IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Monday, February 18, 2013

PUCHONG DILANDA BANJIR KILAT, KHALID IBRAHIM KELIRU, ANTARA AIR BANJIR DAN AIR SYABAS!!!

Monday, February 18, 2013
Khalid baru sahaja bercakap besar yang dia akan buktikan bahawa SYABAS sebenarnya menyimpan air terawat dan sengaja tidak mahu mengedarkannya kepada penduduk. Malah Khalid Ibrahim dengan bantuan Anwar Ibrahim dan para konco serta pecacai Pakatan buat cerita yang sebenarnya, bekalan air terawat di seluruh Selangor sebenarnya telah diarahkan oleh Najib Abdul Razak agar disekat.

Kejam sungguh Najib Abdul Razak kalau mendengar cerita puak-puak Pakatan Rakyat.

Najib dikatakan telah memaksa rakyat Selangor ikat perut dan tahan tekak. Najib dikatakan sengaja nak biarkan semua rakyat Selangor busuk sebab tak boleh mandi. Najib yang arahkan SYABAS supaya sekatkan dan hadkan bekalan air supaya rakyat Selangor yang sengsara akhirnya percaya bahawa mereka perlu memilih Barisan Nasional kalau nakkan air.

Pendek kata, Khalid Ibrahim dan para pemimpin serta pecacai Pakatan Rakyat sentiasa menggambarkan masalah air di Selangor sebenarnya tidak pernah wujud. Sebaliknya yang wujud hanyalah kerja-kerja jahat dan kotor Najib Abdul Razak dan UMNO.


SYABAS sentiasa dipersalahkan walaupun di Selangor terdapat PUAS, ABASS dan SPLASH. Khalid Ibrahim pernah menawarkan untuk membeli syarikat-syarikat konsesi air tersebut tetapi dia hanya mahu membeli dengan harga RM2 setiap syarikat kerana kononnya syarikat-syarikat tersebut telah banyak makan duit rakyat Selangor.

Nah, di Puchong, hari ini berlaku banjir kilat. Pusat Bandar Puchong di mana terletaknya pusat kegiatan perekonomian DAP yang menggunakan Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh selaku Ahli Parlimen Puchong, dilanda banjir kilat yang tidak dijangka sama sekali.

Secara sejarahnya, Puchong merupakan kawasan bekas perlombongan, estet-estet getah dan kawasan perkampungan Melayu yang kemudian menjadi tempat pembuangan sampah sebelum akhirnya dibangunkan untuk dijadikan pusat perniagaan baru setelah kawasan berkenaan dihadiahkan oleh Anwar Ibrahim kepada syarikat kroni di mana bapa dan adik beradiknya mendapat ratusan ribu saham iaitu IOI Group. Setelah dibangunkan, Puchong segera menarik perhatian DAP memandangkan ia menjadi pusat maksiat dan jenayah yang terkenal.

Di mana ada DAP, di situlah jenayah akan membiak-biak.

Nah, hari ini banjir kilat melanda. Mana kelibat Gobind Singh Deo? Apa pula kata Khalid Ibrahim?

Gobind Singh Deo sudah tentu seperti biasa, tidak pernah ada di kawasannya. Dan Khalid Ibrahim pula akan segera menyatakan, banjir kilat di Puchong itu adalah bukti bahawa air mentah tidak pernah berkurangan di Selangor dan Najib Abdul Razak sudah ketakutan sehingga terpaksa melepaskan air dari SYABAS untuk mewujudkan banjir di Puchong, iaitu kawasan kubu kuat DAP!

0 comments:

Blog Archive

Labels