IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, February 16, 2013

IKLAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI YANG SOKONG PAS!!! KERJA KOSONG DI BILIK GERAKAN PEMUDA PAS PUSAT PUSAT!!!! JOM CEPAT MEMOHON!!!

Saturday, February 16, 2013

Menyedari tentangan sengit yang bakal diterima, apatah lagi PAS sedang berhadapan dengan kemerosotan sokongan yang paling teruk semenjak 2008, Dewan Pemuda PAS telah mula menggerakkan dan membuat persediaan bagi menghadapi PRU13 dengan mewujudkan sebuah Bilik Gerakan bagi merangka gerak kerja saraf sepanjang PRU13 nanti.

Bilik Gerakan tersebut akan diwujudkan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Bilik Gerakan ini akan mulai beroperasi sejurus selepas Parlimen dibubarkan sehinggalah PRU13 tamat.

Namun begitu, persediaan telah dibuat beberapa bulan sebelum PRU13 bermula lagi. Bagi menjayakan operasi Bilik Gerakan ini, beberapa orang petugas sepenuh masa diperlukan dalam beberapa bidang khusus seperti yang dinyatakan.

Penyertaan dibuka kepada semua graduan yang berminat.

Ciri-ciri yang menjadi keutamaan pemilihan adalah bujang, muslimin, tinggal di Lembah Kelang dan berpengalaman dalam bidang yang dinyatakan.

Pun begitu, sesiapa juga graduan yang berminat boleh memberikan nama mereka kerana penganjur menjanjikan, sekiranya berkelapangan dan sempat, maka sesi latihan akan diberikan.

Beirkut adalah bidang tugas yang akan dijalankan:

1. Operasi Media Kempen – Bidang grafik

Mempamerkan segala bentuk isu, laporan dan statistik ke dalam format grafik bergambar sama ada dalam bentuk posteri atau banner untuk tujuan sebarang umum.

2. Editing Video:

Menggabung jalin segala sumber video untuk digunakan sebagai bahan kempen

3. Rakaman Video:
Merakam bahan-bahan kempen bervideo bagi kegunaan kempen (bual bicara/ucapan pemimpin dan lain-lain).

4. Operasi Media Baru (Cybertroopers)
Mengadakan forum/kumpulan media baru PAS untuk memudahkan rangkaian maklumat disebarkan.

Menyebarkan semua bahan kempen secara rangkaian media baru

Menjawab setiap isu dengan pantas dan cepat dengan mendapatkan maklumat segera sekiranya berlaku sebarang kes spesifik.

Memantau berita tv dan akhbar utama – memantau komen pimpinan mengenai isu semasa secara online.

Justeru, sesiapa yang berminat, mereka dinasihatkan untuk menyertai Bilik Gerakan Pemuda PAS Pusat ini. Sebarang persoalan atau inginkan maklumat lanjut, orang yang perlu dihubungi adalah Mokhzani Mokhtar, dari Unit Penyaluran Jabatan Perkaderan Graduan dengan nombor telefonnya adalah 013-6646052


1 comments:

usin said...

alamak....tolong kempen utk pas ke bro? belambak lg isu lain utk belasah pakatan, apasal pulak bg iklan free kt pas ni. oh ye, lupa gua. ini blog lu, suka ati lu la bro. cuma gua pelik je post lu ini kali....

Blog Archive

Labels