1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, February 22, 2013

KALAU PENERIMA BR1M ADALAH BINATANG, NIK AZIZ JAUH BERKALI GANDA BINATANGNYA BERBANDING MEREKA!!!

Friday, February 22, 2013

Sedap sungguh mulut orang tua ni semata-mata kerana dia takut, para pengundi di Kelantan akan berpaling daripada menyokong PAS kepada UMNO-BN kerana BR1M. Melabelkan BINATANG kepada orang miskin, terutama daripada 'pemimpin besar' seperti Nik Aziz yang gambarnya dijadikan seperti tangkal azimat di kalangan para pengikutnya, terutama sekali pekedai-pekedai di Kelantan, langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang tua yang boleh dihormati lagi.

Apa sangatlah menerima bantuan RM1000 dan RM250 daripada Kerajaan Malaysia. Kalau RM1000 dan RM250 dikatakan sebagai penukar status manusia menjadi binatang, bagaimana pula dengan KESEMUA PEMIMPIN PAS yang hidup atas wang ehsan para pengikut PAS menerusi TABUNG DERMA JIHAD UNIT AMAL?

Bagaimana pula dengan Nik Aziz yang hidup atas wang derma mencurah daripada orang yang mendengar ceramahnya? Tidakkah menerima derma seperti itu terutama sekali dalam soal memperniagakan agama untuk mendapatkan undi bagi memberi kuasa, jauh lebih hina berbanding pengemis.

Apa lagi yang lebih hina daripada pengemis?

Sudah tentulah haiwan yang setaraf dengan orang seperti itu!

Nak salahkan Nik Aziz seratus peratus pun atas kekhilafan itu, tidak boleh sebab dia adalah seorang pemimpin yang sudah tua, tidak bertenaga dan kurang sihat lagi akal fikirannya. Tekanan politik telah menyebabkan dia banyak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin yang diangkat tinggi sehingga ke tahap maksum.

Secara peribadi, penulis tidak marahkan Nik Aziz dengan kenyataan terbarunya itu. Walaupun penulis bukanlah pemuja Nik Aziz, apatah lagi jenis yang berlonggok depan rumahnya atau menghilangkan rindu dengan mengintai bayangnya, atau bercakap-cakap di hadapan gambarnya yang kaku, namun penulis sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Nik Aziz. Penulis sentiasa mengharapkan Allah Taala membuka rahsia Af'al-Nya dengan menjadikan pengaruh pada Nik Aziz untuk kebaikan umat Islam khususnya di Malaysia.

Namun sehingga setakat ini, doa penulis masih tidak dikabul-kabulkan oleh Allah Taala. Barangkali ada salah dan silap dalam rukun dan menjalankan syarat berdoa!

Tak mengapalah, penulis masih tidak berputus asa atas rahmat-Nya. Semoga Allah Taala mengabulkan permintaan dan munajat penulis yang sangat kerdil dan bersifat baharu ini.

17 comments:

Anonymous said...

sebenarnya hang yang jahil tukil

iluvislam said...

Adakah anda bahagia dapat menhina & mencemuh seorang manusia yg sangat cintakan ALLAH & RASUL?...seronoknya anda kerana dapat mengembirakan pemimpin UMNO yg nyata &terang engkar kpd ALLAH & menghina rasul...tak terfikirkah akal anda, apakah balasan utk anda di akhirat nanti...

Anonymous said...

Tak nk kata apa..akhir zaman yang BENAR jadi SALAH,yang SALAH jadi BENAR..Nauzubillahiminzalik..

Anonymous said...

orang yg sangat cintakan Allah swt dan RasulNya ..antara tandanya yg disebut dalam AQ adalah sangat berkasih sayang sesama orang Islam tapi berkeras sesama orang kapir!!

Cintakan Allah swt..tapi sikit pun tak kisah bila ada orang kapir yg nak letakkan nama Allah swt dlm injil yg mana sebelum tidak pula diletakkan.

So cinta Allah swt dan RasulNya tau cintakan partinya lebih dari Allah swt dan RasulNya.

Di dunia lagi telah dapat hinaan, apa lagi diakhirat!!

Dari segi luaran Ayotullah Khominie nampak lagi mantap..tapi adakah kita setuju bahwa dia seorang yg cintakan Allah swt dan RasulNya?

Berpegang pada agama yob..bukan berpegang pada parti yg gunakan nama Islam sebagai kekuatan partinya.

Anonymous said...

kejap kata hak rakyat..suruh rakyat gi ambik. Ni dikabor pula binatang..ishhh ..

Ni ke tanda orang yg cintakan Allah swt dan RasulNya...cakap brbelit2.

Anonymous said...

Ok gak ni..apa lagi puak2 PAS yg ambik RM500..bagi ler balik!!

Atau bagi pada kekawan yg bukan ahli dan penyokong PAS.

Anonymous said...

Kta Nik Aziz penerima BRIM setaraf HAIWAN. Tapi Aku rasa yang kata tu lebih teruk Dari KHINZIR.

tajuddin said...

Banyak kali apabila ALLAH S.W.T menceritakan mengenai Nabi Nabi buat dakwah ALLAH S.W.T selit satu ayat ,aku tidak minta upah.
1.surah asy syuaraa ayat 180.
2.surah hud ayat 51.
3.surah yasin ayat 21.
4.surah saad ayat 86.
5.surah yusuf ayat 104.
Dan banyak lagi sama sama sebagai pedoman.

Anonymous said...

Nik Aziz ni nampaknya semakin nyayok dan sepatutnya bersara dari politik dan beribadah sungguh2 utk mohon keampunan dari ALLAH atas segala dosa lidahnya dan bersihkan hati utk satukan umat ISLAM bukannya keluarkan fatwa songsang.Pengikutnya harap2 dapat celik akal sikit jgn terlalu dungu.

Anonymous said...

anonymous di atas yang kata "sebenarnya hang yang jahil tukil" Sungguhlah hang tu pengikut taksub Nik Aziz. Kalau orang kata kentut Nik Aziz bau wangi hang mesti percaya punya.

Anonymous said...

nie lh jd bila terlalu taksub ngn pemimpin, ape saja keluar dr mulut dia sume betul ,klu dr mulut org lain sume xbetul..ape dia tu malaikat ke ???

Anonymous said...

iluvislam said...
Adakah anda bahagia dapat menhina & mencemuh seorang manusia yg sangat cintakan ALLAH & RASUL?...seronoknya anda kerana dapat mengembirakan pemimpin UMNO yg nyata &terang engkar kpd ALLAH & menghina rasul...tak terfikirkah akal anda, apakah balasan utk anda di akhirat nanti...

February 22, 2013 at 5:29 PM
________________________________________

Menghina Allah & Raasul..???
Siapa sebenarnya yg menghina Allah & Rasul....Pemimpin Agong anda kata Allah mencarut...pemimpin agong anda kata Nabi muhamad dilahirkan macam budak mat-mat kat kampong yg banyak nama mat...sendiri kene fikir2kan..

Anonymous said...

Ingatlah pesan Nabi saw: Di akhir zaman akan ada ulama sesat yang akan menyesatkan pengikutnya kerana dunia. Maka fikirlah dengan neraca ilmu agama yg benar agar x menjadi pengikut yg sesat. Ulama ini akan memesongkan ayat2 Allah untuk membenarkan yg salah bagi kepentingan dunia. Muga2 Allah memberi kita hidayah ke arah yg benar dan terlindung drp kesesatan

Anonymous said...

Syabas kepada cucu tok wan yang mana berani menegur kepada HAJI NIK NAJIS.semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua yang mana seorang hamba Allah berpangkat cucu berani menegur seorang berpangkat seorang menteri.berani kerana benar dan teruskan perjuanganmu.takbir takbir takbir.

Anonymous said...

Agaknya lah..maulidul rasul haram, agama lain selain islam bolih guna nama Allah, samakan manusia (trmasuk yg islam dan ahli pas) yg terima brim sbgai haiwan skg tuduh umno tk bagi wahyu...wahyu?

Anonymous said...

Tok guru diorg tu dah dpt ilmu baru dari karpal singh

Anonymous said...

ZAMAN SEKARANG... ORANG JAHIL SUDAH MULA MENUNJUK PANDAI DENGAN MEMAKI HAMUN ALIM ULAMA !

Blog Archive

Labels