1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, February 15, 2013

HARON DIN AL-HAFIZ AKAN PERTAHANKAN ISLAM SAMPAI KE AKHIR HAYAT DAN HARON DIN KELUAR DARI PAS... MANA SATU YANG BETUL?

Friday, February 15, 2013

Petang ini, telefon dan e-mail penulis agak sibuk dengan berita tentang Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk keluar dari PAS kerana kemelut KALIMAH ALLAH. Namun berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan serta butiran yang diterima, penulis kurang yakin, Haron Din Al-Hafiz akan berbuat begitu iaitu keluar dari PAS.

Apatah lagi, Haron Din Al-Hafiz beberapa hari lepas telah menyatakan persetujuannya untuk bertanding mewakili PAS di salah satu Kerusi di Perlis. Dan Haron Din Al-Hafiz sendiri mempunyai pengaruh yang tidak lebih kecil berbanding pengaruh Nik Abdul Aziz. Apatah lagi kebanyakan pengikut Haron Din Al-Hafiz terdiri daripada golongan cendekiawan, ilmuwan dan pelajar-pelajar universiti berbanding pengikut-pengikut Nik Aziz yang terdiri daripada golongan sembrono dan jahilun tetapi berlagak pandai seperti ABBY ABADI.

Dalam satu kenyataan, Haron Din Al-Hafiz mendedahkan bagaimana dia telah diserang, diugut, dimaki, dihamun dan diseranah oleh para pemimpin serta pengikut-pengikut PAS yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Pun begitu, menurutnya, dia akan tetap mempertahankan pendapatnya iaitu KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan penganut Islam walau atas alasan apa sekalipun, SAMPAI KE AKHIR HAYATNYA.


Petang ini pula, berita-berita tentang Haron Din Al-Hafiz keluar dari PAS, menderu-deru masuk.

Ketegasan Haron Din Al-Hafiz mempertahankan KALIMAH ALLAH sepertimana ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS pada 14 Januari lalu, amat tidak disenangi oleh golongan yang kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Ramai yang berpendapat, Haron Din Al-Hafiz seharusnya  mengambil sikap berdiam diri apabila tidak bersetuju dengan cadangan KALIMAH ALLAH untuk BIBLE BERBAHASA MELAYU.

Atau lebih tepat lagi, mereka meminta agar Haron Din Al-Hafiz mengamalkan sikap TAQIYYAH, sepertimana yang dilakukan oleh golongan Syiah.

Secara peribadi, penulis tidak melihat dan percaya, Haron Din Al-Hafiz akan keluar dari PAS sebaliknya dia akan memilih untuk mendiamkan diri sebagaimana yang dilakukannya pada tahun 2004 dahulu.

5 comments:

Xpas said...

saya sgt beeharap beeita ini benar, tak sanggup lihat beliau dlm jamaah yg tersasar !

Anonymous said...

Ini lah akibat terlalu taksub dgn KULTUS ISLAM PAS...

Nak ikot Nabi Muhammad Rasullullah dah wafat jadi ikot Nabi Muhammad Sabu pon jadi lah!!

Ibarat kata Husein Lampoyang Jadi Hang Tuah tak boleh jadi Hang Kebun pon Hang Kebun lah...

Anonymous said...

Keluar PAS pon bagus lah Harun Din jgn jadi munafik.

Masok BN dan betulkan mana yg patut dlm kerajaan lebih baik demi Agama dan Bangsa daripada dlm PAS yg umpama Syaitan yg bertopengkan Ulamak!!!

Anonymous said...

Nak cuci lubang taik dgn masuk dlm lubang adlh x praktikal. Fitnah kpd TGHD!!

Anonymous said...

Tuan Haron Din dilema yang besar

Di satu sudut Umno mempunyai niat dan semangat jati diri yang sangat kuat untuk membela bermati-matian Islam. Tidak keterlaluan jika di katakan rekod perjuangan Islam UMNO di Malaysia sangat-sangat cemerlang. Pindaan 121 (1) (A) perlembagaan persekutuan, sistem perbankan Islam yang moden, perjuangan Palestine Bosnia. Isu Kalimah Allah.

Malangnya pada saya amalan dan gaya hidup sesetengah ahli termasuk pemimpinnya kurang mencerminkan gaya keislaman. Saya bukan kata bab tak pakai tudung atau pemimpin yang suka berkarakoe. Itu di kira isu yang tidak perlu di besar-besarkan.

Tetapi banyak lagi perkara besar seperti sistem perbankan. (ada duit kerajaan yang masuk fixed deposit). Udang-undang takzir peringkat negeri yang lemah. Kita akur Hudud tidak mampu di laksanakan lagi. Walaupun Hudud masih kita tidak mampu tetapi ini tidak lah bermakna undang-udang dan kaedah-kaedah takzir kita tidak boleh majukan. Contohnya bab persetubuhan haram tambahkan lagi beban hukuman sampai orang takut nak bersetubuh haram. Di bawah keadah takzir kesalahan berzina tidak di sebut sebagai zina tetapi dikenali dengan nama lain yakni persetubuhan haram. Juga kaedah takzir tidak memerlukan beban pembuktian yang berat seperti tuduhan zina dalam Hudud.

Umno mencipta satu paradoks ruh dan jiwa untuk Islam tetapi amalannya kurang. Di tambah pula dengan mainan persepsi dari pihak-pihak yang selalu sangka mereka lebih Islam dari orang lain.

Maka Tuan Harun Din dilema. Jika keluar wadah perjuangan baru hendak ke mana? Habis kuat beliau bergreak secara bebas atau NGO yang mana impaknya tidaklah sehebat dalam perjuangan mainstream seperti UMNO atau PAS. Hendak masuk UMNO rasanya beliau kurang selesa - mana nak selesa masuk dewan perhimpuan nanti terserempak dengan Wanita UMNo pakai beg tangan RM70000 dan gincu merah menyala serta tudung sekerat. Terserempak pula Pemuda-pemuda UMNo yang ganteng-ganteng yang akan berkaraoke atau berliburan nanti. (jangan kata tidak ada atau nak nafikan bab ini.)

Hendak kekal PAS , maaf cakap PAS sudah hancur sehancurnya.



Blog Archive

Labels