IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Tuesday, February 12, 2013

TEMBERANG ANWAR KONONNYA HARON DIN AL-HAFIZ MENYEMBAH-NYEMBAH LUTUTNYA UNTUK PUJUK DIA JADI PERDANA MENTERI, AMAT MELUCUKAN!!!

Tuesday, February 12, 2013

Dari semasa ke semasa Anwar Ibrahim semakin gagal melindungi perangai huduhnya yang kuat berbohong dan memusingkan cerita.

Suatu ketika dahulu, katanya, Tun Ghafar Baba beria-ia nak jumpa dia dan meminta maaf kepadanya sejurus sebelum Tun Ghafar meninggal dunia. Yang tak pernah tahu atau yang tak pernah ambil peduli tentang perangai Anwar Ibrahim, menerima cerita tersebut sambil tersengih-sengih dan menyatakan bahawa Tun Ghafar sendiri pun tak percaya Anwar kaki liwat dan Tun Ghafar telah menerima kenyataan bahawa Anwar tidak pernah bersalah menjatuhkan Tun Ghafar.

Walhal bagi yang tahu terutama yang berkampung di Ampang Puteri, dapat melihat sendiri bagaimana Anwar Ibrahim begitu kecewa kerana tidak dibenarkan bertemu dengan Tun Ghafar di wadnya. Tidak itu sahaja, Wan Azizah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memujuk Tun Ghafar agar membolehkan dia dan Anwar dapat bergambar di katil Tun Ghafar, juga ditolak dan sampai ke sudah Tun Ghafar enggan bertemu dengan Anwar Ibrahim mahupun isterinya yang pandai berlakon.

Sampailah ke akhir hayatnya, Tun Ghafar seperti mengharamkan Anwar Ibrahim daripada menziarahinya, meskipun pada ketika hendak menjatuhkan Tun Ghafar, katanya, dia menganggap Tun Ghafar seperti bapanya sendiri.

Begitu juga ketika dia menghantar Wan Azizah menemui, merayu, menangis dan meraung di hadapan Tun Dr. Siti Hasmah agar Tun Dr. Mahathir menarik semula pemecatan dan menerimanya semula sebagai anggota kabinet dengan pengekalan jawatan selaku Timbalan Perdana Menteri. Bersungguh-sungguh Anwar mengajar Wan Azizah agar memujuk Tun Dr. Siti Hasmah.

Tidak cukup dengan itu, berkajang-kajang surat dengan kata-kata puitis dinukilkan oleh Anwar Ibrahim dan dihantar kepada Tun Dr. Mahathir agar membenarkan dia terus memegang jawatan dan pendakwaan kerana penyalahgunaan kuasa serta seksualiti songsangnya ditarik balik.

Banyak sungguh cerita tentang Anwar Ibrahim yang diterbalik-terbalikkan. Dia yang buat perangai, dia kemudian akan mengubah cerita dan mengatakan orang lain yang buat. Dia yang membunuh orang, dia akan tuduh orang lain yang melakukan pembunuhan. Dia yang mencuri, dia tuduh orang lain yang mencuri.

Justeru, apabila pertemuannya dengan Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS yang dilihat lebih berpengaruh di kalangan pengikut TULEN PAS, berbanding Nik Abdul Aziz yang diminati dan disokong oleh puak-puak MUNAFIQ PKR dan DAP, maka cerita yang diterbalikkan sudah boleh dijangka.

Haron Din Al-Hafiz sehingga kini belum mengubah pendiriannya tentang Anwar Ibrahim, akidah serta fahamannya. Haron Din Al-Hafiz, meskipun seorang pemimpin utama PAS, tetap berpegang teguh kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia terhadap agama Islam, umatnya serta menentang sama sekali penyamarataan agama-agama lain dengan agama Islam.

Para penjilat Anwar Ibrahim boleh buat cerita tentang pertemuannya dengan Haron Din Al-Hafiz, tetapi lebih ramai yang sangat tahu, bahawa Anwar Ibrahim akan membelit-belitkan cerita sebenar agar dia akan kelihatan seperti SUPER HERO!!!

Biasalah... kalau dah namanya Anwar Ibrahim, agama yang dianutinya pun, dia boleh tipu!!!

3 comments:

otaistillkick said...

BN selalu menutup kelemahan sendiri dan menuding kepada pihak lain.

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/02/kronologi-dan-isu.html

Anonymous said...

memang dasar perut busuk umno,menyiarkan fitnah tanpa rasa dosa..

Anonymous said...

KESIAN ORANG-ORANG HAMPAS, PKR DAN PENYOKONG TEGAR BIADAPIG, ALLAH KURNIAKAN MATA TAPI TAK DAPAT MELIHAT, DIKURNIAKAN TELINGGA TIDAK BOLEH MENDENGAR, DAN DIKURNIAKAN OTAK TAPI TAK BERAKAL DAN TIDAK BERFUNGSI. KESIAN DIA, KESIAN DIA....

Blog Archive

Labels