IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, February 27, 2013

BERBILION RINGGIT RAKYAT KELANTAN TERPAKSA TANGGUNG KERANA KEBODOHAN NIK AZIZ DAN KETAMAKAN ANAK MENANTUNYA!!!

Wednesday, February 27, 2013

Pas seringkali mendabik dada kononnya mereka cekap, lebih hebat, lebih pandai dan segala-galanya lebih dari BN.Orang yang cekap dan hebat dia tidak akan membuat kerugian walaupun satu ringgit. Tetapi oleh terlalu cekap dan cerdiknya Pas RM 100 juta duit Kelantan melayang.Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. 

Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan. Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30 %. 

Lihat di sini

Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. 

Kenapa sudah diswastakan pun masih tak berubah. Ini kerana wujudnya masalah antara kerajaan negeri dan Thames Water.Perjanjian itu lebih berat dan menguntungkan Thames Water termasuklah untuk menaikkan tarif air. Itulah yang menyebabkan Kerajaan Kelantan tidak bersetuju.

Inilah contoh kecerdikan Pas yang saya nak beritahu. Mereka sudah tandatangan perjanjian, selepas itu baru mereka sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Kalau sudah tahu berat sebelah janganlah tandatangan dulu. Perinci dulu setiap patah perkataan dalam perjanjian tersebut sebelum tandatangan. Selepas tandatangan baru dia sedar yang dia kena tipu. 

Cerdik kan?

Jika tidak silap saya pada masa itu Nik Aziz berkata dia menandatangan perjanjian tersebut dengan tidak membaca terlebih dahulu isi kandungan perjanjian itu. Katanya ketika itu dia baru selesai makan nasi, kemudian ada orang hulur dokumen untuk tandatangan, maka dia terus saja tenyeh dokumen itu tanpa meneliti isi kandungannya.Selepas itu baru dia sedar yang dokumen itu berat berat sebelah. 

Nasi sudah menjadi bubur, jika dia nak batalkan perjanjian itu maka Kerajaan Kelantan perlu membeli saham Thames Water 70% dengan nilai RM 50 juta.Selama empat tahun perkara itu berlarutan, maka pada tahun 1999 iaitu beberapa bulan sebelum pru ke 10 kerana takut mereka menerima kesan teruk dalam pru tersebut, Kerajaan Kelantan telah membeli saham-saham Thames Water yang bernilai RM 50 juta.

RM 50 juta duit melayang kerana kelalaian dan kelemahan seorang MB dari Pas. Mereka terpaksa bayar balik kepada orang asing untuk mendapat harta mereka. Hebat sungguh Pas...

Yang melucukan, semua perkara ini berlaku akibat kelemahan Nik Aziz, kemudiannya Nik Aziz pula dijulang sebagai seorang hero kononnya berjaya menghalau British keluar. Bangang sungguh.Seorang exco yang bijak pandai menguruskan ekonomi Kelantan berkata “penstrukturan semula pengurusan air di Kelantan ini mempunyai sejarah besarnya yang tersendiri, Tok Guru (Nik Aziz) berjaya mengusir British untuk kali yang kedua” . Sini

Sebab itu saya kata mamat itu bengong, siapa yang bawa masuk Thames Water ke Kelantan?

Kamu bawa masuk pencuri ke dalam rumah kamu, kemudian pencuri tidak mahu keluar kerana kamu tidak memberi wang kepadanya. Setelah kamu berikan sejumlah wang dan kemudian pencuri itu keluar dan kamu mendabik dada 'saya berjaya halau pencuri keluar dari rumah saya'

Tak ke gilanya nama itu? Lainlah sekiranya Thames Water masuk seperti askar-askar British dulu, kemudian tawan semua loji-loji air di Kelantan dan Pas berjaya halau mereka keluar. Kalau begitulah bolehlah dikatakan kita berjaya halau British keluar. Ataupun mereka berjaya mengeluarkan Thames Water dari Kelantan tanpa perlu membayar satu sen pun.

Pas yang bawa masuk Thames Water ke Kelantan, Pas yang tandatangan perjanjian, Pas bayar RM 50 juta, kemudian dia kata Pas berjaya usir British keluar. 

Kepala otak kamu!

