1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, February 13, 2013

INSTITUT JANTUNG NEGARA PERLU PERJELASKAN KEWUJUDAN MEREKA SEMATA-MATA UNTUK KEUNTUNGAN, BUKANNYA BERSELINDUNG DAN BERBOHONG!!!

Wednesday, February 13, 2013

Sudah semakin ramai yang mengeluh tentang Institut Jantung Negara. Pusat rawatan berkenaan asalnya diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia tetapi selepas pentadbiran yang lepas, satu keputusan telah dibuat secara langsung tanpa bangkangan daripada penggubal undang-undang negara di Parlimen yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen apabila institut berkenaan bertukar rupa menjadi penghisap darah paling efisien dan sangat cekap.

Dengan kadar rawatan yang yang sememangnya tidak munasabah bagi golongan marhein yang berpendapatan di bawah RM3000, Institut Jantung Negara mendapat kerjasama yang sangat baik daripada kebanyakan hospital kerajaan.

Banyak kes yang memerlukan rawatan pakar, akan dihantar terus ke IJN. Dan percayakah anda, sebaik-baik sahaja anda terperangkap dengan IJN, anda tidak akan dapat ke mana-mana lagi. IJN tidak akan membenarkan anda mendapatkan rawatan percuma daripada mana-mana hospital kerajaan sungguhpun terdapat hospital kerajaan yang menawarkan rawatan yang serupa seperti Hospital Serdang.

IJN tidak akan memberikan kerjasama atau memindahkan fail-fail rawatan mereka untuk hospital-hospital seperti Hospital Serdang. Sebaliknya, IJN akan memastikan pesakit-pesakit dan waris-waris akan membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan.

Pendek kata, kalau tidak ada duit, IJN bertepuk sorak melihat pesakit-pesakit yang sepatutnya mendapat rawatan, mati terkangkang dan terbongkang di tepi jalan sambil menyatakan, mereka sepatutnya mencari duit, menjual apa-apa yang patut, bahkan mengosongkan akaun KSWP mereka demi mendapatkan rawatan di IJN.

Apabila ditanya kepada IJN, jawapan mereka untuk golongan marhein amatlah KLISE. Kata mereka, IJN mempunyai tabung dan dana untuk orang marhein. Malangnya, secara praktikalnya, TIDAK ADA TABUNG untuk golongan berkenaan, sebaliknya mereka perlu menghulurkan wang terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan.

Itu adalah prosedur mudah IJN. Bab Tabung dari dana kerajaan yang berbelas-belas juta setahun, bab Jabatan Sosial yang diwujudkan untuk memperkenalkan borang mereka atau bantuan Baitulmal, hanyalah retorik semata-mata. Itu adalah topeng sebenar IJN.

Persoalannya, mengapa IJN SANGAT SUSAH hendak menggunakan tabung dana kerajaan yang diberikan kepada mereka untuk rawatan pesakit, berbanding MEMAKSA PESAKIT melakukan pembayaran sedangkan IJN ditubuhkan oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat?

Kalau itulah yang dipraktikkan oleh IJN, mengapa tidak sahaja IJN berterus terang bahawa IJN sekarang telah menjadi sebuah hospital swasta dan tidak berbeza dengan Hospital-Hospital Swasta berharga mahal yang lain?

Dalam satu kes, seorang anak kecil yang menghidap penyakit jantung, telah dipaksa menjelaskan pembayaran terlebih dahulu sebanyak RM950 untuk rawatan berkenaan oleh IJN sebelum rawatan diberikan. Dengan nada sombong, kerani di kaunter pendaftaran berkata, TANPA WANG RM950, rawatan tidak boleh diberikan.

Anak kecil berkenaan adalah 'PELANGGAN' IJN yang sememangnya DIWAJIBKAN mendapatkan rawatan di pusat rawatan terbabit. Anak kecil itu hanya mempunyai seorang ibu tunggal yang terpaksa menanggung persekolahan dua orang anaknya yang lain. Dan ibu tunggal tersebut kini terpaksa menganggur kerana ada berlaku kes aniaya jenayah ke atas anak kecil itu baru-baru ini. Apatah lagi, keadaan penyakit anaknya pula, seringkali membuatkan majikan-majikan yang mengambilnya bekerja, memutuskan untuk tidak mahukan khidmatnya lagi kerana dia lebih kerap bercuti semata-mata untuk menghantar anaknya ke hospital.

