IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, February 14, 2013

DEEPAK JAIKISHAN PERNAH TEST 'ANU' RAZAK BAGINDA KE SAMPAI DIA TAHU RAZAK BAGINDA MATI PUCUK?

Thursday, February 14, 2013

Sekali lagi Tian Chua menaikkan dan memainkan semula isu pembunuhan Altantuya Shiiribu, model dari Mongolia dalam usaha menjerat, menjatuhkan dan menghapuskan Najib Abdul Razak dan isterinya dari dunia politik Malaysia. Tian Chua yang sebelum ini terkantoi kerana mengedarkan gambar palsu yang dikatakannya sebagai bukti tentang perkenalan Najib Abdul Razak dengan Altantuya Shiiribu, ternyata masih tidak serik-serik dan beranggapan rakyat Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka.

Najib Abdul Razak secara gentleman telah bersumpah laknat atas nama Allah Taala, sebagaimana yang digariskan oleh syariat untuk menafikan hubungannya dengan Altantuya Shiiribu. Malah dia juga telah bersumpah tidak kurang dari tiga kali yang dia tidak pernah bertemu atau berurusan dengan mangsa pembunuhan tersebut.

Namun konco-konco Anwar Ibrahim, terutama sekali Tian Chua dan Hishamuddin Rais tetap juga mengaitkan Najib Abdul Razak dengan Altantuya seolah-olah bagi mereka, nama ALLAH yang digunakan oleh Najib untuk bersumpah itu, hanyalah setaraf dengan nama Anwar Ibrahim.

Manakala alasan para pecacai mereka yang sebelum ini begitu galak berkempen kononnya merekalah yang lebih Islamik pula, ialah Najib berdusta atas nama Allah Taala. Justeru, mereka mengambilalih tugas Allah Taala kerana meyakini bahawa Allah Taala tidak akan menjatuhkan sebarang hukuman kepada Najib Abdul Razak.

Dengan kata lain, mereka yang mendabik dada kononnya mereka lebih Islam akhirnya memilih untuk tidak mempercayai kekuasaan Allah Taala!

Deepak Jaikishan adalah manusia terdesak. Begitu juga dengan Tian Chua yang menjadi pemilik Malaysian Chronicle. Kedua-duanya terdesak dan terpaksa mencari satu nama besar dan isu besar yang boleh membuka mata serta mencapangkan telinga orang ramai untuk beralih serta memberikan tumpuan kepada mereka. Dan sudah tentulah kedua-duanya tidak mempercayai apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Allah Taala.

Seperti yang diketahui, Deepak Jaikishan sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat teruk. Walaupun dikatakan dia telah mendapat kelepasan daripada bank yang dihutangnya dengan program penyusunan pembayaran semula hutangnya, ahli perniagaan yang sedang muflis itu tidak sahaja memerlukan kebenaran bank untuk pelan pembayaran tetapi yang lebih utama, punca kewangan bagi melunaskan hutangnya.

Kes tanahnya dengan seorang pemimpin wanita UMNO Selangor, walaupun dikatakan sudah selesai, namun jumlah wang yang diterimanya tidak dapat menampung kehidupannya untuk selama-lamanya. Justeru dia perlu mencari jalan untuk menjerat mana-mana pemimpin besar politik untuk melicinkan tugas jahatnya.

Dia melihat pertentangan antara Anwar Ibrahim dengan Najib Abdul Razak sebagai peluang terbesarnya untuk buat duit menjelang PRU13. Dia mengharapkan akan ada taukeh-taukeh besar yang prihatin terhadap Najib Abdul Razak dan Anwar Ibrahim yang akan datang, memujuknya dan kemudian membuat pembayaran kepadanya untuk menutup mulut.

Kerana itulah, Deepak Jaikishan yang baru sahaja pulang daripada pertemuan dengan Balasubramaniam, bekas penyiasat persendirian yang terlibat dalam pembikinan dua akuan bersumpah tentang Altantuya Shiiribu di India, pukul Najib cuit Anwar.

Dia cuba menjadikan dirinya besar dan serba tahu tentang kes pembunuhan tersebut. Dan ceritanya, konon Razak Baginda adalah seorang MATI PUCUK sebagaimana yang diketahuinya, tidak memungkinkan Altantuya Shiiribu mengandung, sebaliknya yang mengandungkan Altantuya Shiiribu adalah Najib Abdul Razak yang kemudian mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu sebenarnya adalah jalan penyelesaian kepada kemuncak cerita yang ingin disampaikan.

Mungkin bagi Pakatan Rakyat, terutama sekali penyokong Anwar Ibrahim seronok dengan cerita dongeng karangan Deepak Jaikishan. Namun, semua orang yang mengikuti perkembangan ahli perniagaan tiga suku muflis itu juga dapat menjangkakan, bagaimana dia kemudian akan membuat penafian dan menyalahkan pula pihak Anwar Ibrahim atau lebih tepat lagi Tian Chua apabila berasakan natijah daripada mulut jahatnya itu.

Bagaimana Deepak Jaikishan tahu yang Razak Baginda mati pucuk? Adakah dia pernah bersama-sama Razak Baginda? Dari mana pula laporan klinikal yang diperolehinya mengesahkan dakwaannya? Atau sekali lagi dia mencipta cerita bohong untuk memperlihatkan betapa pentingnya dia dalam cerita Altantuya Shiiribu?

Atau sebenarnya dia yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shiiribu dan memandangkan lubangnya semakin pecah, Deepak Jaikishan sedang kekalutan untuk mengalihkan tumpuan sehingga terpaksa menggunakan khidmat Tian Chua yang sememangnya terkenal sebagai pembuat cerita bohong dan bukti palsu? Barangkali juga, sebelum dibunuh, Altantuya Shiiribu telah menceritakan kepadanya bagaimana hubungan badan dengan Razak Baginda tidak menjadi kerana Razak Baginda mati pucuk, dan model Mongolia itu sedang mengandungkan anak Deepak Jaikishan?

Apatah lagi seperti yang seringkali digambarkannya, peniaga karpet sepertinya tahu serba-serbi tentang apa-apa sahaja, hatta lubang cacing di bawah permukaan tanah pun!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels