iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, February 16, 2013

KEKASIH BERHENJUT DALAM KERETA! DI KELANTAN NIH!

Saturday, February 16, 2013

Sepasang kekasih yang sedang memadu asmara di dalam sebuah kereta berhampiran lapangan terbang di bandar ini, antara yang dikompaun dalam Ops Valentine Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini pagi kelmarin.

Pasangan terbabit ditangkap melakukan perlakuan tidak sopan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan, ketika memberhentikan kereta di kawasan berkenaan.

Operasi yang bermula sekitar jam 11 malam itu dan tamat kira-kira jam 5 pagi, diketuai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan JAEHIK, Osman Ibrahim bersama lebih 10 anggota penguat kuasa, diadakan bersempena sambutan Hari Kekasih bagi membenteras perlakuan maksiat dalam kalangan umat islam di negeri ini.

Osman berkata, operasi yang bermula di kawasan lapangan terbang di sekitar Pengkalan Chepa itu turut diteruskan di sekitar 17 hotel bajet di sekitar Kota Bharu.

“Setakat operasi semalam, pasangan yang ditangkap melakukan perlakuan tidak senonoh terbabit dikompaun mengikut kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

“Untuk kesalahan mereka itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1,000 mengikut Akta Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan,” katanya.

Osman berkata operasi seumpama itu diadakan dari masa ke semasa di lokasi yang dikenal pasti hasil risikan dan maklumat awam.

“Kita harap dengan operasi ini, dapat memberi kesedaran bahawa JAHEAIK amat serius dalam menangani isu sosial melibatkan perlakuan tidak bermoral umat Islam di negeri ini," katanya.

“Peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk generasi muda agar lebih terpimpin dan mempunyai akhlak yang baik serta tidak terjebak dalam kancah maksiat,” katanya.

Menurutnya, di samping itu kerjasama daripada golongan masyarakat dan pihak berkuasa dalam menangani gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan belia juga perlu dan usaha ini amat dititikberakan bagi membenteras gejala berkenaan sehingga ke akar umbi.

ULASAN TFK:

Walau apa pun kenyataan dari segi politik, penguatakuasaan yang dijalankan oleh JAHEAIK sebenarnya perlu dipuji bahkan disokong. Semoga penguatkuasaan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa bukannya mengikut musim.

Lagi banyak tangkapan, itu bermakna jabatan berkenaan benar-benar buat kerja. Kalau ada yang mendabik dada, negeri mereka kurang maksiat kerana kurangnya tangkapan, rasa-rasanya eloklah masing-masing gantung diri daripada berlagak dan perasan!

Masalah sosial semakin teruk. Nilai moral sudah semakin merudum. Dalam hal ini, bukan politik yang dapat menyelamatkan umat, sebaliknya agama. Dan agama tidak boleh diperjuangkan menerusi politik kerana akidah tidak didatangkan menerusi politik, sebaliknya kesedaran dan keimanan. 

Kalau ada yang mengatakan, untuk jadi baik, maka perlulah agama dipolitikkan, eloklah masing-masing pergi cucuh ibu jari kaki dengan api. Sebabnya, mereka ini telah mendahului Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a yang tidak pernah mengajar pun, untuk mengukuhkan agama, maka politik perlu dipertingkatkan!!!

1 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Cerita dok henyut macam ni lagi hebat kalau datang ke Kampung Pakcu. Dengan mudah mereka gi keseberang secara haram di Golok. Lebih-lebih lagi malam Jumaat.

Bersepah kereta datang dari ceruk rantau dalam dan luar...tiada perubahan pun kalau negeri saja berlebel Islam tapi manusia masih tidak diIslamkan.....

Sekadar "lambang" bukanlah menjamin seseorang itu berubah..jadi sepatutnya perkara seperti ini tidak banyak berlaku di Kelantan dengan nama jolokan yang dipamerkan itu....walahualam

Blog Archive

Labels