1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 12, 2013

WANITA CINA DITIKAM DI LRT CHERAS... ADA KAITAN DENGAN UMNO?

Tuesday, February 12, 2013

Seorang wanita Cina dilaporkan telah ditikam di paha dan badannya. Wanita Cina itu bagaimanapun, berjaya memandu ke sebuah klinik sebelum pengsan.

Insiden tersebut merupakan satu lagi serangan terhadap wanita yang berjalan bersendirian.

Chin Suet Fong yang mengalami kecederaan pada Khamis lalu, terpaksa dimasukkan ke ICU selama tiga hari di sebuah hospital swasta di Cheras selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Mangsa yang berusia 39 tahun, kini telah dipindahkan ke wad biasa pada Ahad lalu di mana dia sekarang sedang berehat.

Chin Suet Fong merupakan bertugas sebagai setiausaha di sebuah firma guaman di Mid Valley City, memberitahu dia turun dari LRT di Stesen Bandar Tun Razak pada jam 8:30 malam dan menuju ke keretanya yang diletakkan di tempat parkir di kawasan stesen berkenaan.

Ketika sedang menuju ke keretanya, dia melihat dua orang lelaki yang sedang bertinggung di antara selaan kereta-kereta yang sedang diparkir di sitiu. Memikirkan yang kedua-dua orang lelaki tersebut sedang cuba memecah masuk ke dalam sebuah kereta, dia berjalan pantas.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar penuh yang menutup muka, menerpa ke arahnya dan meragut beg tangannya. Chin menjerit dan cuba menarik beg tangannya. Salah seorang daripada penjenayah tersebut mengugut akan menikamnya sekiranya dia tidak menyerahkan beg tangan kepada mereka.

Chin kemudiannya ditikam sebanyak dua kali dengan pisau pada bahagian paha dan badan. Kedua-dua penjenayah tersebut segera melarikan diri apabila melihat Chin jatuh. Wanita berkenaan kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan memandu ke sebuah klinik di Taman Midah yang terletak lebih kurang 2 1/2 kilometer dari stesen LRT itu. (SUMBER)

Nampaknya, satu lagi peluang untuk DAP dan Pakatan Rakyat menghentam PDRM dan menyalahkan Melayu-Bumiputera atau lebih tepat lagi UMNO untuk insiden ini. Kit Siang akan menjadi orang terulung yang akan menyatakan, Malaysia di bawah Barisan Nasional sudah tidak selamat sehinggakan wanita Cina menjadi mangsa rompakan dan tikaman.

Namun, ada juga perkara yang perlu diperhatikan. Adakah RAPID tidak menyediakan pengawal keselamatan di stesen berkenaan, ditambah pula dengan kawasan parkir yang tidaklah begitu terang dan cerah? Kalau ada, ke mana perginya pengawal keselamatan berkenaan? Adakah pengawal keselamatan itu tertidur, terpergi ke bilik air semasa kejadian, atau sebenarnya memang RAPID tidak mempunyai BAJET untuk memastikan keselamatan pelanggan-pelanggan mereka sepertimana yang terpampang pada papan kenyataan di tempat parkir yang menyatakan, RAPID TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN DI TEMPAT PARKIR itu, kerana segala-galanya adalah di atas tanggungjawab pelanggan LRT semata-mata?

Meh kita tengok drama ini sampai ke mana panjangnya!!!

1 comments:

Anonymous said...

TELAH ACAPKALI SAYA MENGGUNAKAN LRT STATION BANDAR TUN RAZAK, SAYA TIDAK PERNAH TERJUMPA SEORANG PUN PENGAWAL KESELAMATAN YANG BERTUGAS, MEMANG TIDAK ADA DAN TIDAK PERNAH ADA. PERISTIWA MEREKA YANG BERTUDUNG LINGKUP DENGAN TOPI KELEDAR SEKARANG TELAH MENJADI TREND ROMPAKAN PADA MASA INI. SAYA BERHARAP PIHAK PDRM YANG SEKARANG TELAH MENUBUHKAN POLIS BERMOTORSIKAR MENYEDARI HAKIKAT INI. PERNAH BERLAKU SATU KEJADIAN YANG DI MESIN PENGELUARAN WANG DISEBUAH BANK, PENGELUAR WANG BERATUR DAN DATANG SEORANG YANG BERTOPI KELEDAR LINGKUP, TIDAK DAPAT DILIHAT WAJAH MEREKA, BERDIRI DIBELAKANG SEORANG WANITA YANG AKAN MENGELUARKAN WANG DAN MEHULURKAN PISAU DIBELAKANG WANITA BERKENAAN, DAN MEMAKSA WANITA BERKENAAN MENGELUARKAN DUIT DAN MEMBERIKAN KEPADANYA SEJUMLAH RM2,000.00 DAN TERUS CABUT LARI. WANITA BERKENAAN KETAKUTAN TERPAKSA JUGA MEMBERIKAN WANG TERSEBUT KEPADANYA. HALA-HAL BEGINI BANYAK BERLAKU, TETAPI MUNGKIN TIDAK DILAPURKAN. ORANG RAMAI YANG MENJADI MANGSA. PDRM KENALAH MENINGKATKAN KECEKAPAN MEREKA UNTUK MENYAMAI KECEKAPAN PENJENAYAH-PENJENAYAH SEKIRANYA UNTUK MEMBANTU ORANG RAMAI, DAN HENDAK MENAIKKAN IMEJ PDRM

Blog Archive

Labels