1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 19, 2013

DENDAM APA PADA SETPOL MB KEDAH SAMPAI DIA DEDAHKAN PROJEK BALAK DI PEDU TIADA EIA?

Tuesday, February 19, 2013

Saya ada terbaca penjelasan panjang lebar dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Noor tentang isu pembalakan di Pedu. Punyalah semangat dia bercerita, kononnya dengan penjelasan tu maka dia mampu “menghalalkan rompakan” balak secara besar-besaran PAS Kedah.

Tulis punya tulis, Sanusi Setpol tidak sedar dia telah mendedahkan pekung yang cuba disembunyikan selama ini dari rakyat Kedah. Semuanya bila dia mula menulis tentang laporan EIA yang membabitkan kawasan hutan simpan kekal di Pedu itu…

Dalam kenyataan Sanusi itu, rupa-rupanya laporan EIA masih lagi dalam proses dan sedang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Mungkin diatas arahan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) yang dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh Sanusi, maka PKNK kini sedang bertungkus lumus menyiapkan laporan EIA itu…

Kasihan pada PKNK. Bukan mudah untuk sediakan laporan EIA. Dan kalau siap sekalipun, tidak semestinya diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Setakat “proposal” saja mungkin lepas, tapi kalau “approval” belum tentu diluluskan lagi…

Walaupun sedar EIA belum siap dan masih dalam proses, Kerajaan PAS Kedah tidak teragak-agak untuk menarah balak di Pedu sehingga licin!

Pelik betul bila PAS Kedah fikir mereka boleh bertindak mengatasi undang-undang alam sekitar. PAS Kedah mungkin fikir hutan simpan kekal itu mereka yang punya dan mereka juga bebas untuk buat apa saja pada tanah-tanah di seluruh negeri Kedah.

Saya tertanya-tanya, apakah ini yang dikatakan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, sebagai “buat kerja cara Islam”? Islam mengajar umatnya untuk tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerajaan?

EIA masih belum siap lagi tapi balak di Pedu dah gondol, licin dan botak “dibalun”. Kelulusan belum dapat, tapi PAS Kedah sudah tarah habis tanpa memikirkan masa depan dan kesan-kesan alam sekitar yang bakal dihadapi oleh rakyat Kedah selepas ini.

Saya faham bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak pandai menjana pertumbuhan ekonomi di negeri itu. Saya juga faham PAS Kedah tidak bijak menarik pelabur masuk ke Kedah selain mengharapkan belas ehsan dari MITI dan MIDA saja untuk menarik pelaburan.

Tapi, kalau benar pun tidak pandai jana pendapatan, janganlah sampai menzalimi bumi Kedah sehingga hampir menjadi “padang jarak padang tekukur”.

Lagipun, kesan yang bakal dihadapi akibat kerakusan itu bukannya... SAMBUNG BACAAN DI MYKMU.NET

0 comments:

Blog Archive

Labels