IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, February 18, 2013

LAKU LAGI KE UGUTAN HADI AWANG NAK KELUARKAN PAS DARI PAKATAN RAKYAT?

Monday, February 18, 2013

Setelah berhempas pulas mempertahankan apa-apa sahaja PECACAIAN yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas PAS, Abdul Hadi Awang mulai bercakap tentang hendak mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat.

Menurut Abdul Hadi Awang, sekiranya berada dalam Pakatan Rakyat akan menyebabkan PAS kalah, maka PAS tidak akan teragak-agak untuk melangkah keluar dari pakatan berkenaan.

Itu sebenarnya bukanlah ikrar kali pertamanya. Sudah berkali-kali tetapi akhirnya apa yang berlaku selepas itu ialah, PAS semakin tunduk dan menadah kepala untuk disekeh secara berterusan oleh PKR dan DAP.

Kalau dengan UMNO, tidak perlu dicabar, tak perlu dibuat apa-apa, cukup dengan pandangan mata sahaja atau teguran lembut, sudah cukup untuk membuatkan para pemimpin serta pengikut PAS menghempas serban dan kepiah putih sambil terloncat-loncat marah seperti beruk hilang pisang. Tapi kalau dengan PKR dan DAP, diludah, dikahak, disepak dan disekeh berkali-kali pun, PAS boleh tersengih macam kerang busuk.

Beberapa hari lepas, DAP buat kecoh dengan 'penemuan' banyak kain-kain rentang terutama di sekitar Jalan Bangsar yang menyeru perpaduan antara UMNO dan PAS. DAP dan para pecacai mereka segera menuding ke arah UMNO dan menuduh perbuatan meletakkan kain rentang yang menyeru perpaduan itu adalah sebagai TAKTIK LAPOK UMNO.

Sepanjang 2008 sehingga 2013, terlalu banyak tindakan biadap membabitkan para pemimpin DAP dan PKR terutama terhadap Islam dan umat Islam. Kontroversi paling berpanjangan iaitu KALIMAH ALLAH mendapat tempat dan diperkatakan oleh banyak pihak. Tidak sahaja mendapat tentangan daripada ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO sebaliknya turut mendapat tentangan daripada penyokong serta ahli-ahli PAS di seluruh negara.

Di peringkat akar umbi, kelihatan seperti ada kesepaduan pergerakan untuk bersama-sama menentang perlecehan terhadap KALIMAH ALLAH. Bagaimanapun, DAP menerusi para pecacai mereka, cuba memperlekehkan tentangan tersebut dan sentiasa mengatakan, itu semuanya kerja UMNO dan ahli-ahli serta penyokong-penyokong PAS yang memperkenalkan diri sebagai BUKAN AHLI PAS sebaliknya anggota-anggota polis yang menyamar atau paling tidak pun ahli-ahli PERKASA dan ahli-ahli UMNO sendiri.

Tindakan PAS memecat Nasharuddin Mat Isa daripada keanggotaan dalam Majlis Syura Ulama PAS, memberikan tamparan besar kepada parti kedua Melayu itu. Walaupun enggan mengakui kesan yang sedang mereka terima sekarang, rata-rata para pemimpin PAS bagaikan haruan dalam botol kerana masing-masing jadi tidak tentu arah apabila diajukan perkara berkenaan.

Nasharuddin Mat Isa merupakan antara pemimpin PAS yang berpegang teguh kepada perjuangan asal parti tersebut dan tidak tunduk membuta tuli kepada kehendak PKR dan DAP. Bagaimanapun, PAS yang sekarang ini banyak dikuasai oleh golongan Anwarinas dan penyembah DAP, berjaya menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS itu dengan melakukan perosakan imej termasuklah menyatakan Nasharuddin berdendam kerana jawatannya telah dirampas oleh Mat Sabu dan Nasharuddin cuba mendapatkan bantuan daripada UMNO untuk merampas kembali jawatan berkenaan.

Justeru, ancaman yang dibuat oleh Hadi Awang kononnya PAS akan keluar dari Pakatan sekiranya tidak memberi faedah kepada PAS, sebenarnya bolehlah dianggap sebagai bisikan angin di telinga sahaja. Hadi Awang tidak akan berkemampuan untuk membawa PAS keluar dari Pakatan kerana pengaruh kuat daripada kumpulan yang menyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS sekarang ini.

Sebabnya sangat mudah... dari tahun 1999 sehinggalah PRU12, PAS seharusnya sudah dapat melihat bagaimana pengaruh dan kekuatan mereka dipergunakan hanya untuk kesenangan DAP dan PKR, bukannya untuk PAS sendiri. PAS berjaya memperolehi kerusi Parlimen terbanyak pada 1999 dan kedua terbanyak pada tahun 2004 tetapi pada tahun 2008, hanyalah sebuah parti corot meskipun PKR dan DAP mempergunakan segala kemudahan termasuklah logistik dan kekuatan sokongan ahli akar umbi PAS untuk kedua-dua parti tersebut.

Apa yang untungnya daripada persekongkolan PAS dengan DAP dan PKR kerana sepatutnya kalau betullah untung, seharusnya PRU13 akan menyaksikan, PAS menang lebih besar berbanding 1999 kalau tidak pun menyamai perolehan Kerusi Parlimen mereka pada tahun itu.

4 comments:

Anonymous said...

Ermm....setelah berfikir panjang...aku x caya PAS nk kuar dari pakatan. Agak lawak le skit...melihat kpd sikap pemimpin2 PAS ni utk kuar dr pakatan.

Anonymous said...

pas nak keluar phakatan?
wahahahaha... cerita macam hudud la ni.

Gimik je tu. Nak tutup isu kalimah Allah tu

Anonymous said...

pas nak kluar pakatan..? Ngahahaha...isu ni cuma nk memperbodohkan pecacai2 pas yg sedia ada bodoh..hj hadi telo pn dh x ada berani ke ugut dapig nk kluar pakatan..? Bloop..

Anonymous said...

Bab Isu kalimah ni, aku tak berapa setuju. Semuanya bermula bila Injil bahasa melayu dibenarkan untuk dicetak. Siapa yang benarkan ianya dicetak. Kalau tidak dibenarkan dulu, isu ini tidak timbul. Mungkin kita boleh kata ianya berpihak pada kita, akan tetapi banyaknya berbalik pada kita. Lihat sahaja dalam pakaian seragan tentera dan polis, Kalimah Allah cukup jelas dan tiada cacat cela, di pakai oleh pegawai dan kakitangan keselamatan tanpa kira agama. Pernahkah kita terfikir, kalimah itu dibawa kemana-mana hatta ke tandas, malah ke upacara penyembahan mereka. itu baru satu..

Blog Archive

Labels