IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, February 16, 2013

XENOPHON DIHAMBAT BALIK... APA MASALAHNYA?

Saturday, February 16, 2013

Berkokok dah para pecacai Pakatan terutama yang menyokong Anwar Ibrahim dan mendaulatkan LGBT apabila mendapat tahu, salah seorang Senator Australia yang sebelum ini bebas keluar masuk ke negara ini, tiba-tiba sahaja disekat dan pihak Imigresen telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka, dengan tidak membenarkan agen-agen subversif seperti Xenophon masuk ke negara ini.

Tidak kisahlah apa alasan yang diberikan oleh Imigresen atau Kementerian Dalam Negeri. Hak membenarkan mana-mana pihak masuk atau dihambat keluar, adalah hak mutlak serta eksklusif Imigresen.

Anehnya, puak-puak pecacai begitu beria-ia mengatakan, Imigresen Malaysia telah melanggar protokol dan hubungan diplomatik apabila tidak membenarkan Xenophon masuk ke negara ini. Walhal kalau hendak diikutkan, syarat-syarat Imigresen dan Kastam Australia beratus kali ganda lebih ketat berbanding Malaysia.

Mengapa pula kita perlu melonggarkan syarat-syarat kemasukan untuk manusia seperti Xenophon? Apakah kerana dia seorang yang menyokong kuat Anwar Ibrahim, maka dia perlu dibenarkan bebas masuk ke negara ini dan berbuat apa-apa sahaja?

Malulah konon sebab Xenophon yang anti Islam dan mempromosikan LGBT kerana tidak dibenarkan masuk? Takutlah konon dengan Australia sebab tidak membenarkan senator mereka masuk ke negara ini dan menunjuk ajar bagaimana hendak menjadi pecacai seumur hidup?

Barangkali ada baiknya kalau puak-puak yang beria-ia sangat membela Xenophon, cuba pergi ke Australia dengan keadaan seperti sekarang. Kita nak tengok, bebas atau senang tak mereka masuk ke Australia dari mana-mana pintunya. Terutama pula bagi mereka yang berjanggut, berserban dan bertanda dahi di hitam!!!

Satu sahaja pertanyaan kepada puak-puak yang tidak pernah baca sejarah, semenjak bila pula Australia menjadi tuan besar di negara ini yang akan memberitahu apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia dan apa yang tidak boleh...

1 comments:

Anonymous said...

masalahnya pencacai pr cuba bezakan d antara mat salleh ni dgn pendatang sabah. mat saleh ni kena hambat keluar, geng pilak dan indon masuk sampai boleh mengundi lagi.. kata seorang rakan facebooker yg begitu sayang dgn anuwar serta sokong 100% anuwar sbg huguan siou. puiii..

Blog Archive

Labels