iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 19, 2013

DAP JOHOR TIDAK PERCAYA DENGAN PKR... BERGASAK LAGI PKR DENGAN DAP DI JOHOR!!!

Tuesday, February 19, 2013

Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau secara berterus-terang menyatakan Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan sedang merancang sesuatu untuk mensabotaj peluang DAP di negeri itu.

Dan seperti biasa, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh pun masuk daun dan turut menegaskan bahawa Chua Jui Meng memang tidak boleh dipercayai. Kredibilitinya diragui memandangkan dia berada terlalu lama dalam MCA dan Barisan Nasional.

DAP Johor dikatakan sedang menerima serangan yang cukup hebat di Johor. Beranggapan bahawa Barisan Nasional Johor bukanlah dalangnya, Boo Chen Hau secara terbuka menuduh dan menyerang Chua Jui Meng dengan mengatakan, Chua Jui Meng adalah punca kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh DAP Johor sekarang.

Boo Chen Hau juga sangat yakin, Chua Jui Meng adalah dalang yang cuba menghancurkan peluang DAP untuk menang dan menguasai Johor.

Tak fasal-fasal, DAP menyalahkan Chua Jui Meng pula apabila parti tersebut mulai ditolak oleh rakyat Johor. Padahal Anwar Ibrahim dan PKR awal-awal lagi telah mempotretkan Chua Jui Meng sebagai BAKAL MENTERI BESAR JOHOR yang baru setelah Pakatan Rakyat berjaya mengaahkan UMNO-BN di Johor pada PRU13 nanti.


“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu ‘dibelakang tabir’ ke atas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor. Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.” kata Boo.Pengerusi DAP negeri itu mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP ” serta menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel sebagai “bongkak”Menurutnya kemelut DAP-PKR mula berlaku semenjak Chua dilantik Ketua PKR Johor pada tahun 2009.“Perkembangan sejak dua tahun ini telah menggugat perpaduan Pakatan Rakyat, dan DAP telah menjadi sasaran oleh beberapa kuasa luar dan DAP dilabel sebagai “bongkak”.“Kisah sebenarnya, PR Johor mempunyai hubungan yang kukuh dan berkesan dalam menyelesaikan pembahagian kerusi sebelum ini tetapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran Datuk Chua Jui Meng,” tambah Boo lagi.Disamping itu, Boo turut mengkritik langkah Chua mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walhal pembahagian kerusi masih dalam rundingan.“Datuk Chua Jui Meng sebelum ini mengumumkan pencalonan sendiri di Gelang Patah atas alasan beliau adalah ketua PKR Johor sebelum pembahagian kerusi di antara parti komponen PR di Johor diputuskan oleh pimpinan pusat.“Sebagai orang baru dalam PR, Datuk Chua Jui Meng digesa supaya menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor sejak sejak dahulu lagi,” tambah Boo.Boo juga berharap bekas pemimpin MCA tersebut mencerminkan dirinya yang sering dilihat memperkecilkan DAP dan pemimpin utamanya.“Bagi PR menakluk Johor sebagai salah satu negeri sasaran, sudah sampai masanya untuk saya meminta secara rasmi sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau (Datuk Seri) Dr Wan Azizah untuk mengambil alih kedudukan ketua PKR negeri Johor dan memantau rancangan untuk menawan negeri seperti Johor ini,” ujar Boo lagi.


4 comments:

Anonymous said...

Wah! Sultan dan kerajaan Johor pun sokong PKR??!!

Anonymous said...

perbezaan pendapat tu biasa lah.....nanti masa PRU settle lah.....Ghani tu jgn jadi MB tau lepas PRU 13.....nanti lagi besar kangkang dia dgn LIM....habis tanah JOhor digadainya....PAS & DAP tak pernah perintah pon....tanah Johor dah gadai termasuk lah rezab melayu.....mana pejuang melayu UMNO pertahanka...nak contoh...tanah City Square...siap punya skrg??????.....tanah bekas JKR Jln Kebun Teh....siapa punya skrg?????....byk lagi lah....PAS gadai ke tanah tu.....munafik!!!!!

Anonymous said...

kalau dapat pada PAKATAN, apakah PAS akan pertahankan tanah melayu dari dijual? Apa PAS leh buat di Selangor, Penang, Kelantan, dan Kedah?

Selama ni sapa yg berjasa pada kamu? PAS atau UMNO?

Anonymous said...

YANG PASTI ORG2 JOHOR TIDAK AKAN SAMA SEKALI MEMBENARKAN CINA dap & PAS BERKUASA DI JOHOR... INGAT ORG2 JOHOR PENGHINAAN PAS BERHUBUNG PERKARA PLAT KERETA DULU KEPADA SULTAN JOHOR !!!

Blog Archive

Labels