IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Tuesday, February 12, 2013

SOGOK RM200 LEPAS RAMAS BUAH DADA... TINDAKAN KERAS PERLU DIAMBIL TERHADAP PENDATANG INI SUPAYA TIDAK JADI SEPERTI LIM GUAN ENG!!!

Tuesday, February 12, 2013

Satu lagi berita tentang pendatang asing ke negara ini yang menjadikan Malaysia sebagai syurga untuk mereka menunjuk kuasa, menunjuk hebat dan tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara. Mereka datang ke sini dengan alasan untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga mereka di negara asal yang sukar untuk mencari sesuap nasi.

Namun apabila mereka sudah berada di negara ini, lain pula yang mereka lakukan. Barangkali kerana kebaikan hati rakyat negara ini, terutama sekali orang Melayu-Bumiputera yang telah diasuh dari zaman berzaman untuk menerima sesiapa sahaja yang datang ke negara ini sebagai TETAMU, akhirnya mereka sendiri dipijak dan diludah.

Apa yang berlaku lebih lima puluh tahun lampau, kini berulang semula. Cuma kali ini, imigrannya bukan lagi dari negara besar seperti China dan India, tetapi dari negara-negara Asia Selatan yang cuba menumpang mendapatkan tuah negara ini menerusi kiriman wang daripada rakyat mereka di Malaysia.

Berita berikut amat menakutkan... rakyat Malaysia digambarkan sebagai pelapar rasuah sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka sekalipun tukang bagi rasuah itu sendiri sebenarnya datang dari sebuah negara yang sangat kuat korupsinya sehingga rakyatnya terpaksa keluar dari negara atau negeri sendiri ke negara ini semata-mata untuk mencari sesuap nasi.


PETALING JAYA: Bimbang dikenakan tindakan tegas oleh majikannya, seorang pekerja kedai jahit di Desa Mentari, di sini, menyogok wang RM200 kepada seorang pelanggan wanita sebagai upah tutup mulut selepas dia meramas payudara mangsa, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga operator pengeluaran berusia 29 tahun diramas payu daranya beberapa kali oleh lelaki terbabit ketika sedang diambil ukuran tubuh pada jam 12 tengah hari.
Menurut sumber, mangsa datang ke kedai jahit itu untuk mengecilkan dua uniform kerja sebelum seorang pembantu tukang jahit yang juga lelaki warga Bangladesh diarahkan mengambil ukuran badannya.
“Ketika mengambil ukuran kali pertama di bahagian dada, lelaki terbabit menekan payudara, tetapi mangsa tidak mengendahkan kerana beranggapan perbuatan itu tidak disengajakan.
“Perbuatan sama berlaku ketika ukuran kali kedua dibuat menyebabkan mangsa menegur lelaki terbabit,” katanya.
Katanya, ketika wanita berkenaan berpusing untuk menoleh ke belakang secara tiba-tiba lelaki terbabit meramas payu dara mangsa dua kali.
“Tindakan biadab itu menyebabkan mangsa terkejut dan memarahi lelaki terbabit. Malah, mangsa turut meminta lelaki itu memanggil pemilik kedai jahit berkenaan untuk membuat aduan.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit yang ketakutan dan khuatir dibuang kerja terus meminta maaf kepada mangsa dan memujuknya supaya tidak membuat aduan sebelum menawarkan wang RM200,” katanya.
Sumber berkata, mangsa enggan menerima wang berkenaan kerana mahu mempertahankan maruahnya sebelum membuat aduan di Pondok Polis Taman Medan. (SUMBER)

Persoalannya, sejauh manakah kerajaan kita akan terus mengamalkan sikap berbaik-baik dan berprasangka baik dengan kaum pendatang?  Adakah sehingga kaum pendatang mulai besar kepala dan kemudian berlagak seolah-olah mereka adalah tuan di negara ini, atau berkempen agar hak-hak keistimewaan rakyat Malaysia dihilangkan dan diserahkan kepada golongan pendatang, maka barulah Kerajaan nak buka mata?

Sudah sewajarnya kerajaan mulai merangka tindakan yang lebih tegas untuk mengawal kebanjiran pendatang asing dan jenayah yang mereka lakukan, bukannya ternganga-nganga apabila muncul sesuatu kes seperti ini.

Sampai bila Kerajaan Malaysia akan kelihatan lembik? Sampai bila pula UMNO yang menunjangi Kerajaan Malaysia akan terus bersikap APOLOGETIK dan KEMUDIAN MEMUJUK HATI SENDIRI, INI ADALAH TOLERANSI?

1 comments:

Anonymous said...

malaysia terlalu banyak undang2 tapi byk x boleh pakai hanya setakat tinggal undang2 aje..golongan pendatang pun tau tu..Kalau minta maaf semuanya dikira selesai.Bukan salah golongan pendatang atau si cina laknat tapi kita sendiri terlalu beri muka dan tolenransi kononnya kita ini baik hati,xsedar mereka ambil kesempatan pijak kepala kita

Blog Archive

Labels