IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Thursday, February 14, 2013

MANA N.SURENDRAN NAK SOROK MUKA BILA PORNTHIP ENGGAN DIMALUKAN DEK PAKATAN SEKALI LAGI!!!

Thursday, February 14, 2013

Tamparan tepat ke muka!

Itulah yang boleh dikatakan terhadap usaha-usaha PKR bagi menaikkan dan mengembangkan isu kematian seorang lelaki, C.Sugumar selepas si mati mengamuk di Taman Seri Nanding 23 Januari lalu. PKR dengan diterajui oleh N.Surendran menuduh polis yang telah membunuh C.Sugumar, bukannya sakit jantung menjadi punca kematiannya.

Pornthip yang cukup terkenal menerusi bedah siasat kali kedua Teoh Beng Hock atas permintaan DAP dan dibenarkan pula oleh Kerajaan Malaysia, akhirnya mencemarkan profesionnya apabila keterangannya telah dimanipulasi dan dipergunakan oleh DAP secara tidak wajar sehinggakan fakta keterangannya kelihatan berbelit-belit dan akhirnya menjadikan dia seperti seorang pakar forensik yang berstatus amatur.

Barangkali kerana menyedari permainan itulah, Pornthip enggan terbabit dalam bedah siasat C.Sugumar biarpun sekadar memberikan alasan remeh untuk menolak permintaan N.Surendran itu.

N.Surendran cuba mengangkat semula kontroversi yang pernah dilakukan oleh Pornthip dalam bedah siasat Teoh Beng Hock agar isu itu dapat dimanipulasi dan PKR kembali mendapatkan sokongan daripada masyarakat India.

Naib Presiden PKR yang dilantik oleh Anwar Ibrahim itu sememangnya amat terdesak kerana beberapa isu yang dibawanya, semuanya memperlihatkan PKR sebagai sebuah parti bengong yang bukan sahaja tidak tahu punca tetapi juga sembrono.

Contoh terbaik ialah apabila N.Surendran dengan bantuan rakan kongsinya, Latheefa Koya menyerang Jabatan Pendaftaran Negara berhubung kad pengenalan merah, dalam usaha mereka memaksa agar kad pengenalan merah itu ditukarkan menjadi biru. Atau lebih tepat lagi dari status pemegang status PENDUDUK TETAP kepada RAKYAT MALAYSIA.

Malangnya, masyarakat India pun mentertawakan kedua-dua orang pemimpin PKR itu. Untuk membuat pendaftaran kelahiran, bukannya terlalu berbelit-belit sepertimana yang mereka cuba gambarkan. Yang menjadi masalah untuk mendaftar, cumalah daripada kalangan penduduk tetap dan pendatang haram yang mahu menipu status.

Ketiadaan bukti kelahiran serta dokumen yang menyokong status kerakyatan menjadi persoalan utama. Negara ini bukannya baru merdeka semalam. Generasi yang dikatakan TIDAK BERNEGARA itu pula, bukannya generasi kedua atau ketiga. Sebaliknya sudah generasi keenam dan ketujuh. Masakan dalam tempoh yang begitu lama, mereka terperuk dan langsung tidak tahu menahu tentang pendaftaran kelahiran?

Atau sebenarnya, mereka telah lama tiba, menyorok di kawasan pedalaman di mana tiada penguatkuasaan dilaksanakan dan kemudian beranak pinak sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di negara ini terus dan memerlukan dokumen pengenalan diri yang sah?

Penolakan Pornthip untuk melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat C.Sugumar, benar-benar memalukan PKR. Baru sahaja PKR mencanangkan ke sana ke mari, kononnya pakar forensik dunia akan mengambilalih tugas dan membatalkan keputusan bedah siasat hospital kerajaan Malaysia, tiba-tiba pula si pakar forensik itu enggan terlibat dalam permainan politik PKR.

Mana nak letak muka tu?

3 comments:

Anonymous said...

"Atau sebenarnya, mereka telah lama tiba, menyorok di kawasan pedalaman di mana tiada penguatkuasaan dilaksanakan dan kemudian beranak pinak sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di negara ini terus dan memerlukan dokumen pengenalan diri yang sah?"
-----------------------------------
Yang ni ...kerajaan kena siasat. Mungkin ada benarnya.... Dah tua bangka...beranak pinak, bercucu cicit.... masih tak ada dokumen pengenalan diri ..... tak masuk akal.

Anonymous said...

mana ada rasa malu dorang tuu, kalau kantoi satu fitnah, buat fitnah lain pulak!

Anonymous said...

Fitnah la berpa banuyak pun, GFitnah tersebut akan makan dorang jugak nanti..

Blog Archive

Labels