IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, February 10, 2013

XAVIER JEYAKUMAR MENGEMIS MINTA RONNIE LIU TOLONG SETTLEKAN SAMANNYA RM72 JUTA!!!

Sunday, February 10, 2013

Tak seronok sungguh si Xavier nak menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama Ronnie Liu, Teresa Kok, Elizabeth Wong, Janice Lee dan Hannah Yeo. Ada-ada sahaja masalah yang menimpa ADUN Sri Andalas itu yang sebelum ini cukup terkenal dengan tipu dayanya terhadap masyarakat India, walaupun dia sendiri adalah seorang India kecuali dia beragama Kristian.

Walaupun sebelum ini sangat yakin, dia tidak akan disentuh oleh sesiapa atau mana-mana undang-undang, tetapi seorang bekas pemimpin PKR telah menyamannya sebanyak RM72 juta. Turut disaman bersama-sama Xavier adalah, lima orang konco Xavier yang lain kerana menuduhnya muflis.

Saman tersebut telah difailkan pada 5 Februari di Mahkamah Tinggi Shah Alam. S.Kottapan menyatakan, dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh akhbar Makkal Osai, reputasinya telah dicemari apabila dia dituduh seorang muflis.

Artikel berkenaan telah dicetak pada 13 September 2010 dan menyiarkan bukti daripada Jabatan Resolvensi yang mengisytiharkan Kottapan sebagai seorang yang bankrap pada 1 November 2007.


Menurutnya, artikel tersebut telah disiarkan seminggu sebelum bertanding dalam pemilihan jawatan PKR sebagai calon Ranting Kota Raja pada 26  September 2010 dan mendakwa, ia telah ditulis semata-mata bertujuan untuk merosakkan namanya di kalangan ahli-ahli PKR, masyarakat awam dan rakan-rakan perniagaannya.

Kottapan telah menunggu selama dua tahun bagi mendapatkan penjelasan sama ada daripada Xavier atau konco-konconya yang lain tentang tujuan mereka menghancurkan reputasinya. Bagaimanapun, Xavier dan konco-konconya tidak melayan keinginan Kottapan.

Saman tersebut akan dihantar kepada kesemua defenda selepas cuti Tahun Baru Cina.

Lima orang defendan yang lain adalah pegawai khas Xavier, Abdul Razak Ismail; ahli PKR, K.Gunasekaran; ahli PKR Cabang Kota Raja, Kamarudzaman Sanusi; pemimpin PAS, Jaafar Samsudin dan Ahli Majlis MPK, Sundarajoo Periasamy.

0 comments:

Blog Archive

Labels