iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, February 20, 2013

PECACAI PAKATAN RAKYAT TERKANTOI DAN TAK TAHU, THAILAND PUNYA TOL LEBUHRAYA JAUH LEBIH TERUK BERBANDING DI MALAYSIA!!!

Wednesday, February 20, 2013



Salam. Saya baru sahaja mendapat balasan daripada King Jason, insan yang bertanggungjawab dalam menyebarkan persepsi mengenai toll di Thailand. Konon negara tersebut tidak langsung mempunyai toll.

Dan balasan yang diterima oleh saya, membalas segala hujah saya mengenai jenis-jenis highway dan toll-toll di negara mereka, sungguh membuatkan saya geleng kepala.

Kenyataan saya hanya dikerat separuh, sekadar pengenalan sahaja, bukannya sepenuhnya seolah-olah seperti takut untuk mendedahkan hujah-hujah saya.

Pertama kita ulas dulu mengenai gambar yang diangkat oleh King Jason, konon katanya itu ialah gambar Shukumvit Road, kata mereka ialah lebuh raya yang terpanjang di Thailand tetapi... Shukumvit Road tak sampai pun 1000 kilometer macam dalam gambar yang dikongsikan oleh King Jason. Hanya dalam lingkungan 450 Kilo...

Ada lagi satu... Sebenarnya itu bukannya gambar Shukumvit Road TETAPI gambar Bangkok-Chonburi Highway yang terkenal dalam mengecaj kadar toll yang tinggi kepada rakyatnya sejak dibina pada tahun 1998.


Apa ni King Jason? Gambar pun dah kantoi... hahahaha...

Kita kembali dengan dakwaannya, yang pertama, King Jason mengatakan bahawa tol di Thailand akan ditutup apabila modal membina toll berjaya dikutip semula. Benarkah?

Boleh tak King Jason memberitahu saya mengenai Tol pertama di Thailand yang dibina pada tahun 1981 kalau tak silap saya, yang masih belum dimansuhkan?

Dan untuk pengetahuan King Jason, lebuhraya di Thailand sangat teruk dengan jalan berlubang, menggunakan simen biasa untuk menurap jalan dan sebagainya.

King Jason mempersoalkan kenapa Tol tidak ditutup di Malaysia? Dia mengatakan kos untuk membuat jalan raya di Malaysia sudah langsai, jadi apa gunanya TOL ini? Jom gelakkan sahabat kita ni. Hehehehehe... (jangan kuat sangat, malu dia nanti)

Ada juga yang mempertikaikan Jalan di Thailand itu panjang... memang padanlah depa buat Tol. Malaysia ni kecik jer. Ehhh, nanti dulu ya sahabat, untuk pengetahuan anda, ada lebuhraya di Thailand yang sepanjang 15 Kilometer pun ada Tol tau... :)

King Jason hanya bercakap mengenai Capex - Capital Expenditure (Perbelanjaan Modal) tetapi tutup mata untuk bercakap mengenai Opex - Operational Expenditure (Perbelanjaan Operasi).

Meh sini nak ajar awak pasal OPEX ya sahabat... berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan oleh PLUS tahun 2010, di bawah ialah serba sedikit perbelanjaan pengurusan PLUS.

Direct Operating Cost (mungkin termasuk pekerja, elektrik, minyak petrol, bahan/ alat untuk maintenance, etc): RM 991 Juta

General & Administration Cost: RM 79 Juta

Oleh itu jumlah OPEX PLUS pada tahun kewangan 2010 adalah RM1.07 Billion. Jumlah ini memberikan gambaran bahawa dalam masa 10-20 tahun sejak PLUS melengkapkan lebuhraya, kos operasinya melebihi dari jumlah kos asal aset.

Jumlah yang dikira belum lagi mengambil kira kos memperbaiki jalan yang rosak kerana kemalangan, kos mengurus rumah-rumah rehat yang bercambah...

King Jason bercakap lagi bahawa penswastaan itu diwujudkan untuk mengkayakan kroni? King Jason faham ke apa itu Dasar Penswastaan Negara?

Penswastaan di Malaysia membawa erti syarikat dan agensi yang dulunya di bawa kerajaan telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Melalui dasar ini, kerajaan tidak perlu lagi meminjam wang dari luar kerana pelabur sendiri akan melabur dalam syarikat yang diswastakan.

Lagi satu, kenapa King Jason tidak membuat perbandingan yang adil? Kenapa King Jason tidak menyentuh mengenai Cukai Jalan di Thailand yang merupakan yang tertinggi di Asia? Kenapa King Jason tak sentuh cukai jalan di Malaysia yang terendah di Asia Tenggara?