Anda semua boleh lihat bagaimana mereka memusing cerita. Asalnya adalah kelemahan Nik Aziz, kemudian mereka pusing dan canang cerita yang membuatkan Nik Aziz dilihat sebagai seorang hero.Harakahdaily sepertimana link yang saya berikan diatas mengeluarkan kenyataan seperti berikut, 'kesempatan memerintah negeri Selangor, dikatakan idea Husam menstruktur semula pengurusan air Kelantan dipanjangkan dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

Selesaikan dulu masalah air di Kelantan yang tak selesai sehingga kini. Tak payah nak sibuk mari campur urusan air di Selangorlah. Kami tiada masalah air di sini, kami mampu bayar bil air dan kerajaan yang ada di Selangor pada hari ini sudah beri subsidi RM 11.00 sebulan. 

Jangan nak mengada-ngada nak tunjuk pandai.Selesai bab RM 50 juta yang pertama. Setahun dua yang lepas berlaku juga masalah yang hampir sama. Kali ini bukan masalah air, tetapi masalah Bazar Tok Guru.


Kerakusan menantu dan demi menyelamatkan maruah pak mertuanya sekali lagi RM 50 juta wang Kelantan melayang. Kickdefella ada butiran lanjutnya di sini.

Kedua-dua insiden diatas sudah cukup untuk membuktikan kelemahan Pas. Empat puluh lima tahun dulu pun begitu juga , mereka serahkan beratus ribu ekar kawasan balak kepada sebuah syarikat dari Singapura, kemudian timbul masalah dan mereka disaman. 

Pada akhir tahun lepas mahkamah memerintahkan mereka membayar RM 800 juta kepada syarikat berkenaan. Sini

Terkedu exco bijak pandai yang menjaga ekonomi Kelantan. Selama ini dialah raja saman-menyaman orang, akhirnya kerajaan dia kena bayar saman RM 800 juta. Yang seronoknya dia salahkan BN pula. Sini

Dia tak pula cerita yang pada masa itu kerajaan BN Kelantan diterajui oleh Pas. Lihat disini

Itulah wajah-wajah manusia yang memperdagangkan agama untuk kepentingan politik , peribadi dan nafsu mereka serta suku sakat mereka. Pendustaan dan pembohongan adalah mainan bagi mereka. Buka mulut sahaja, bohong. Buka mulut, bohong. Pembohongan bagi mereka seolah-olah makan kacang rebus .

Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Dr. Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.

Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.

Tun Dr. Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.

SUMBER: FORUM JARUM EMAS

5 comments:

Anonymous said...

Pemimpin pas nik aziz ni mana ada otak buat malu islam je....inikah contoh seorg islam tuk majukan negeri sendiri pun x mampu.....aku sedikit rasa hormat / sanjung pd nik aziz dan hadi pun takde,sungguh memalukan umat islam di m'sia....

Reverse Gear said...

PAS takat Islam pada nama, tapi khawarij sampai tulang sum-sum

Anonymous said...

Dah bermacam2 kemungkaran dan kebahalolan PAS mengurustadbir ngr di dedahkan tapi nape ek langsong xde tindakan dari SPRM...tidoq ka?

N Ajis neh sbnrnya ulamak atau ULARMAK?..diri sendiri penoh trpalit dgn salahlaku urus wang kjaan negeri dan kronisma tapi masih berlagak suci dan msh sgp menemplak/menudoh UMNO yg mungkar..

N ajis neh mmg menepati hadis Nabi tentang ulamak akhir zaman....

Anonymous said...

Mmg dah terbukti puak2 ni mana reti mentadbir.. Pentadbiran hancur exco x bleh harap tu br tadbir satu negeri!!! Klu tadbir Malaysia ntah apa jadik.. Ulama patut smpikan ilmu so xyah la sibuk nk politik bagai jadi cikgu agama je sudahlah.. Nie sain cek/dokumen pon x teliti dulu maen sain je sama la cm Azizan bole ckp kt wartawan dia x cek apa2 maen sain je cek.. Camne ke MB punya cara kerja langsung xde sistem.. Bila dah terkantoi apa susah salahkan umno kerajaan terdahulu.. Lawak2.. Kah kah kah

kitcai ping said...

Salaam Tuan... Mohon linkkan blog saya http://kitcaiping.blogspot.com/ saya dah linkkan blog tuan ke dalam blog saya... Terima kasih Tuan..

Blog Archive

Labels