IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, February 15, 2013

NASHARUDDIN MAT ISA BAKAL MENTERI PERTAMA KEMENTERIAN HAL EHWAL ISLAM YANG GANTI JAKIM!!!

Friday, February 15, 2013


Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat bekas Presiden PAS Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa yang telah diwar-warkan bakal dilantik sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam iaitu sebuah kementerian baru yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf kepada Kementerian dalam masa yang terdekat.


Tidak lupa ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan stu entiti ditahap kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dmana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.


Keputusan menaiktaraf JAKIM kepada taraf Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini secara langsungnya juga telah merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.


Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.


Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

Berbalik kepada khabar Uzstaz Nasha yang akan dilantik menjadi Menteri Kementerian Hal Ehwal Agama Islam , jika ianya drealisasikan ini adalah kali pertama di dalam sejarah pada mana ahli dari parti pembangkang dilantik sebagai menteri di dalam sesebuah kerajaan dan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di dalam dunia ini meskipun tidak pernah dihalang oleh peruntukan perlembagaan.


Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.


Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.

Pelantikan Ustaz Nasha adalah wajar kerana secara umum mengetahui Ustaz Nasha telah pergi ke luar negara terutamanya Timur Tengah bersama-sama robongan Najib untuk menjalinkan hubungan antara negara-negara tersebut dengan Malaysia dan sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.


Ustaz Nasharuddin pun masih lagi ahli PAS tetapi beliau bakal menjadi Menteri Pertama Kementerian ini dsn ini menunjukkan ketelusan sebenar Najib dan usaha murni mereka (Najib dan Ustaz Nasha) untuk mengadakan kerajaan perpaduan harus disokong dan dipuji agar ianya boleh direalisasikan bukannya dengan menghalang atau membantah sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan PAS yang tidak henti-henti membantah dengan apa cara sekalipun, waima hingga terpaksa "mengeluarkan fatwa-fatwa"nya sendiri demi untuk menghasilkan dalil-dalil yang menyokong penentangan mereka terhadap usaha murni tersebut.

SUMBER: UNREPORTEDNEWS

12 comments:

Anonymous said...

kerana agama islam dan bangsa melayu aku setuju dan sokong perlantikan ini

bukan ramai manusia yang benar2 berjuang atau berjihat untuk agama islam dan bangsa melayu yang ada di malaysia ni

tak kira lah dia dari parti mana asalkan perjuangan agama di dahulukan

yang ramai dimalaysia ni adalah ularmak yang mcm pukimak.....

Anonymous said...

Telah ku duga.... :-D

Anonymous said...

Semoga jadi kenyataan Amin,Amin, Aminnnnnn

Anonymous said...


Semoga berita ini jadi kenyataan - semoga ramailah lagi ulamak yang moderate di ketengahkan.

Anonymous said...

Sebagai seorang Islam dan rakyat yang mencintai negara ini, saya sokong perlantikan ini. Tidak kiralah apa parti, orang yang betul-betul memperjuangkan Islam harus dipilih. Saya amat sedih yang agama murni kita telah dikotak-katikkan oleh kafir harbi dengan sokongan kuat Al-Juburi dan ularmak-ularmak PAS hanya jadi Pak Turut!

Allah selamatkan agama Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia!

Anonymous said...

Alhamdulilah,Subhanallah.... semoga ini jadi titik permulaan kearah penyatuan ummah. Aamin..

Zuleikha

Saladin said...

Saya amat menyokong semua ustaz atau ulama menyertai UMNO....ulama atau ustaz dalam UMNO perlu bersabar...suatu hari nanti suara mereka akan didengar atau mungkin dalam masa 5, 10,15 atau 40 tahun akan datang UMNO akan dipimpin oleh orang agama... wawasan perlu jauh untuk mencapai objektif..zionis sendiri mensasarkan tempoh masa 80 tahun untuk menguasai dunia....saya amat percaya dan yakin suatu hari nanti UMNO lah yang akan menegakkan Islam...

Anonymous said...

patutlah anwar jatuh terduduk di Perak, lepas mendengar cerita ini rupanya. Politik ni macam main chess rupanya kalau jalan ni tak boleh cari jalan lain pula.

Siput

Anonymous said...

Alhamdulillah, UMNO nampak lebih ikhlas dalam memperjuangkan Islam daripada PAS.

Anonymous said...

Allahuakbar!!! Syukur Alhamdulillah

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah.memg umno sejak dl menegakkan islam dan umat islam.. Thn 2003,berlaku lambkan graduan dr mesir dan jordan yg tiada keje.. Tun m pgl sume mjlis tertinggi umno bg membantu graduan melayu ini.akhrnya wujdla jawtan guru jqaf.kejenya hanya mengajar ank2 islam mengaji d sek.tp sbb mereka ada ijazah mrk perlu dberi gaji ikt tangga dg41.. Tp apabila mereka memegang jwtn guru d sekolah mrk menentang kerajaan yg memberi mrk makn, mrk culas kerja wlau ada kelulusan agama, kelas lambt masuk.. Prog keagamaan pn tdk ada d sekolah.kalau guru besar suruh byk alasan.. Memg golongan ini tak tau kenang budi..

Anonymous said...

Inilah jawatan yg dia idam idamkn.

Blog Archive

Labels