IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, February 20, 2013

KHALID IBRAHIM UMUM BUBAR DUN SELANGOR HARI INI?

Wednesday, February 20, 2013

Asal ceritanya, Khalid Ibrahim nak bikin gempar dan nak tunjuk berani. Kononnya Pakatan Rakyat Selangor sudah bersedia untuk berpilihanraya dan Pakatan Rakyat Selangor sudah bersedia untuk mengekalkan penguasaan DUN Selangor.

Namun ramai yang melihat punca sebenar Khalid Ibrahim begitu gabra dan terpaksa umumkan pembubaran awal DUN Selangor mengatasi negeri-negeri lain termasuklah Dewan Rakyat. Puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana Khalid Ibrahim enggan dimalukan oleh rakyat Selangor sendiri apabila semakin ramai yang tampil mempersoalkan janji-janji pilihanraya lepas yang tidak tertunai.

Antaranya ialah ibu-ibu tunggal yang telah dijanjikan elaun, tetapi sehingga ke penghujung penggal PRU, jangankan elaun, pelbagai alasan pula yang diberikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor untuk mewajarkan mereka tidak menunaikan janji-janji itu.

Kemudian muncul pula ura-ura ibu bapa kanak-kanak prasekolah dan tadika ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menipu berhubung pemberian bantuan RM50 sebulan sepertimana yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU12 yang lalu.

Selain itu, masalah air percuma yang semakin mengelirukan, menambah lagi beban kepada Pakatan Rakyat Selangor. Sudah puas Khalid Ibrahim bermain tarik tali, memberikan pelbagai alasan dan dalih serta pembohongan demi menyelamatkan batang tengkuknya.

Tidak cukup dengan itu, sudah timbul pula pemberontakan rakyat Selangor berhubung kenaikan cukai dan premium tanah sehinggakan harga hartanah di Selangor mencecah titik FANTASI di mana rumah-rumah baru, langsung tidak boleh dibeli oleh anak negeri kerana harga yang begitu tinggi dan tidak munasabah.

Untuk menyedapkan cerita, hari ini adalah hari kelaziman Menteri Besar Selangor menghadap DYMM Sultan Selangor. Ianya bukan tradisi yang dimulakan oleh Khalid Ibrahim, sebaliknya ia sudah menjadi tradisi 'turun-temurun'.

Namun ADUN-ADUN Pakatan cuba tarik perhatian kononnya, hari ini Khalid Ibrahim mendapatkan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk pembubaran DUN Selangor. Sedangkan mereka sangat tahu yang rakyat Selangor secara keseluruhannya, memang sudah tidak sabar-sabar untuk membuang undi.

Yang takut hanyalah Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat sahaja!

Harap-harap, memang benarlah Khalid Ibrahim mendapatkan perkenan DYMM Sultan Selangor....

2 comments:

Pedang Sibuti said...

salam tuan,
kami dari Parlimen Sibuti Sarawak mohon dipautkan link.
terima kasih tuan yang dermawan,

sibuti-selamanya.blogspot.com

Anonymous said...

Appreciate the recommendation. Will try it out.

Here is my web site; black mold symptoms

Blog Archive

Labels