1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 12, 2013

DUA BEKAS MUFTI PERLIS AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DALAM PRU13 NANTI!!!

Tuesday, February 12, 2013

Semakin sah, dua orang bekas Mufti Perlis, telah pun masuk kem Anwar Ibrahim dan bakal mewakili parti Anwar Ibrahim anak beranak dan kekasih itu pada PRU yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi.

Menurut maklumat, Dr. Juanda Jaya yang baru-baru ini dikesan telah mengadakan pertemuan dengan Hishamuddin Rais, akan bertanding di Perlis di bawah bendera PKR. Manakala Dr. Asri Zainal Abidin pula akan bertanding di Pulau Pinang.

Agak menarik juga kalau diperhatikan, bagaimana dua orang bekas Mufti yang dikesan mempunyai dendam terhadap kerajaan, memilih untuk berada dalam kem Anwar Ibrahim bagi melepaskan kemarahan dan dendam mereka.

Dan kalaulah benar seperti maklumat yang diterima, nampaknya kedua-dua bekas mufti berkenaan telah pun menolak fakta kelakuan tidak bermoral Anwar Ibrahim yang turut mereka kecam sebelum ini. Juanda Jaya yang begitu beriya-iya menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin kerana mempunyai isu moral, nampaknya telah lupa dengan kata-katanya sendiri. Barangkali dia sudah terlalu banyak mendengar cerita-cerita menarik daripada konco-konco Anwar Ibrahim, terutama sekali Isham Rais yang bersungguh-sungguh mahukan sesiapa sahaja yang mempunyai pegangan kukuh dalam Islam, agar menjadi liberal dan memeluk akidah Atheisme sepertinya.

Manakala Asri Zainal Abidin, seperti yang semua sedia maklum, sememangnya sentiasa mencari jalan kontroversi setelah gagal memperolehi apa yang dihajatinya daripada UMNO. Sebaliknya, UMNO lebih memberikan perhatian kepada Fathul Bari yang mewakili kumpulan ulama muda.

Fathul Bari semakin mendapat tempat di kalangan khalayak kerana penjelasan, ceramah dan intipatinya yang jelas, jitu dan tegas.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dua hari lepas telah mengumumkan kehadiran Asri Zainal Abidin dalam kemnya. Asri sebelum ini tidak menolak tentang pencalonannya walaupun dia kelihatan masih cuba bermain tarik tali dengan PKR bagi mendapatkan perhatian UMNO dan PAS.

Tidak pula dapat dipastikan, adakah alasan kedua-dua bekas Mufti Perlis ini adalah untuk mendakwahkan PKR dari dalam dan untuk menyedarkan ahli-ahli PKR tentang ajaran Islam sebenarnya dengan cara mereka sendiri menyokong Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pernah menggunakan alasan itu ketika dia sedang mengejar kuasa, pangkat dan kedudukan ketika menandatangani borang keahlian UMNO pada tahun 1982 dahulu.

Seandainya benar, tahniahlah buat kedua-dua bekas mufti Perlis itu. Sekali lagi terbukti, negara ini mengamalkan kebebasan bagi sesiapa pun untuk memilih atau menyokong mana-mana pihak yang dirasakan akan menguntungkan mereka.

Sekaligus menolak pembohongan dan tohmahan kononnya negara ini telah menyekat semua kebebasan dan bertindak zalim terhadap mana-mana golongan yang tidak menyokong kerajaan sedia ada.

6 comments:

Anonymous said...

PKR memang sangat memerlukan ustaz ganti bila Ustaz tetap tertangkap dgn isteri org pukul tiga pagi.

bayan said...

As-salam ,baik2 ambil ustaz nti parti tak boleh start, enjin tak hidup mana leh jalan motokar.Nti ramai2 kena sorong.Kalau dah kena sorong,sorong terus kat sungai tengkorak.

Anonymous said...

sekiranya betul bekas mufti tu masuk bertanding utk PKR bermakna mereka nie menyokong matlamat plulisme,LGBT yang pkr perjuangkan serta menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan islam..tahniah la utk mufti itu

Anonymous said...

Tahniah utk kedua2 mantan mufti itu...sok nnt bila korg nak brsyukur kepada Allah nak tanye gak ALLAH YG MANA SATU sbb ANUwar kata semua agama sama!!!!!!!!

Anonymous said...

Orang-orang yg ada nama yg menyertai Pembangkang nampaknya adalah orang-orang yg ada sebab-sebab (dendam) peribadi terhadap BN (Umno). Mereka masuk parti bukan untuk membela nasib rakyat.

1) A.Samad Said- marah kerana novel-novelnya tak laku dipasaran. Katanya generasi muda (Gen x dan y) lebih minat novel2 kontemporari (yg macam Ombak Rindu tu laa). Dia gelarkan karya2 ini sebagai karya2 picisan.
Dia salahkan kerajaan krn membenarkan karya2 picisan ini dijual dipasaran. Dah karya dia generasi kita susah nak faham, so kita tak minat laa, tp kerajaan juga yg salah. Sampai ke hari ni dia tak nak potong rambut atau buang misai dan janggutnya yg panjang tu sebagai tanda protes kepada kerajaan.

2) Hishamuddin Rais - marahkan Kerajaan sbb tak benarkan dia buat demonstrasi dan sebarkan prinsip2 radikal dia (dia lama dok Eropah so dah tak nak jd melayu islam). Kalau K'jaan benarkan, kita rakyat marhaen yg akan marahkan k'jaan.

3) ustazah Pening - dia pakai tudung kemudian kurang dapat peluang berlakon. Itupun salah Kerajaan juga ke? Tak ke dia terfikir yg beri rezeki ialah Allah, tugas dia ialah cari. Mungkin rezeki dia kat tempat lain (malangnya dia pilih cari rezeki dgn mengutuk dan buat fitnah.. -sesungguhnya Allah beri apa yg kita pilih. Kerana itu kita mesti sentiasa berdoa supaya Allah berikan kita buat pilihan yg baik dan diberkatiNya. Kalau tak, kita boleh TERpilih jalan yg salah.

4) Anwar? -satu dunia dah tahu laa sbb dia menentang kerajaan.

Orang-orang seperti ini mengambil jalan mudah dgn menyalahkan orang lain bila mereka ditimpa kesusahan (tak dapat apa yg mereka hendak)/diuji oleh Allah.

Bosan said...

Kalau benar pas patut malu. Org yg ada ilmu agama pun tak pandang parti tersebut. So kena balik check diri baliklah penyokong pas..

Blog Archive

Labels