Dan saya rasa tak adil membandingkan Lebuhraya Malaysia yang merupakan yang terbaik di Asia selepas Jepun dan China dengan Thailand. Sudah tentu kos pengurusan, kos pentadbiran, kos pembinaan tidak termasuk faedah berbeza.

Kepada puak pembangkang, saya ada bukak Buku Jingga dan saya mendapati bahawa PR begitu teruja untuk menghapuskan TOL. Sedangkan sistem TOL di negara kita diadaptasikan daripada sistem tol di Jepun dan Amerika.

Bukankah konsesi lebihraya ada tarikh luput untuk tamat kontrak? So bila kontrak dah tamat nanti, dah tentu tol akan terhapus. Sekarang ni pun ada bayaran tol tinggi telah dihapus oleh kerajaan sebab kontrak konsesi dah tamat. Hanya perlu bayar jumlah minimun bagi tujuan selenggara. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun pun menggunakan cara yang sama.

Ada yang mengatakan, guna sahaja Wang Petronas itu, berbilion nak buat apa. Meh sini saya ketuk kepala anda. Pernah dengar Belanjawan Negara bukan? Itu ialah ke mana duit petronas yang merupakan salah satu daripada lubuk pendapatan negara pergi. Kita boleh tahu perbelanjaan kerajaan dengan meneliti belanjawan-belanjawan tersebut. Buka aje arkib negara punya laman web dan akan jumpa.

Lagi satu, semuanya nak guna duit Petronas. Pendidikan percuma duit petronas, nak kasi wifi percuma kepada rakyat guna duit petronas. Senang cerita, semua janji SYURGA pakatan nak guna duit Petronas, habis tu Petronas nak guna duit apa? Duit cina mati?


SUMBER: GENERASI PEJUANG BANGSA

6 comments:

MELAYUJATI said...

Tak payah dilayan tuduhan tuduhan puak pencacai setan ni, buang masa sahaja, tujuan mereka hanyalah untuk menegelirukan rakyat kebanyakan dikampung-kampung yang tidak terdedah kepada maklumat sebenar. Tujuanya hanyalah satu UNDI......

Anonymous said...

Salam bro... rasanya Malaysia blh bg highway free... bila minyak.. gas masak kita byr harga siling.. bukan subsidi.. rm1.90 seliter... tiap2 thn subsidi minyak rm10bilion lebih... kelantan nak buat lebuhraya husam pun hanya rm2 bilion... so berapa byk..panjang highway blh buat kalau rakyat sedia tolak subsidi demi pembangunan negara... ini minyak nak turun..tol nak hapus... nak korek mana duit.... xpe minta ngan punaisihat rm1serial...

Anonymous said...

Spot on Tuan! tahniah atas rebuttal yg bernas ni..

Anonymous said...

Malaysia's highways are very expensive compared to neighboring countries, where most roads are free to use. Thailand only has tolls in central Bangkok which normally cost THB 40 a time, whereas tolls in Malaysia can easily cost over RM25 just on one leg of the journey alone. As soon as you cross the border back to Malaysia - you get your travel documents processed, then at the very next booth a few meters away you will hear "Pay toll now please!" shouted out of a window. This is Malaysian for "Welcome back to Malaysia, nice to see you again!". No, actually its very rude and its overpriced and it's location is such that its a stealth tax on every car crossing the border. - http://hygen.net/blog/malaysia/kuala-lumpur-to-bangkok-by-road.html

Anonymous said...

terbeekkkk.. la bro..

diorg ni sebenarnya tak tau apa2 sbb tu bercakap berpandukan nafsu, berfikir menggunakan nafsu, nafsu segala2nya buat cai2 ni.. jadi apa saja yg keluar dari mulut cai2 ni semuanya busuk macam t..k..

sebenar2nya pecacai2 pr ni.. TONGONGGGGGG!!!

Anonymous said...

CADANGAN DARI PAKATAN MACAM ORANG TAK SEKOLAH JER, DAN MACAM NAK HIDUP SATU HARI JER. HABIS JADILAH NEGARA KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, TERJADILAH SEBAGAI SEBUAH NEGARA MISKIN KEMBALI SEPERTI SEBELUM ATAU SELEPAS MULA-MULA KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN. JADI TAK PAYAH LAYANLAH. MEREKA DAH TAK ADA IDEA, JADI DIA MENGARUT JERLAH. KESIAN BETULKAN MEREKA INI.

Blog Archive

Labels