iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, February 15, 2013

SALAH UMNO LAGI BILA ANWAR KATA, NIK AZIZ BUTA AGAMA DAN HADI AWANG TUKANG ANGGUK SAJA!!!

Friday, February 15, 2013

Bukan semua orang PAS yang benar-benar berhati PAS. Bukan semua orang PAS yang kelihatan seperti menyokong PAS tetapi sebenarnya, mereka adalah dalang kepada menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang sangat miskin, parti meminta-minta dan parti mengemis perhatian.

Masalah ini sudah lama diperkatakan, bahkan di kalangan orang PAS sendiri pun, mereka sangat berhati-hati agar ketidakpuasan hati mereka, tidak akan sampai ke pendengaran atau pengetahuan puak-puak yang berpura-pura menjadi ahli PAS tetapi hati serta jiwa mereka bersama-sama Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Satu perkara yang ada pada PAS tetapi tidak ada pada parti-parti lain ialah ketaatan kepada para pemimpin. Para pemimpin mereka boleh berbuat apa-apa sahaja dan tidak akan ditegur apatah lagi dilawan. Bahkan, mana-mana pemimpin mungkar yang ditentang, natijahnya amat berat dan besar.

Namun di sebalik ketaatan itulah, kerapkali ahli-ahli PAS akhirnya membodohkan diri sendiri. Ketika mereka begitu menyanjung Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, layanan daripada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng atau lebih tepat lagi DAP kepada PAS, amat menyedihkan.

Seringkali didedahkan bagaimana Karpal Singh dan para pemimpin DAP memperlekeh-lekehkan pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang, bahkan Ketua Dewan Ulama, Harun Taib. Namun setiap kali itulah juga para pengikut PAS akan menanggapinya sebagai cubaan UMNO untuk memecah belahkan PAS dengan Pakatan Rakyat. Kata mereka, itu semua hanyalah fitnah semata-mata. Ianya tidak berlaku dan tidak mungkin berlaku kerana DAP amat jujur dengan PAS.

Nah, sekarang Anwar Ibrahim pula...

Sebuah klip video yang menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim memperlekehkan tahap keilmuwan Nik Aziz dan Hadi Awang di kalangan bukan Islam, telah tersebar dan memang mengejutkan. Semuanya kerana Anwar Ibrahim berasakan PAS tidak mempunyai pengaruh di Sabah. Manakala Anwar pula cuba mendapatkan perhatian dan pengaruh di Sabah, terutama dengan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible berbahasa Melayu yang dilihatnya sebagai peluang terbaik meraih sokongan terbanyak.

Nik Aziz baginya BUTA AGAMA, Hadi Awang pula TUKANG ANGGUK...

Apa lagi yang lebih menghinakan terhadap kedua-dua orang pemimpin utama PAS itu yang keluar dari  mulut Anwar Ibrahim yang pernah menggelarkan mereka sebagai ULAMA TEROMPAH...

Pantang ada peluang, Anwar Ibrahim akan mencaci Nik Aziz dan Hadi Awang, meskipun pada masa yang sama, ketika bersama-sama mereka, Anwar Ibrahim akan jadi lebih lembik dan bersopan konon-kononnya sangat menghormati keilmuwan kedua-dua orang pemimpin PAS itu.

Nasib PAS ler kerana berkawan dengan MAKHLUK TERKUTUK seperti Anwar Ibrahim...


0 comments:

Blog Archive

Labels