Itu bukan kes terpencil, sebaliknya itulah kes majoriti di IJN. Malangnya IJN seperti telah mendapat LESEN YANG SANGAT BESAR untuk terus menjerut, menjerat dan menghisap darah golongan marhein yang memerlukan bantuan rawatan daripada hospital berkenaan.

Sepatutnya IJN memberikan kerjasama yang lebih baik dan lebih bersifat perikemanusiaan untuk golongan marhein. Dan sepatutnya juga, IJN perlu membenarkan pemindahan pesakit-pesakit yang tidak lagi mampu membiayai rawatan mereka di pusat berkenaan dan membenarkan pesakit-pesakit mendapatkan rawatan dari hospital-hospital kerajaan yang lebih bersifat percuma seperti HOSPITAL SERDANG.

Ahli-Ahli Parlimen yang ada sekarang, nampaknya terlepas pandang masalah ini. Perkara tentang KEJAHATAN, KEZALIMAN dan KEBIADAPAN IJN menghisap darah golongan marhein sudah banyak kali dibangkitkan, tetapi AHLI-AHLI PARLIMEN yang mendapat pelbagai kemudahan daripada jawatan mereka, nampaknya tidak sedar bahawa rawatan percuma yang mereka perolehi, sebenarnya berasal daripada wang rakyat marhein yang diperah oleh IJN yang diperangkap masuk untuk mendapatkan rawatan di situ!!!

13 comments:

Anonymous said...

Sangat setuju tentang artikel ni.

Tontojr

Anonymous said...

Barangkali salah nama kot. Patutnya JIN bunkan IJN.

Mhz Sb said...

Fakta yg ade sume salah..hspital serdang yg dikatakan sebagai hospital rujukan KKM bg sakit jantung xde kemudahan yg sepatutnye dan terpaksa menunggu giliran dlm setahun(rs2 bole mati utk tnggu je pun)....IJN tpaksa menerima pesakit yg ade dr KKM..kalau diikutkan cube admin check hspital gov mane yg mempunyai kemudahan angiogram yg complete melainkan swasta saje yg ade dan kos bg other private dlm 50k compare dengan IJN dlm 30k...byk service yg pihak IJN tidak kenakan bayaran compare dengan other private hspital...bg pesakit staff gov mereka tidak perlu utk bayar coz gov akan bayarkan manakala bg yg lain mereka bole meminta subsibi drpd gov(bayar x smpai 10%) dr kos sebenar...admin sila buat post berdasarkan fakta ye...kalau xtau pun bole berhubung dgn managment IJN sendiri...kalau IJN tiada dan nak harapkan KKM mayb ramai pesakit jantung yg meninggal...ini adalah maklumat yg dapat sy beri drpd pengalaman sy yg pernah berkhidmat di HKL , IJN dan 1 lagi private hspital di area subang jaya....

usin said...

admin, buang emosi. cari fakta sebenar dgn pihak pengurusan IJN. kekadang tu, dpt maklumat dari mulut kemulut menjadi tidak tepat setelah dicampur aduk dgn emosi.

CUCU TOK WAN said...

Sdr.Mhz Sb

Saya juga bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri, seorang pesakit jantung yang bukan bertugas sebagai kakitangan awam, atau swasta mahupun mempunyai insuran perubatan. Selepas mendapat rawatan di Hospital Ampang, saya diarahkan pindah ke IJN. Bagaimanapun, disebabkan saya tidak mempunyai cukup wang, saya tidak diberikan rawatan bahkan disuruh pulang tanpa diberikan ubat. Pun begitu wajib membayar charge nasihat pakar sebanyak RM280.

