Bagaimanapun, sesuatu yang amat menarik ialah apabila para pecacai Pakatan mengambil kesempatan ini untuk menghentam, mengutuk, mengeji dan mencaci anggota-anggota serta pasukan keselamatan negara. Malah, ada pula yang sangat rajin mencari klip video lama yang menunjukkan bagaimana serangan lanun di pasar Lahad Datu 4 tahun lalu dan kemudian diberitahu, itulah serangan lanun-lanun Sulu berkenaan.
Namun, para pecacai Pakatan yang mendapat upah lumayan dan kehidupan mewah itu tidaklah sebijak mana. Apatah lagi kalau mereka berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Guan Eng, memang kebodohan mereka akan cepat diserlahkan.
Mari kita baca apa yang ditulis oleh BLOGGER ASKAR SETIA berhubung pengantoian para pecacai Pakatan.
_________________________________________________________________________________
KECOHH BETUL LAHH...
Semalam kecoh di blog dan Facebook kononnya rakaman insiden tembak-menembak di Lahad Datu telah tersebar malah amat mencuit hati apabila ada pembaca/tukang komen sepenuh masa melatah tidak tentu pasal dan mendakwa pihak tentera tidak buat kerja?
Amat menghairankan apabila ramai orang percaya bahawa video tersebut merupakan rakaman tembak-menembak insiden pencerobohan Royal Army of Sulu Sultanate di pasar awam Lahad Datu.
Apa yang pasti, rakaman tersebut merupakan RAKAMAN LAMA PADA TAHUN 2009! Kelakar bukan apabila kita bertegang urat dan saling mengkritik untuk video dimuat naik pada 4 tahun lepas?
Penyokong-penyokong pihak pembangkang pula 'merajinkan diri' untuk download rakaman insiden 2009 dari You Tube dan upload semula video berkenaan bagi memperlihatkan video berkenaan merupakan video terbaru. Motif mereka hanyalah satu - menyalahkan pihak kerajaan dan ATM apabila sudah berlaku tembak-menembak di tempat awam.
![]() |
| Gambar sebenar rakaman video di You Tube |
Nasihat saya, jadilah pembaca/tukang komen sepenuh masa yang bertanggungjawab dan serahkan hal insiden berkenaan ditangani oleh pihak berkuasa. Anggota keselamatan kita di Lahad Datu tidak tidur malam dan bergadai nyawa mengepung dan mengawasi kumpulan berkenaan tetapi amat menyedihkan apabila anda mengkiritik tugas mereka sewenang-wenangnya. Polis tidak buat kerja lah, askar tidak buat kerja lah..




1 comments:
tangkap jer yg buat fitnah tu dan tembak mati senang cerita...hidup pun menyusahkan negara...nak kata satu jassa pada negara pun takda..baik tembak mati lagi bagus.
Post a Comment