apa yang berkaitan dengan SPRING di tempat-tempat atau negeri-negeri yang mereka kalah.

Sebaliknya yang bersungguh-sungguh mengadakan demonstrasi dan menggerakkan kekacauan adalah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak sahaja melancarkan gerakan demonstrasi, sebaliknya begitu giat melancarkan kempen kebencian terhadap segala macam agensi kerajaan terutama sekali PDRM, ATM, SPR bahkan menyerang mana-mana syarikat milik Bumiputera yang dilihat mampu menyemarakkan kemarahan pengundi-pengundi Cina dan India.

Justeru, tidak sahaja mata Mahathir yang dapat melihat apa yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila mereka kalah pada PRU13 nanti, sebaliknya rakyat biasa yang bekerja sebagai penoreh getah di ceruk pedalaman pun tahu, Pakatan Rakyat sedang berusaha mencipta cerita kononnya mereka akan menang dan kalau mereka kalah pada PRU13 semuanya kerana PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO dan Barisan Nasional.

Mengapa mereka tidak dapat menafikan yang mereka sekarang sedang mencipta cerita untuk para penyokong mereka percaya dan kemudian menimbulkan persepsi dan membangkitkan sentimen agar wujud kekacauan massa seperti yang berlaku di negara-negara Arab?

Jadi, betullah seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir itu!!!

2 comments:

PenganutPAS said...

eeemmmm macam pernah nampak jer orang duduk tahiyat awal ni ..... api kat dalam video mana yer ???

Anonymous said...

MANGKOK NI LAH YG ANA GUNA WAKTU PEKENA CENDOL ITU HARI...MANGKOK NI KALAU ANA GUNA BUAT PEKENA TOMYAM PON OK JUGAK...APA PANDANGAN HANG DET N LIL...TAK KAN HANGPA DOK GELAK SAMPAI TERANGKAT BAHU SAJA KOT...KEH KEH KEH KEH KEH

Blog Archive

Labels