Saya membuat rawatan engiogram di HUKM dan masih berhutang RM12,000 di hospital tersebut. Apabila diserang sakit lagi, saya dimasukkan ke Hospital Ampang sebelum Ampang sekali lagi menolak ke IJN. Saya perlu menjalani pembedahan pintasan jantung yang mana saya diberitahu kos pembedahan antara RM30 ribu sehingga RM50 ribu di IJN.

Saya memilih untuk tidak melakukan pembedahan tersebut kerana saya memang tidak ada wang sebanyak itu dalam simpanan saya. Akhirnya doktor-doktor di Ampang menolak saya ke Hospital Serdang. Saya menjalani pembedahan pintasan koronari pada 2010 dengan bayaran hanya RM500 dan bayaran dibuat secara ansuran sahaja.

Nasihat saya, dapatkan pengalaman daripada golongan marhein yang telah dikenakan dan dijerat oleh IJN terlebih dahulu sebelum anda cuba membela IJN.

Anonymous said...

Golongan yg susah nak dapat nikmat ijn ni . . Macam orang bukan gomen yg pendapatn bawah rm3,000 . . Golongan ni kat mana2 pun susah . . Nak masuk wad spital kjaan pun kena bayar . . Tetap kena cas jugak . . Cuma rm 50 mungkin murah baginpendapatan rm 2,000 tapi amat membebankan bagi yg berpendapatan rm bawah seribu . . Dengo cerita di United Kingdom semua free klu nhospital kjaan . . Betul ka . ?

CUCU TOK WAN said...

sdr anon 5:17 pm

berdasarkan pengalaman saya, hospital kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kemasukan. Selepas rawatan dan dibenarkan keluar, barulah bil diserahkan bersama-sama ubatan. Dan kebiasaannya, bayaran untuk bil berkenaan boleh dibuat secara ansuran. Saya sendiri pernah membayar sebanyak RM25 untuk bil RM300.

Anonymous said...

Itu pon ada penjawat awam x brsyukur lg

Mhz Sb said...

Admin
IJN bukan lah sebuah hspital gov... Ia merupakan 1 syarikat Sdn Bhd... Mana2 pihak yg berniaga semua nak untung xkan nak rugi kot...Drpd maklumat kes yg admin bg td sy rs ade bberapa maklumat yg tidak diberitahu...kos utk bypass di IJN mmg dlm harga yg diberi tetapi bg mereka yg tidak berkemampuan mereka bole membuat rayuan di pihak kebajikan KKM sendiri yg mempunyai pejabat didalam IJN sendiri...pada kebiasaannye pihak KKM akan memberi bantuan pada mereka yg kurang berkemampuan setelah mereka memberi maklumat yg lengkap kepada kebajikan KKM ( melainkan org itu x tau atau pun x mahu minx)... Drpd situ seperti ygsy bg tau sblm ni mereka hanya perlu mbayar sedikit shj dr kos penuh...harap admin dapatkan maklumat penuh dr pengadu dan cuba dptkan maklum balas drpd pihak yg sepatutnye (pengurusan IJN) drpd memberi maklumat palsu kepada org ramai,,,,

Anonymous said...

Berurusan dekat IJN da macam berurusan dengan Lawyer... sekali checkup dgn colsutation doctor jer RM 350..... itu baru sekali jumpe...pasni kene datang lagi..
orang berada bole la cakap senang, yang berpendapatan rendah ni kene jual segala harta benda tuk bayar kos,....

Anonymous said...

Aku stuju dengan cucu tok wan... dan kepada mhz sb... tak payah nak kelentong kt sini... semua org dah tau... hang dapt komisen dari ijn ke...

kok728 said...

Aku stuju dengan cucu tok wan... dan kepada mhz sb... tak payah nak kelentong kt sini... semua org dah tau... hang dapt komisen dari ijn ke... +1

kok728 said...

Aku stuju dengan cucu tok wan... dan kepada mhz sb... tak payah nak kelentong kt sini... semua org dah tau... hang dapt komisen dari ijn ke... + 1

hari tu ku bawah mak ku ke IJN,kena bayar rm 500 untuk register sebelum register.

Blog Archive

Labels