1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, February 17, 2013

BACAAN BIBLE DISERUPAKAN DENGAN TILAWAH AL QURAN... INIKAH YANG KITA MAHUKAN?

Sunday, February 17, 2013
'
Sekurang-kurangnya terdapat 8 ayat al Quran yang mengesahkan bahawa al Quran diturunkan dalam Bahasa Arab iaitu ayat 2 Surah Yusuf, ayat 37 Surah Ar-Ra'ad, ayat 113 Surah Toha, ayat 28 Surah Az-Zumar, ayat 3 Surah Fussilat, ayat 7 Surah Asy-Syura, ayat 3 Surah Az-Zukhruf dan ayat 12 Surah Al-'Ahqaf.

Mengapa al Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan bukannya dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Yunani mahupun Bahasa Ibrani?

Kerana Nabi s.a.w adalah berbangsa Arab dan Bahasa Arab itu sendiri merupakan bahasa yang paling lengkap sehingga pelbagai konsep dan fahaman yang luas dan mendalam dapat dijelaskan dengan mudah menerusi format-format yang indah. (Al-Mizan, Jilid 4, muka surat 160; Tafsir Nemune, Jilid 9, muka surat 300 dan Jilid 13, muka surat 311)

Bible juga wujud dalam Bahasa Arab meskipun ia sebenarnya adalah saduran atau terjemahan daripada kumpulan prosa dan koleksi gabungan beberapa gospel yang ditemui dari Bahasa Ibrani dan Yunani. Bible asli dalam Bahasa Arab tidak pernah wujud.

Dan seperti yang diketahui, Bible berbahasa Arab hanya wujud di kalangan masyarakat Koptik, manakala mazhab-mazhab Kristian yang lain seperti Protestan, Katholik, Lutheran, dan sebagainya, menolak Bahasa Arab sebagai pngantar utama Bible sebaliknya lebih mempercayakan Bahasa Latin sebagai akar bahasa Bible meskipun ia sebenarnya adalah terjemahan kepada Bahasa Ibrani yang terdapat dalam gospel-gospel yang telah dikumpulkan, disaring, diedit, dibuat proof-read, diubah, malah ditulis semula.

Pada peringkat awal terutama sekali pada zaman Conquistador Sepanyol yang banyak menakluk dunia dan kemudian mengkatholikkan masyarakat dan negara yang telah mereka jajah, bahasa Bible tidak pernah berubah iaitu Latin, tetapi apabila Inggeris mengambilalih, maka Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Inggeris menerusi Stamforf Raffles, orang yang kononnya telah membuka Singapura walaupun Singapura telah dibuka ribuan tahun dan mempunyai sistem kerajaannya yang tersendiri sebelum kedatangannya, telah cuba menterjemahkan Bible ke dalam Bahasa Melayu agar orang Melayu lebih banyak membaca Bible dan perlahan-lahan bertukar agama menjadi Kristian.

Namun, taktik sebegitu tidak berhasil. Bahkan Belanda yang lebih keras dan lebih zalim daripada British juga gagal dalam usaha mereka mengkristiankan keseluruhan Indonesia apabila hanya Bible berbahsa Melayu digunakan untuk tujuan tersebut.

Kini, sudah ada taktik baru yang digunakan. Apatah lagi taktik berkenaan dilihat lebih berkesan kerana al Quran tetap akan dibaca dalam Bahasa Arab dan Al Quran tidak pernah berubah isi kandungan mahupun struktur bacaannya.

Beberapa surah al Quran yang baru dan palsu dalam Bahasa Arab telah dikesan cuba disebarkan di kalangan umat Islam. Kini, selain daripada surah-surah baru dalam Bahasa Arab itu, TILAWAH BIBLE dalam Bahasa Arab pula dilakukan.

Persoalannya, kalau di Indonesia ianya sudah menjadi kelaziman, maka apakah Malaysia juga akan dilanda fenomena dan trend yang sama? Apakah kegilaan sebilangan pemimpin DAP yang diketahui amat menebal fahaman dan semangat pengkristianannya, begitu gila membaca ayat-ayat al Quran dalam usaha mereka memupuk kepercayaan kononnya, mereka lebih rapat dengan Islam, akan bertukar menjadi satu format rasmi untuk Bacaan Bible di negara ini?

Apakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan fenomena TILAWAH BIBLE dalam BAHASA ARAB pada masa hadapan? Apakah kita atau anak cucu kita akan dapat membezakan yang mana satu KALAMULLAH dan yang mana HASIL KERJA MANUSIA yang seringkali diatasnamakan sebagai GOD'S WORK?

Anda saksikanlah sendiri


SUMBER VIDEO DARI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments:

Blog Archive

Labels