IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, February 16, 2013

KETUA WANITA UMNO BIAYAI PEGUAM PERCUMA UNTUK KAKITANGAN KUIN!!! MEROYAN LAGI LER PECACAI PAKATAN!!!

Saturday, February 16, 2013

Kolej Universiti Insaniah atau KUIN sepanjang berada di tangan PAS, telah mengalami kebobrokan yang amat teruk. Pelbagai kezaliman telah dilakukan terhadap kakitangan, bahkan terhadap para pelajarnya. Walaupun PAS Kedah cuba mendabik dada tentang kampus di Kuala Ketil yang disifatkan serta digambarkan sebagai kejayaan PAS Kedah, hakikatnya, banyak kezaliman terutama sekali terhadap kakitangan KUIN, tidak langsung disebut.

Berbanding menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul, KUIN dan pengurusannya serta Kerajaan Negeri Kedah mengambil jalan termudah dengan mendiamkan perkara itu. Bahkan kakitangan diugut pula dengan tindakan undang-undang sekiranya masalah-masalah di KUIN disebarkan kepada masyarakat awam.

Tuntutan dan desakan daripada kakitangan KUIN sendiri tidak dipedulikan, sebaliknya PAS Kedah telah mengarahkan para pecacai mereka untuk menghebohkan negeri itu dengan pelbagai skandal serta penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional, kononnya.

Dengan cara itu, rakyat Kedah tidak akan mengetahui tentang masalah yang berlaku di KUIN. Konon-kononnya, apabila rakyat Kedah dan para penyokong PAS Kedah sibuk dengan skandal penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional, maka penyelewengan serta kekejaman yang dilakukan oleh PAS Kedah akan disenyapkan begitu sahaja.

Justeru, bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kakitangan KUIN, Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil mengambil inisiatif untuk membela kebajikan mereka.

Berikut adalah sebaran medianya:


SIARAN MEDIA

Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

ISU KEBAJIKAN KAKITANGAN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)

Pergerakan Wanita UMNO mengikuti dengan dekat isu kebajikan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang teraniaya akibat kelemahan pengurusan tertinggi kolej sehingga terpaksa mengadakan demonstrasi, membuat laporan polis dan terbaru membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja bagi menuntut gaji bulanan yang sering dibayar lewat sejak setahun lalu.

Kami melihat isu kakitangan KUIN menuntut hak dan kebajikan mereka adalah isu kemanusiaan kerana selain daripada lewat dibayar gaji, kakitangan juga berdepan masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji serta ansuran bank tetapi malangnya mereka kini diancam dengan tindakan tatatertib.

Tindakan tersebut membuktikan pengurusan tertinggi KUIN bukan sahaja tidak peka dengan nasib kakitangan mereka tetapi tiada niat mahu menyelesaikan isu berkenaan. Pengurusan tertinggi KUIN sebaliknya mahu menggunakan tindakan tatatertib bagi menutup mulut kakitangan yang berjuang bagi mendapatkan hak dan kebajikan mereka.

Sehubungan itu atas dasar kemanusiaan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada kakitangan KUIN kerana kegagalan pihak pengurusan tertinggi KUIN membayar gaji mengikut tarikh sepatutnya, menyalahi Akta Buruh. Khidmat nasihat guaman percuma ini adalah bertujuan memastikan hak dan kebajikan kakitangan dan saraan hidup keluarga mereka terbela.

Pada masa yang sama, Pergerakan Wanita UMNO juga menyelar kegagalan dan sikap membisu Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak yang dilihat sengaja lepas tangan dalam isu hak dan kebajikan kakitangan KUIN, walaupun didesak pelbagai pihak agar campur tangan.


SHAHRIZAT ABDUL JALIL
15 Februari 2013  

0 comments:

Blog Archive

Labels