IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, February 11, 2013

BERITA GEMPAR!!! PEMIMPIN DAP AKAN MASUK ISLAM SEJURUS SEBELUM HARI MENGUNDI PRU13!!!

Monday, February 11, 2013

DAP nampaknya semakin keterlaluan. Semuanya berpunca daripada kejayaan mereka menjinakkan PAS yang sebelum ini seringkali dilabelkan sebagai EKSTREMIS ISLAM malah seringkali dilihat seperti menuruti jejak TALEBAN di Afghanistan.

Selepas kejayaan pada 2008, DAP berhasrat untuk menggantikan PAS bagi memungut, mengumpul dan mempergunakan undi daripada masyarakat Melayu dan Islam. Untuk tujuan itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng sehinggakan dia terpaksa berlakon untuk menampakkan dia sebenarnya sangat berminat dengan Islam dan HAMPIR MEMELUK ISLAM KALAU BUKAN KERANA BAPANYA, KIT SIANG MASIH HIDUP.

Berita tersebut disampaikan dari mulut ke mulut. Para pengikut PAS bertakbir dan memuji-muji kebesaran Allah Taala dan bersyukur kerana tarbiyah mereka kepada Lim Guan Eng telah hampir membuahkan hasil.

Bagaimanapun, dari sehari ke sehari, Lim Guan Eng semakin menunjukkan belang dan temberangnya bahawa dia sebenarnya adalah musuh Islam dan musuh umat Islam yang amat tegar di negara ini. Sikap permusuhannya boleh dilihat menerusi tindakan-tindakan yang diambilnya terhadap penduduk Pulau Pinang yang beragama Islam, lebih-lebih lagi berbangsa Melayu.

Dengan mengungkit keturunan Melayu yang ada di Pulau Pinang sebagai MAMAK dan ARAB, Guan Eng cuba menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Melayu-Melayu lain yang tidak begitu pasti dengan keturunan mereka sendiri tetapi dianggap sebagai Melayu menurut Perlembagaan Malaysia kerana beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam dan istiadat Melayu.

DAP sudah terdesak untuk mendapatkan undi, sokongan serta pengaruh di kalangan masyarakat Melayu-Islam di negara ini. Mereka tahu apa kelemahan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Justeru, satu maklumat telah sampai kepada kami di TFK!

Seorang pemimpin kanan DAP yang amat berpengaruh sedang menyusun langkah untuk 'memeluk agama Islam' menjelang hari pengundian pada PRU13 nanti. Pemimpin kanan tersebut sebelum ini seringkali cuba diperlihatkan oleh PAS sebagai sangat rapat dengan Islam.

Pengislaman pemimpin kanan DAP itu akan dipergunakan kononnya sebagai satu kejayaan PAS melakukan pentarbiyahan dan pendakwahan. Pemimpin kanan DAP itu akan digunakan sebagai umpan di atas pentas-pentas ceramah PAS agar dapat menarik dan mempengaruhi orang Melayu-Islam, sambil menceritakan bagaimana PAS telah berjaya menunjukkan sikap Islam sebenar apabila membabitkan pelbagai kontroversi seperti KALIMAH ALLAH dan AMANAT HAJI HADI.

Kebiasaannya, orang Melayu amat mudah tertarik dan bersimpati dengan golongan mualaf. Baik sangka Melayu terhadap golongan berkenaan, amat tinggi malah jauh lebih tinggi berbanding golongan saudara seIslam mereka yang lain.

Tidak dapat dipastikan, sama ada penentang Islam yang amat tegar itu benar-benar akan masuk Islam kerana Islam atau kerana cuba mendapatkan undi daripada masyarakat majoriti bagi tujuan memecahbelahkan masyarakat Islam yang sudah sedia terpecah dan tidak lagi mengetahui tentang kekuatan mereka sendiri.

Yang jelas, SNOUCK HURGRONJE yang pernah memecah belahkan masyarakat Melayu Acheh dengan kehebatannya dalam ILMU TAHKIK atau TARIKAT MARTABAT TUJUH pada abad ke-19 dahulu sehingga berjaya memperdayakan ramai imam-imam muktabar di Makkah Al-Mukarramah dan masyarakat Melayu Acheh sendiri akan muncul semula, tetapi dalam bentuk PEMIMPIN DAP di Pulau Pinang.

1 comments:

Anonymous said...

cuba cerita ttg m7 tu @Hakikat Nur Muhd.Itulah kepercayaan orang yg mengamalkan kitab berzanji sama ada sedar atau tidak.Ia bukan soal khilaf yg memberi ruang kpd muslim mengamal atau tidak.Ia soal akidah.Rosak akidah mengatasi persoalan perebutan nama Allah!

Blog Archive

Labels